AKHIRNYA SHREK DAN FIONA BERKHAWIN DI ALAM NYATA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pasangan Paul Bellas and Heidi Coxshall yang tinggal di negara kecil Eropah Jersey, mendapat idea untuk mengadakan majlis perkawinan mereka dengan menonton filem Shrek bersama anak mereka, Leo. Kata Paul, mereka mendapat ilham dengan memikirkan tentang Shrek yang  merupakan pencinta sejati. Tambah Paul lagi  cinta sememamgnya tidak mengenal rupa dan darjat atau siapakah kita? ok,koi tak nak cakap banyak2..korang tengok la sendri pengantik Shrek ni...










anak lelaki, Leo.

Coool sangat.. lepas ni mesti ada orang kahwin tema cerita Beut and the Beast plak kan...

LUKISAN 3D OLEH LEON KEER

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


Pelukis Belanda, Leon Keer merupakan salah seorang pelukis 3D jalanan yang paling gigih. Antara hasil lukisan yang pernah beliau hasilkan adalah dilaluan pejalan kaki di  kawasan Abu Dhabi sehingga ke Sarasota. Dari Singapura ke  San Diego.. perh..rajin gila la dan bakat yang beliau ada memang terbaik.. Mai tengok hasil kerja Leon  Keer ni..













PERRGGH!!! memang hebat kan...siap boleh pose cun macam dalam keadaan realiti punya dah..





KERJA HUJUNG BULAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni 28 Februari 2013..makanya akan tutp la tirai untuk bulan Februari 2013..anyway, pada sesiapa yang tarikh lahir dia jatuh pada tarikh 29 Februari..jangan sedih2 ye.. koi ucapkan special untuk aok je,,, HAPPY BIRTHDAY!!!!

Kalau akhir bulan macam ni, ramai orang akan pening..yelah, musim closing orang cakap.. hari ni, macam koi sendiri,  koi kena susun resit tempahan kursus memandu mengikut bahagian masing2. Kalau orang yang kerja office besar2 tu akan cakap filing la..susun dokumen mengikut bahagian yang dh ditetapkan.. apa penting nya filing ni? sangat penting jika kita memerlukan rujukan semula.kalau dokumen tak bersusun, jenuh la aok nak cari satu persatu..nak2 kalau benda tu urgent!! filing ni pun penting jika  pekerja2 Bahagian Audit datang ke pejabat terjah korang.. ha..kalau sistem filing tak betul atau ada yang tak memuaskan hati mr audit ni..aok mer tahu la nasib nya nanti..

Korang rajin tak nak tengok koi buat kerja ni??ha, jom2.

resit KPP, STATIK, AMALI, KELAYAKAN, KELAS B, D ATAU LAIN2 KELAS disusun mengikut bahagian masing2.


nak buat apa la agaknye ni??


koi lilit2 kan kertas tadi nak buat folder..ek orang cakap?


macam ni la hasil nya..memang dari dulu lagi koi buat macam ni je..senang kalau koi nak rujuk balik resit2 lama


ada lagi kerja lain..tapi koi saje nak buat post berkaitan filing ni..supaya korang tahu apa pentingnya filing ni bagi koi...ni filing secara manual ok..kalau dalam sistem komputer tu, aok mer rajin2 la update slalu..kang ada yang tertinggal atau terlepas pandang plak..

LELAKI INI MEMBACA AL-QURAN KETIKA KOMA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

SUBHANALLAH!! reaksi pertama koi bila tgk video ni.. tak sangka dalam keadaan tenat macam tu,, (yela..kalu koma mesti tenat name nye kan) boleh lagi bibirnya mengalunkan bacaan ayat al-Quran.

Dikatakan lelaki yang berasal dari Jordan ini adalah seorang imam yang mengalami kemalangan lalu koma.
Selepas keluar dari bilik pembedahan, lelaki ini membaca ayat Al-Quran dalam keadaan tak sedar.. tengok la, Imam Muda ni, ayat al-Quran dah dihafaz, tersimpan dalam hati je..dalam tak sedar pun boleh mengaji lagi.. Allahuakhbar!!

KITA BAGAIMANA?? #insaftengokvideo ni...





UNTUK INSAN YANG BERGELAR BEKAS KEKASIH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

#tak ada kene mengena dengan sesiapa..saja nak buat cerita tengah bosan2 ni kan...





SEDIH TAK BERUJUNG (LAGU BEST)

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA




Sedih Tak Berujung - Glenn Fredly

*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Saat menjelang hari-hari bahagiamu
Aku memilih tuk diam dalam sepiku
Saat mereka tertawa di atas pedihku
Engkau cintaku yang telah pergi tinggalkanku
  aku tak peduli, sungguh tak peduli
  inilah jalan hidupku
Reff: kini aku kau genggam hatiku
simpan di dalam lubuk hatimu
tak tersisa untuk diriku
habis semua rasa di dada
selamat tinggal kisah tak berujung
kini ku kan berhenti berharap
perpisahan kali ini untukku
akan menjadi kisah sedih yang tak berujung


SURATKU UNTUK MERTUA..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

nukilan ini adalah hasil perah keringat koi yang tak tahu nak buat apa pada musin raya cina ni.. :)


"Assalamualaikum kepada ayah dan bonda, terlebih dahulu Aina ingin mengucapkan terima kasih kepada ayah dan mak kerana menerima Aina sebagai menantu. Aina bahagia dan bersyukur kerana memiliki mak dan ayah, abang Haikal sebagai teman hidup yang dapat membimbing Aina menjadi wanita solehah. Mak, Ayah... kenapa Aina tulis surat ini? Aina tidak mahu wang dan kesenangan dari keluarga ini tapi Aina mahukan kasih sayang. Alhamdulillah, setelah tiga bulan membina bahtera, Aina bahagia.. Mungkin disaat mak dan ayah membaca surat ini, Aina dah tiada lagi. Mengerjakan haji bersama abang Haikal. Ini adalah impian kami untuk mengerjakan haji bersama, kalau boleh kami ingin sangat membawa mak dan ayah sekali tapi kami pun tidak tahu kenapa? mungkin bukan rezeki kalian.. Disini, Aina dan Abang Haikal akan sentiasa mendoakan kebahagian mak dan ayah. Kami ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat dosa yang dilakukan secara sengja atau tidak kepada mak dan ayah.. sedih rasa nya Aina ingin mengakhiri nukilan ini.. Harap mak dan ayah redha dengan kami dan memberi kesempatan untuk kami berada di Tanah Suci dalam jangka masa yang lebih lama lagi.. InsyaAllah, akan Aina hantarkan khabar berita yang seterusnya. Mak dan Ayah jagalah diri baik-baik dirumah. Salam sayang dari Aina dan Abang Haikal.. "




Surat itu dibaca oleh Mak dan Ayah Haikal selepas beberapa hari anak mereka pergi mengerjakan haji. Nak dijadikan cerita, Khabar berita yang dimaksudkan oleh Aina adalah khabar pemergian mereka menghadap Ilahi setelah diserang asma di Kota Mekah. Haikal pula meninggal secara mengejut selepas beberapa saat Aina menghembukan nafas yang terakhir. Berita itu telah disampaikan oleh ejen Haji Malaysia di Mekah melalui talian telefon. Ibu mana yang tidak hancur hatinya bila mendapat khabar yang memilukan, tentang kematian anak kesayangan pula.. merintih si ibu,

 "pergilah nak, mak izinkan kamu berdua pergi tinggal disana lebih lama. Itu yang Aina dan Haikal mahukan..mak redha nak..mak redha.."

menitis air mata si ibu.. Mak masih ingat lagi, Aina bukan orang yang terlalu mesra tapi kali terakhir mereka berjumpa, Aina begitu ceria. Sebelum ini belum pernah Aina mencium pipi Mak apabila bersalaman. Pada hari mereka ingin pergi menunaikan Haji, Aina bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuanya dengan diiringi ciuman mesra seorang anak. Apa yang lagi pelik, Aina bersalam dan mencium pipi suaminya, Haikal.
seolah-olah itu adalah petanda mereka berdua mahu pergi untuk selamanya.

Kedua-dua jenazah telah dikebumikan di Kota Mekah.

"abang, kalau boleh.. Aina mahu tinggal di Mekah. Aina dah tak ada siapa-siapa lagi selain abang, terima kasih untuk semuanya.." Manis senyuman Aina memandang Haikal.

Itulah saat-saat terakhir Aina bersam Haikal sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci dan akhirnya pergi yang tidak kembali..


SEJARAH TEBUAN

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT MEERA SEMUA NYA,,SALAM SEJAHTERA

jom borak pasal tebuan pulak.. sape cakap kena sengat tebuan tak sakit?  ok,kat sini koi ada sedia kan beberapa petua untuk menhilangkan bengkak atau sakit kena sengat dek tebuan ni.. agaknya tebuan ingat korang ni bunga, sebab tu dia gigit, nak ambil madu..hehe.

ini tangan abg koi..selepas kena ngorat ngan tebuan.cepat betul bengkak nye kan..

nak jugak wat tanda tangan dia bengkak..ok, dah, jom baca petua lak


Petua Hilangkan Bengkak dan Sakit  Sengat Tebuan

1. Ambil ubat gigi..tak kisah ape jenama dan campurkna dengan beberapa titis cuka makan. Gaul adunan (macam nak buat kek je) dan sapu pada tempat yang bengkak. InsyaAllah, surut bengkaknya.

2. Perah lobak yang telah diparut dan campurkan dengan beberapa titis cuka makan, sapu pada tempat kena sengat tebuan atau lebah..

3. Ni, bagi kes yang agak serius. Jika duri tebuan masih terlekat, cungkil dengan pengepit kuku dan jangan digosok. Lumur bahagian disengat dengan soda bikarbonat yang dicampur air untuk mengurangkan bengkak dan sakit.Basuh, ikat dan balut kemas bahagian terkena sengatan.Beri mangsa minum air dan masukkan ketul air batu ke dalam mulutnya.Jika bahagian disengat bengkak, terlentangkan mangsa dan dapatkan rawatan doktor - sumber pasbukitbendera



SETELAH PULIH DARI SAKIT

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

hye korang. lame kot tak update blog. last update 1 Feb 2013. sekarang dah 6 Feb..kenapa koi menyepi je sebelum ni? tu la, kalu nak taw..hari kelima ni pun sebenarnya tak sihat2 lagi..teruk ke sakit nye? tak de la teruk pun, kalau orang dengar mesti dorang cakap, Ceh!Demam je kot.. ang jangan nak kot sangat la ek.

last koi update blog ni, memang demam macam nak teruk.ok, balik kerja ritu.. Along jemput ambil. ingatkan nakbalik rumah terus, rupa-rupanya gi Teluk Cempedak dulu..makan petang kat Restoran apetah namenye. koi mintak Mihun Tomyam. Bila sampai je order, terus terkeluar dari mulut koi, "sikit nye.." apa yang sikit?mihun tomyam dia la..mangkuk besar dah, tapi isinye seciput je.. Ma and kakak2 yang lain mintak nasi goreng. Perh, licin kot pinggan depa makan. nak kate sedap, memang boleh tahan la tapi pasal ape depa makan sampai licin pinggan tu..sebab nasi die pun sikit. macam nak bagi budak2 makan je.

siap makan, ingatkan nak balik rumah terus, tiba-tiba Along singgah kedai kek pulak nak belikan kek hari jadi untuk adik. Masa tu, memang tak larat dah nak berjalan, tapi koi gagahkan jugak kaki ikut dorang p beli kek..ok, kek dah dapat. koi pun rasa lega sebab boleh balik rumah..Aish, belum nak balik rumah lagi rupanya. Along singgah pulak kat Tunas Manja nak beli makanan or persiapan untuk besday parti nanti.. Adoy. koi memg give up.. duduk je dalam kereta. mase tu jam pukul 6.15ptg. Koi duk je la dalam kereta sambil tercungap2 sebab dah start selsema. ok, jam 6.50 ptg, baru depa sudah bershoping. koi memang tak sabar nak balik dah ni. Kakak koi yang no.2 btaw, "belum siap lagi...ma nak beli hadiah untuk kakak (adik yang digelar kakak) pulak " memang nak marah koi rasa. memang tak larat giler dah ni.. jam 7.40 malam. ha, baru dorang siap nak beli hadiah untuk adik koi tu.. sempat lagi shoping benda lain lagi rupanya selain nak beli hadiah tu.. patut la lame sangat.

ok, sampai rumah dalam kul 8mlm, memang tak mapu nak buat ape dah..barang2 yang ma n along shoping td pun memang tak tolong wat masuk rummah. ape koi buat?? masuk bilik, terus baring atas katil..siap berselimut lagi. badan mase tu memang panas, berpeluh sakan. badan lenguh-lenguh, tetiba pulak angin dalam perut. memang terseksa.. pkul 10.30 mcm tu kot, adik koi balik kerja, depa terus sambut besday adik. koi memang x join. demam teruk. Pkul 1pagi, baru koi mampu nak bangun, baru nak mandi pulak tu..aih,,kotor betul la..balik2 terus tdow. hehehe..hanya koi je yang memahami keadaan koi mase tu.

sekarang, hari kelima, masih tak baik2 lagi..tak tahu la kenapa orang Kuantan sekarang,kalau demam teruk betul, Kawan mak koi, sampai tak bangun terus dia demam. katenye macam dah lumpuh.. ade lagi sorang, bukak mata pun tak larat..demam depa memang teruk la..agaknya, cuacana sekarang yang tak menentu ataupun udara dah kotor sangat agaknya.

KAT MANA NAK DAPAT KAN NOTA SUBJEK TERTENTU?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Hari ni, terasa nak bagitahu sesuatu yang penting khusus nya kepada adik-adik, kakak, abang yang baru nak sambung study ke peringkat yang lebih tinggi.

koi paham..kadang-kadang aok mer nak cari bahan untuk assingment,project, presentation pun payah nak jumpa nota atau bahan nye kan? ok, LISTEN..  banyak sumber rujukan yang korang boleh dapat melalui internet, cuma boleh terima ke atau tak boleh terima nota yang korang dapat tu? jangan sampai cikgu, pensyarah atau member korang sendiri mengamuk sebab nota yang korang cari tu tak kena dengan subtopik atau tajuk yang korang dapat.

ok, disebabkan koi ni dulu study bahagian Pengurusan Perniagaan, maka nya koi cuma dapat tolong carikan sumber nota dari kos yang koi belajar dulu je la.

kalau nak buat projek..final projek la katakan.. korang boleh search perkara yang berkaitan  di :

GOOGLE SCHOLAR. kat sini banyak article, kertas projek yang boleh dijadikan bahan rujukan sebab kebanyakkan nya datang dari student seluruh dunia, jabatan-jabataan tertentu dan pelbagai pihak lagi la. Dulu pun koi banyak merujuk contoh  kertas projek kat Google Scholar ni. Taip je la apa2 yang korang nak cari.
bahan untuk rujukan asg,presentation, ulangkaji, ect. bagi subjek yang ada dalam Dip. Pengurusan Perniagaan :

1.  http://www.managementstudyguide.com (English only)
2.  http://www.scribd.com ( in Bahasa & English)
3.  Perpustakaan
4.  Para pensyarah
5.  Senior yang bijak pandai..

tak larat dah nak tulis panjang2..tengah demam. so, kalau ingat balik laman web yang lain2 tu nanti koi update ataupun korang sendiri tolong member2 yang lain mention laman web yang bgus dalam box comment ok. TQ. bye.

#tolong rajin berjumpa dengan Pensyarah..itu adalah tips yang paling berkesan untuk memperoleh keputusan dan idea yang terrramat bernas. Betul tak?? kalau tak caye tanye depa yang selalu p jumpa lecturer time study kt IPT dulu..

DILARANG AZANKAN BAYI BARU LAHIR

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Apa kes ni? kenapa tak boleh nak azan dan iqamahkan bayi yang baru lahir pulak??
ha..kalau korang nak tahu ni lah yang terjadi sekarang kat Kazakhstan.
Arahan melarang bayi diazankan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman di Mangistau dengan alasan bacaan azan dah iqamah di telinga bayi tidak selaras dengan undng-undang negara itu,
selain menegaskan bilik bersalin hanya untuk urusan duniawi dan amalan berunsur keagamaan adalah dilarang. 
Walaubagaimanapun perbuatan mengazan dan iqamahkan bayi hanya dilarang dilakukan dibilik bersalin..
dan kebanyakkan hospital dinegara itu hanya akur dengan arahan yang telah dikeluarkan. - sumber

NOTA : Kazakhstan merupakan negara ke sembilan terbesar didunia dengan keluasan  2,717,300 km² kalau korang nak tahu, lagi besar daripada Eropah Barat.