APA BAIKNYA BERNIAGA SECARA ONLINE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sahabat Meera semua apa khabar? Dah makan malam belum ni cayunk cayunk?? 
Hari ni tetiba terdetik dalam hati ni, bila saya dah start berniaga online..apa faedah yang dah saya dapat? 

Pengalaman saya berniaga online amat2 seciput je lagi..baru nak menapak walaupun dah start berniaga online ni pada bulan Jun tahun 2013 lepas. Tak sampai setahun lagi.hee..masih muda org cakap. Umur 6 bulan tu maksud dia macam baru nak pandai merangkak kalau kite tengok anak sedara sy yg duk sekali dalam umah ni dulu.. 

Cabaran berniaga online? Pada diri saya sendiri,cabaran berniaga ni sbenarnya nak dapatkan regular customer dan kita terpaksa jugak bersaing dengan peniaga2 online yg sama jenis pulak tu barang niaga dia dengan kita..aih,ha acano tu nak buat?? Jap lagi,kite bincang yek..lagi ape lagi? Ha,bila sebut online,makesure kita punya line internet!! Line wifi kita !! Sentiasa dalam keadaan excellent ok! Ce bayangkan,nak upload gambar,nak balas pm, whatsapp customer tapi line internet dah sama laju dengan siput ha..tak ke susah mcm tu? Customer kne tunggu lama pulak kita nak membalas mesej kan.. 

So,untuk menempuh segala cabaran tu,apa perlu kita buat? Ok saya buat macam  ni..saya sekarang berniaga baju tshirt Muslimah, sebelum saya decide nak memborong baju muslimah tu sy tengok design n pattern baju tu, memang up to date n moden. Apa yg penting memang layak digelar Baju Muslimah Moden. Sopan dan trendy. So,saya tak risau kalau banyak persaing pun sebab baju-baju yg saya jual saya yakin boleh bawa pergi jauh. So,bermula lah episod promot mempromot perniagaan saya.

Macam mana nak promot perniagaan?? Setakat ni saya hanya menggunakan perkhidmatan Blogspot, Twitter, Instagram dan semestinya facebook.. Belum join Iklan Fb berbayar lagi setakat ni. Macam mana saya dapatkan pelanggan dari  laman sosial ni?? Ok, nanti saya bukak post lain.

Setakat ni kebanyakkan pelanggan tshirt muslimah saya datang dari Pahang, Kelantan,Johor,Selangor,Sarawak.. Yup, Alhamdulillah.. Bila saya tanya dari mana mereka dapat contact number saya,memang rata-rata dari blog, facebook page dan Instagram. Ha,nampak tak kuatnya pengaruh laman sosial ni.

Nanti2 kita sambung bercerita lagi ye..saya dah ngantuk,mau tidur.. Zzzz. Esok mahu kerja daaa. Kalau berminat nk window shopping baju muslimah saya,boleh pergi ke beetlebugonlineshop.blogspot.com yeee
Assalamualaikum n good night semua.. 😴😴😴😴

MEGA SALES !! BELI 2 PERCUMA 1 KEESYA COUTURE

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA





BEETLEBUG KEDAI ONLINE: MEGA SALES !! BELI 2 PERCUMA 1 KEESYA COUTURE



ok, nampak tak tajuk utama berita hari ni??  hari ni saya nak share kepada semua Sahabat Meera tentang Mega Sale yang sedang berlangsung sekarang. Bila sambutan yang terlalu menggalakkan, saya rasa excited pulak nak share dengan semua. Baju Muslimah Keesya Couture ada membuat tawaran Beli 2 percuma 1 dan beli 4 percuma 2 helai tshirt muslimah. Menarik kan?? tak menari ke? hehe..ok, bukan setakat baju percuma je dapat, less 10% pun dapat. berbaloi kan?? Jom beli... boleh cek stok dengan saya.. sekarang ni banyak tinggal saiz besar-besar je... saiz yang kecil-kecil masih ada tapi kena selalu cek stok la.. nak tengok baju,bukak link baju kat atas tu ye... kalau nak order, terus call saya 014-2276867 (meera).. kt bawah ni antara baju Mega Sale Keesya Couture..








KISAH BANJIR DI KUANTAN 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


entry lama..yang tak sempat nak update sampai la ke hari ni, 14 Januari 2014..baru menyempat..haha

Alhamdulillah, Kuantan dalam keadaan baik-baik sahaja hari ni pada 12 disember 2013 cuma, hujan masih lagi turun membasahi bumi. Cerita yang akan saya ceritakan kat sini adalah dari pengalaman saya sendiri dan pengalaman kita menghadapi banjir adalah berbeza-beza.. Ini cerita saya..

Pada hari Selasa - 3 Disember, dengar cerita air di  jalan di Tanah Putih,Kuantan semakin tinggi dah hanya sebelah laluan sahaja boleh digunakan. so, hari tu memang saya tak datang kerja. Apa yang saya buat? bukak fb, page Kuantan. memang banyak makluman tentang banjir, dan berita dari page Kuantan lagi cepat dari berita di televisyen !! Memang hujan lebat yang amat hari tu. Petang hari Selasa tu, saya maklumkan pada kakak, jalan dah banyak tutup memandagkan dia masih bekerja hari tu. Jam lebih kurang pukul 5.30pm, kakak call cakap jalan nak masuk ke Sungai Isap 2 (simpang trafiic light baru dekat pencawang) dah naik air. Kakak ada ternampak seorang makcik harung air kat situ masa tu air dah tinggi pinggang makcik tu katanya, So, saya suggest kat kakak, u-turn kat traffic light Paya Besar and masuk simpang ke Sungai Isap Jaya. kaluar balik simpang ke Sungai Isap Dua yang menghadap kedai makan. nak tak nak, kakak masuk ke Sungai Isap Jaya. Air di Perumahan Sungai Isap Jaya pun dah naik air cuma tak setinggi di simpang empat traffic light Sg Isap Dua tadi. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah walau kereta kena redah air. Malam tu, kami sekeluarga memang tak prepare apa-apa, tak kemaskan barang dirumah dan tak terfikir banjir kali ni lagi teruk dari tahun 2001. Masa banjir 2001 dulu, Perumahan sungai Isap Dua tak dinaiki air dengan teruk, dan kawasan rumah saya langsung tak terjejas dengan banjir pada 2001 dulu.

Rabu - 4 Disember 2013 jam 2.00pg. Kebetulan saya tidur diruang tamu dan bunyi kereta dan motor yang agak bising menggangu waktu tidur saya. Disebabkan seperti suasana diluar rumah agak kecoh, saya cuma mengintai dari tingkap. Memang dah banyak kereta orang ramai disimpan disekitar kawasan rumah saya dan jiran2. semakin lama semakin banyak kereta, saya cuma memerhati dan terdengar suara lelaki dan wanita agak kelam kabut, menegur sapa sesama sendiri.

 "air dah tinggi dah kat belakang tu.." (kawasan Sungai Isap Damai dan Sungai Isap Perdana Mungkin) "nak kena selamatkan kereta dulu lah..anak-anak nak kene bawak keluar terus la ni" antara suara-suara mangsa banjir. Rupa-rupanya pukul 2 pagi berlaku dah air pasang. Memang tak dapat tidur dah hari tu tengok orang ramai masing-masing selamatkan kereta mereka di tempat tinggi. Lepas Subuh, masing-masing dah tak ada, senyap sunyi dah kat luar rumah. mungkin mereka pun dah berpindah. Jam lebih kurang pukul 7pg, air banjir dah masuk ke kawasan perumahan saya. Memang tak sangka sebab benda ni tak pernah terjadi kepada kami.

Kawasan disitu adalah yang paling tinggi so memang ramai orang parking kereta di area rumah saya tu tapi, kuasa Tuhan, siapa lah kita nak mengelak Qada dan QadarNya, air semakin lama semakin tinggi. Dalam hati dah terdetik, "kalau rumah aku dikawasan tinggi ni dah naik air, apatah lagi kawasan Sungai Isap di belakang-belakang tu.." yup, memang sah, rumah kawan-kawan di Sungai Isap Damai, Cenderawasih memang tenggelam. Rumah tenggelam !! Ya Allah..memang berat ujianMu kali ni. Bila air semakin naik, saya dan adik-adik yang lain cuba alihkan barang didalam rumah kat bahagian atas. almari yang berat-berat tu, dibiarkan sahaja. tak larat nak angkat kot..  jam lebih kurang dlm pukul 11am, air pasang dah berhenti. Air dalam rumah naik sikit je tapi luar rumah air paras paha. Selama 2 hari terkepung, memang tak da bantuan bot yang datang. dalam rumah ada baby so mak risau kalau-kalau air pasang lagi,memang bantuan bot amat2 la diperlukan masa tu tapi alhamdulillah air dah tak naik-naik da. Masih ramai jiran-jiran saya tak berpindah, ada sebab tak dapat nak naik track,bot, ada jugak memang tak nak keluar dari rumah.

Hari ke-3 terkepung dek banjir, bekalan makan hampir habis. sebelum banjir memang tak sempat nak borong barang keperluan. Pulak tu, kami dan jiran2 yang terkepung duduk dalam rumah ni masih tak dapat apa-apa bantuan. Kenapa jadi begitu??  yup,Sejak hari pertama banjir lagi, Kuantan sudah lumpuh !!
Bayangkan air paip, elektrik diseluruh kawasan terjejas terpaksa ditutup.. coverage telefon memang out terus. Stok bahan makanan pula amat2 terhad. Apa boleh buat? redah je la air banjir yang tinggi takat pinggang keluar dari jalan besar Perumah Sungai Isap untuk mencari bekalan makanan. Saya memang salute dan tahniah diucapkan kepada sesiapa yang sanggup mengharung air yang setinggi leher dorang bermula masa hari pertama banjir semata-mata nak selamatkan keluarga, selamatkan haiwan peliharaan, mencari makanan untuk keluarga. redah air banjir kot. Arus air yang sangat kuat n laju tu memang boleh membahayakan nyawa masing-masing.

Hari ke-4, berkat hari Jumaat, banjir semakin surut dan hujan reda sedikit pada hari tu.. Laluan utama sudah boleh dilalui.

Macamana keadaan di pusat pemindahan? saya memang tak tahu cerita cuma yang pasti bantuan ketika air tgh tinggi tu memang tak sampai ke kawasan kami. Mungkin yang lain pun sama saja situasinya dengan saya.


seperti biasa,saya memang suka tak menghabiskan cerita..haha.to be continued.



KEMATIAN YANG MENGGEMBIRAKAN..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Perginya Ariel sharon pada 11 Januari 2014 setelah 8 tahun berada dalam keadaan koma. Yup, kematian dia mengembirakan saya !! Semoga dia menerima azab yang setimpal dengan perlakuan zalim yang telah dia lakukan kepada Umat Islam..Sedangkan semasa hayatnya, dia pernah bermimpi dirinya dibakar dengan api.. Bila menulis tajuk ini, iaitu Kematian yang Menggembirakan, teringat pada satu mesej yang dihantar melalui whatsapp oleh seorang kawan yang mana dalam mesej tersebut ada menyebut, antara tanda-tanda hampirnya hari kiamat apabila berlaku satu kematian tapi orang bergembira tentangnya.. (sahih ke hadis tu..??jangan memain dengan hadis)

Adakah ia berkaitan dengan si Ariel Sharon ni?? oh ye, siapa Ariel Sharon ?? dia adalah mantan presiden Israel.. Presiden Israel?? negara mana tu ek? haha, tak ada negara yang bernama Israel dalam dunia ni sebab tu kalau ada sesiapa yang pernah tengok muka depan pasport dia ada tulis, pasport ini sah untuk semua negara kecuali Israel..macam tu la lebih kurang..jap ye, saya nak mencari dalil2 yang mengatakan ada disebut kematian yang menggembirakan tu adalah tanda hampirnya kiamat... (haha..macam menulis blog secara live macam dalam tv lak..)

ok..tak jumpa, InshaAllah saya akan rujuk perkara ni pada para cendekiawan Islam.. betul ke kematian yang menjadi suatu kegembiraan merupakan tanda hampir kiamat adalah dari hadis sahih??


#peringatan untuk diri sendiri, jangan dikejar, jangan dicari bila kiamat itu, tapi perbanyakkan lah amalan untuk kita menempuh hari kemudian.. sekian, Salam Maulidur Rasul,jom berselawat. InsyaAllah..