lengahkan solat??? habislah amalan kita....

assalamualaikum....sahabat-sahabat.dah solat ke belum??
hari ini saya mendapat lagi satu ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.
hurm..selalu lengahkan solat tak, atau pun tak solat langsung? pada yang selalu mendirikan solat pada awal waktu tu,tahniah diucapkan lah..
kat bawah ni adalah cerita yang ada kaitan dengan solat yang kita lengahkan dan amalan kita didunia ni..

Setiap kita ada malaikat. Malaikat lah yang hantar amalan sembahyang kita pada Allah S.W.T. Untuk sampaikan amalan kita malaikat melalui tol-tol iaitu di setiap lapisan langit sehingga lah ke langit ketujuh.  Jika sembahyang di awal waktu tolnya “free” sekatan tol tiada  “jem”. Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan tapi Jika sembahyang di akhir waktu tol masih free tapi sekatannya MasyaAllah…. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan tetapi… penjaga langit pertama tidak mengambil peduli lalu  dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka.. jatuh berderai lah amalan kita tu tadi… Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita satu persatu. Dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua. Dilangit kedua,samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita. Tak juga dipedulinya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi.. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada lagi kompromi lalu terus dibaling amalan kita jatuh berderai amalan kita tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka..tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tidak pernah menunaikan solat. Maka… Bersedialah kita menerima pembalasannya. tak di dunia di akhirat nanti.Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai. Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai… Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.

No comments: