YEKK..KEK TERSEDAP DUNIA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Ape yang yekk sangat ni..hehe. korang tengok la sendiri..siapa-siapa yang pernah makan tolong bagitahu apa rasa nya.. Mungkin bagi di negara Barat, kek yang macam ni rupa merupakan seni dan mereka tak ada masalah pun tentang sensitiviti keadaan kek tu dan pandangan orang luar...






dah..cukup la lima keping..tak sangggup nak upload banyak2.. korang pilih la yang mana suke..hehe

DURIAN MUSANG KING

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Cuba teka berapa harga bagi sebiji durian ni?
Harga sebiji durian ni adalah dr RM50 dan keatas!! Korang sanggup ke nk beli durian ni?
Kalau nak kira kualiti durian ni memang puas hati. Isi dia yang gebu dan kuning molek, kalau makan seulas pun dah puas hati. Rasa dia pun berbeza dari durian biasa yang manis2 pahit gitu..
Ni lah dia durian yang digelar musang king. Kenapa musang king? Nanti saya research balik. Broadband slow la skrg.. ;p





LUKISAN PENSEL TERBAIK

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


gambar ni semua adalah lukisan tangan yang hanya menggunakan pensel..bukan gambar yang dihitam putihkan ok..percaya ke tak nak percaya?? haha..


                                                                    amazing fredo

J.D Hillberry

yang ni unik sekali..nak taw lanjut klik sagaki keita

PERKAMPUNGAN KUCING

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

cuba teka dari mana datangnya kucing yang ramai ni?


seorang warga Florida, Craig Grant telah mewujudkan sebuah penempatan di dalam ladang yang dibelinya untuk menempatkan sebilangan kucing yang terbiar. Craig pada asalnya bukan lah pencinta kucing sehingga dia melihat kucing anaknya yang bergayut dilangsir rumah. Beliau dapati kucing mempunyai personaliti yang unik dan dari situ segalanya berubah.. Penempatan kucing itu diberi nama Caboodle Ranch dan sehingga ke hari ini lebih dari 500 ekor kucing disana. Menurut Craig lagi semua kucing tersebut adalah dimandulkan..















BEKAS JOHAN QARIAH 1978 ROGAYAH SULONG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

kenapa tetiba nak buat post pasal bekas qariah 1978 ni?? ada la sebab nya.  sebelum ni meera ada keluarkan post berkenaan biodata ustaz uai yang mengatakan isteri pertama ustaz azhar, Puan Rogayah Sulong merupakan bekas  johan qariah 1978. sehingga saya pun sama tersilap maklumat. terima kasih kepada viewer yang membetulkan maklumat tu...kalau tak, memang saya akan sampaikan mklumat yang salah sepanjang hayat..thanks yew.. :)


 YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt. Sulong merupakan bekas qariah dari Terengganu yang telah berjaya menjadi johan qariah sebanyak tujuh kali bermula dari tahun  1961, 1963, 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979. 


semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M, YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt.Sulong yang merupakan Guru al-Quran dan Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa telah menerima Anugerah Maulidur Rasul yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.







Selain itu,pada tahun 2010, Dato Hajjah Rogayah telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010 sempena sambutan Hari Wanita Terengganu yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. 

KHAS UNTUK MA..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


khas untuk semua yang dah bergelar mak..


PASANG "ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI" @ BLOG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

gembira rasa hati bila dapat tambah lagi satu widget kat blog Sahabat Meera ni..dah lama cari, akhirnya ketemu juga.. ok, macamana nak pasang link 'anda juga mungkin meminati' yang sebenarnya boleh dikatakan summary post dr blog kita sendiri.?


STEP 1

klik  LinkWithin

STEP 2

isi apa yg patut..email,bloglink kat lampiran kat bawah ni KEMUDIAN klik GET WIDGET















SENI UKIR BUAH YANG KREATIF

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


seni ukir buah yang betul-betul berkualiti memang payah nak jumpa. sebab tak semua orang boleh ukir buah-buahan dengan sempurna seperti yang telah dilakarkan.. jom tengok gambar kat bawah ni..

 huhui.kalau dah seram tu memang seram..nak makan pun tak berani  : p

WAJAH AYU ARTIS BERTUDUNG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

mai tengok ni, bila artis Melayu atau Malaysian bertudung..ada yang dah bertudung..tapi masih ada yang bertudung atas sebab-sebab komersial..kita doakan yang terbaik je lah pada mereka yang belum terbuka hati nak menutup aurat.. tak kira la siapa pun kita ni. ayu kan wajah2 mereka yang bertudung ni..mungkin ramai diantara mereka ni dah berjaya menarik wanita-wanita di luar sana tu untuk turut menutup aurat.. ALHAMDULILLAH..







BILA MAKWE SUDAH BOSAN..

salam..hye.hari ni topik nak kasi yg suam2 kuku je..hehe..semoga sahabat meera boleh enjoy2 bila melepak kat taman ni..


antara kelakuan awek bila dia dah rasa tak nak dengan pakwe dia..

1.  rasa bosan dengan kekasih
2.  kurang nak hantar atau reply mesej
3. kalau pakwe dia tak hantar mesej kat dia pun tak apa
4. kalau sebelum ni nak ke tandas pun bagitahu ke pakwe, sekarang keluar berjalan buat senyap je
5. selalu bergayut atau mesej lelaki lain
6. mengelak kalau pakwe ajak dating
7. tunjuk sayang kat pakwe bila pakwe bagi hadiah, lepas tu dah tak ada.. (ambil hati je..)
8. saja cari gaduh
9. dah tak pedulikan pakwe
10. bercakap pun lebih kurang
11.mintak putus banyak kali   :)




kalau rasa ada sintom2 yg macam ni..cuba perbaiki hubungan korang..itu pun kalu korang serius dengan pasangan masing2 la..hehe.




MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON DANIYAL

salam sejahtera kepada Sahabat Meera..disini terdapat sedikit info berkaitan perkahwinan Ustaz Don dan pasangannya..semoga dapat dikongsi bersama :)



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan ustaz don daniyal


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.



2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.