cara besarkan ruang posting blog korg..


assalamualaikum..

korang punye template dh cukup cantik dah??tapi ruang nak menulis lak tak besar mane kan..
rugi2..dh jumpe yg berkenan tapi nak menulis rase tak puas lak..sempit sangat ruang nye..xpe,meh koi tolong aok mer.. mula2..

step 1 :
bukak blog korang,then pilih DESIGN kat dashboard tu --> EDIT HTML --> TICK PADA EXPAND WIDGET TEMPLATE

STEP 3:
cari kod ni : #header-wrapper {, (nak cari kod tu tekan ctrl,F serentak). jumpa tak??korang salin balik WIDTH die 750px.. macam yg kt bawah ni..tapi benda ni khas untuk sape2 yg gne template PYZAM je yew..



/* Header
-----------------------------------------------
 */
#header-wrapper {
  width:750px;
  margin:0 auto 10px;
  border:1px solid $bordercolor;
  background-color:#000000;
  filter:alpha(opacity=80); -moz-opacity:0.80; opacity:0.80; -khtml-opacity:0.80;}

step 4 :
cari  kod ni : #outer-wrapper { (nak cari tekan : ctrl, F serentak dulu) ..salin balik WIDTH die, 750px jugak..


* Outer-Wrapper
----------------------------------------------- */
#outer-wrapper {
  width: 750px;
  margin:0 auto;
  padding:10px;
  text-align:left;
  font: $bodyfont; }

step 5 :
korang cari lak kod ni  #main-wrapper {.. betul2 bawah dari outer wrapper yg kat ats ni. edit WIDTH die, 503px..


#main-wrapper {
  width: 503px;
  float: left;
  padding: 5px;
  border:1px solid $bordercolor;
  background-color:#000000;
  filter:alpha(opacity=80); -moz-opacity:0.80; opacity:0.80; -khtml-opacity:0.80;


step 6 :
ha..korang preview la dulu sebelum save tu..kalu puas hati,save je lah terus lepas tu.. kalu x menjadi tu mintk maaf la ye..coz aku wat,jadi je pon..


P/S : KEPADA SAPE2 YANG X JUMPA KODE YANG KOI TULIS KAT ATAS NI,BUAT MACAM NI.

1. klik Layout -> Edit HTML -> tick kat Expand Widget Template

2. Tekan CTRL dan F serentak (atau F3 untuk shortcut). nanti akan muncul tulisan “Find” dan ruang untuk menulis..korg search la kode tu kat situ..COPY N PASTE JE KOD YG KOI BG TD.

sebagai contoh,korang nak edit header tadi tu, just type je #header-wrapper { ..nanti secara automatik nye keluar perkataan header tu dlm kode html..selamat mencuba
 
ha..ada faham???

hati yang sepi

oh hati yang sepi..
kemana kau nak lari
jika dirimu hanya mampu menyepi
tidak ada teman mengeluh sendiri

oh hati yang sepi
jangan tangisi nasibmu sebegini
alangkah bahagia jika kau mengerti
Tuhan itu sentiasa disisi

oh hati yang sepi
jangan termenung menyeksa diri
bangkitlah bangun tak usah begini
ingat lah sentiasa pada ilahi

oh hati yang sepi
masih banyak yang belum kau kecapi
jangan disiakan tidak berisi
ayuh mencari cinta hakiki...

aku tak biasa..

promoter:

cik,saya ada menjual pakaian wanita..
cantik2 datang dari jepun
macam-macam saiz ada.
badan cik kecil je,ambil la saiz s ni..
mesti lagi cantik kalau kena di badan cik..
kawa-kawan pun mesti cemburu


adik..adik ni orang nye comel juga
tapi kalau adik pakai make up jenama ni
mesti lagi cantik..boleh tahan sampai ke malam..
kalau adik ada pakwe,mesti dia rasa bangga..
punya awek yang comel jelita..
tak mahal pun,berbaloi la untuk cantikkan muka

aku tak biasa :

maaf kak..saya dah ada banyak baju
baju saya semua nya saiz xxl..
lega sikit kalau pakai baju besar-besar
kalu pakai baju adik,nanti jadi rimas..
melekit sebab berpeluh..

maaf cik..saya tak pandai pakai make up..
nanti jadi macam makcik opera pula.
cukup saya rasa saya make up pakai wudhu je
muka saya pun jadi sejuk..rasa seperti salju
terima kasih ye...


p/s: saje nak habis kan masa malam yg masih muda ni :p

bohong si ayah (3) -last

anak-anak..
kalian kenyang menjamu selera
sedangkan aku menahan lapar
andaianmu, aku sudah makan diluar
tapi hakikatnya aku tidak punya apa
apa yang aku ada hanya untuk kalian semata..

anak-anak..
ketika kamu memerlukan wang
akan aku usaha mendapatkannya
namun tidak pula kalian bertanya
dari mana aku memperoleh nya
sedangkan aku tidak mahu kalian turut merasa susah

anak-anak..
aku tidak bisa menceritakan segala
fikiran ku bercelaru mengenangkan nasib kita
serba kekurangan tidak pula diketahui kalian
sedang aku masih mampu tunaikan hajatmu
tiada apa yang kupinta selain kebahagian semua






bohong si ayah (2)

anak-anak semakin meningkat dewasa. kini,angah tinggal di asrama sebuah sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. ada baiknya juga jika angah tinggal si asrama, fikir ayah.suatu petang ayah pergi ke sekolah angah untuk melawat anak yang tersayang. menaiki motor usang. tersenyum ayah melihat kelibat si anak menuju kepadanya. "assalamualaikum abah..," "waalaikumusalam." mereka berbual mesra.terpancar wajah kebahagian si ayah melihat anaknya seandai selesa berada dikediaman yang baru.mungkin lagi selesa untuk angah mentelaah bersama kawan-kawanya. 

"eh..apa ni?ow..goreng pisang.." tanya angah inginkan kepastian barang yang berada di dalam raga motor ayah.ayah kelihatan seperti mengelak. "angah,abah tak boleh lama di sini.abah kerja malam.jadi jaga di kilang hujung jalan ni..angah,ni abah ada belikan pisang goreng..ambil lah buat makan alas perut sebelum ulangkaji nanti.." angah mencelah, "eh,xpe la abah..angah pon baru sudah minum petang td.boleh tahan sampai malam."ayah berkeras juga serahkan goreng pisang tersebut. "angah ambil lah..abah belikan untuk angah ni. nanti mak risau pula,ingat angah tak makan tinggal kat sini.abah dh kenyang.angan ambil makan,ye."

ayah berlalu dari sekolah..dalam fikiran ayah,pisang goreng itu untuk dijadikan bekal pada malan nanti.. memandangkan dia perlu berjaga malam.tapi,tidak mengapa lah..lagipun aku tak berduit untuk memberi angah duit belanja..sekurang-kurangnya.aku tahu angah akan makan goreng pisang tu..kerana pisang goreng itu kegemaran angah..si ayah redha jika malam dia terpaksa menahan lapar. demi kerana apa?? demi kerana tidak mahu si anak kempunan dengan apa yang dilihat nya..

bohong si ayah (1)

assalamualaikum.. pagi yang indah ni,koi sepatutnya mengadap buku sebab jap lagi nak jwb kuiz finance..tapi tak pe,anggap je koi tengah take 5..hehe. orang kata kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sanggup berkorban.. ada jugak yang kata kasih ayah tiada tolok bandingnya..ye,koi rase seme tu betul blake..al-kisah tentang seorang ayah..rajin2 kan lah hati untuk membace sekejap cerita kat bawah ni..sebagai teladan.

 ada seorang ayah..yang sangat rajin bekerja dan selalu berusaha mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri dia.ayah ni  mempunyai tujuh orang anak semuanya, tiga lelaki dan empat perempuan..anak-anak lelaki nya masih kecil,paling besar pun baru berusia 9 tahun. manakala anak perempuannya semuanya sudah meningkat dewasa,anak sulung berusia 25 tahun. semasa anak-anak masih kecil,kehidupan mereka tidak semewah jiran-jiran sebelah,saudara mara. anak-anak pun tak pernah merasa bercuti di tempat yang menarik..hatta, ke kuala lumpur pun tak pernah sekali. apa tah lagi menikmati makanan yang enak-enak seperti kfc, mcDonalds dan pizza.

suatu hari seorang anak bersuara, "abah,kat sekolah tadi kawan yaya bagi yaya makan nugget,sedaaap...." bersungguh si anak memberitahu kepada ayahnya. si ayah hanya mendiamkan diri,memikirkan sesuatu. lalu ayah berkata "yaya..yaya kena ingat,ada orang lain yang tak pernah merasa lagi macamana rasa nugget tu,yaya makan tadi sedap kan..yaya ucap terima kasih tak pada kawan yaya?lepas ni kalau kawan bagi,yaya jangan ambil dah,boleh? kesian ayah kawan yaya tu.. dia nak bagi makan ke anak dia,tapi yaya yang habiskan.." lalu si anak mencelah, "abah..kawan yaya tu kaya lah..tiap-tiap hari dia bawak nugget,sandwich..kadang-kadang hotdog..dia bagi yaya makan sekali.dia cakap mak dia bagi je kalau kawan-kawan dia nak," ayah mendiamkan diri lalu keluar kerumah. entah kemana dia menghilang. lalu lewat petang,ayah pulang sementara anak-anak menanti kepulangan ayah dengan penuh tanda tanya.

alangkah gembiranya hati mereka,ayah membawa pulang... "abah,apa ni.KFC???" semua anaknya gembira dengan apa yang ayah mereka bawakan..tapi,mana mungkin cukup..ayam empat ketul dikongsi dengan lima orang adik beradik yang lain ketika tu. kak ngah mengira, "satu untuk mak,satu untuk abah..satu untuk along,untuk angah..habis tu acik dan yaya tak dapat makan lah ayam ni, abah?" si ayah hanya tersenyum..anak-anak kecil belum kenal erti susah..dari mana ayah mereka dapatkan makanan enak itu tidak pula di tanya tetapi masing-masing hanya berkira untuk mendapatkann ayam yang ditunggu-tunggu sekian lama.

 "anak-anak abah,jangan macam tu..cuba tengok ayam ni..besar-besar kan. kalau kecil pun masih boleh dimakan lagi..ambil tiga ketul ayam ni, along isi dalam pinggan, makan dengan nasi.ayam ni kongsi ramai-ramai.. seketul lagi ni,tinggalkan untuk mak. abah taknak,abah dah makan nasi tadi kat luar. ingat ye,kita tak boleh tamak,apa yang ada ni,rezeki Allah. kta kena berkongsi bersama.. apa yang penting, abah nak anak-anak abah makan ayam ni bukan untuk kenyang,tapi cukup sekadar untuk merasa..sebab ayam ni tak cukup untuk semua orang kalau tidak dikongsi," anak-anak hanya mengangguk faham dan hanya patuh seperti yang di minta ayah.

si ayah memandang mak sambil tersenyum puas. bahagia rasanya hati seorang ayah bila anak-anak nya juga merasa bahagia..sedangkan si ayah tadi entah betul entah tidak sudah mengalas perut di luar kita tidak tahu bukan. kerana kasih,ayah sanggup berkorban..si ayah mendapat kan wang untuk membeli kehendak anak-anaknya dengan mengambil upah memcuci kereta sepanjang hari tersebut.. pendapatan tidak banyak tapi boleh la untuk menyara hidup. demi siapa?? demi anak-anak yang tidak mengerti kesusahan hidup ayah mereka..

 nanti koi sambung untuk episod ke dua pulak ye..ada kerja yang perlu diselesaikan...hehe

friendship poem..

Thank You, Friend
Thank you, friend, for all the things
That mean so much to me--
For concern and understanding
You give abundantly.
Thanks for listening with your heart;
For cheering me when I'm blue;
For bringing out the best in me;
And just for being you.
Thanks for in-depth conversation
That stimulates my brain;
For silly times we laugh out loud;
For things I can't explain.
For looking past my flaws and faults;
For all the time you spend;
For all the kind things that you do,
Thank you; thank you, friend.

By Joanna Fuchs





sombongkah aku?

arini nak mengepos tentang satu..ape yek.cerita pendek kot. suka bace pasal sombongkah aku ni..amik dari note seorang kenalan kt fb.. 'ustaz penang'..aku suka buka fb die coz mcm2 note die post..seme note dia ada nasihat  yg tersendiri...


Sombongkah Aku????


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu???
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab???

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!!!!
Bukan pada semua.........

Tapi hanya padamu,wanita yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan???
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan???
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan???

Kau bukan isteriku,perlukah kita melakukan semua itu???
Tepuk dada,tanyalah IMAN, tanyalah HATI,tanyalah DIRI wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat.
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong,  silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli.
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak ke atasku kelak
Hanya untuk isteriku,cinta halal bagiku..............




...ustazpenang...

sorry, I'm strong...


disaat semua orang dilamun cinta sesama manusia
aku masih ditakuk lama..
bagaimana? aku tidak punya teman istimewa.
ketika manusia seronok berbicara tentang cinta
aku memulakan hujah, cinta kalian tidak akan kekal lama.
bila ditanya,tidakkah kau sunyi hidup sendirian?
aku bilang, "cukuplah hanya Allah S.W.T  bersamaku."


ah..bilang saja kamu tidak laku..tiada lelaki yang mahukan kamu.
bukan kah begitu yang sebetulnya?
aku mendiamkan diri...
bukan kerana apa yang disangkakn itu betul,
bukan pula aku tidak mampu memberi jawapan.


kenapa perlu berbangga dengan hubungan yang belum sempurna?
kalian belum diakad menjadi pasangan halal disisi Tuhan.
tidak mengapa jika kalian mahu meneruskan nya,
asalkan kalian tahu akan batas yang perlu dijaga..


aku takut aku bakal mengulangi kesilapan yang sama,
kita tidak berpacaran tapi kita mesra..
mungkin tiada apa yang berlaku antara kita pada zahirnya
tapi bagaimana pula dengan batinnya..


aku takut jika aku terjebak dengan zina mata,
aku risau jika aku keterlaluan melalui hati
aku tak sanggup berbicara dosa
tidak juga aku mahu mendengar yang bukan hak bagiku..


dan yang pasti aku bukan insan luar biasa
hanya beringat untuk mengelak dosa..
-MIRA-

" if u love and miss that person,
the love can come again when u meet again,
just like playing hide and seek.
no matter where it hides or even if u can't see it,
it must  be waiting at some place for u.
amid the countless chaos,
just like the sincere prayer of love.
the people in love will surely meet again.."





dalam hati ada...??

dalam hati ada apa ek?entry kali ni aku just  nak merapu-rapu je.memandangkan aku tengah xda keje n xda moood untuk mengepos somthing yg more serius dari biasa...

biasa nya orang akan cakap :

dalam hati ada taman.
kalu ada taman makna nye mesti lah kene ada bunga,pokok-pokok,rama-rama..kumbang.hehe.
baru meriah taman kita tu an..tapi untuk siapa taman yang cantik tu??siapa tetamu vip taman kita yg ada dalam hati tu ek??

dalam hati ada bunga
bunga apa yang ada dalam hati tu?
siapa yg nk tolong jaga kan bunga tu kalau kita malas nak jaga..
bunga akan layu kalau tak disiram.


dalam hati ada kumbang
ish..kumbang pon nak isi jugak ke dalam hati tu
kumbang suka madu dalam bunga
bila  madu habis kumbang pon terbang ntah kemana

dalam hati ada dendam??
tak cantik macam tu..
kenapa  nak simpan dendam
nanti syaitan menghasut lagi dalam.



dalam hati ada iman
bagus nye kalau iman yang menguasi hati
iman bukan bunga so dia xkan layu
iman pon bukan kumbang jd dia x boleh terbang

dalam hati ada cinta??
wow..bestnye.cinta siapa yang bertuah sangat tu
kalau rasa cinta tu hilang macam mana pula
yang merana nye bukan cinta tapi hati kita


merapu sangat tak agak2??
kepada sape2 yg suke mikir je la yg paham..
faham seperti yg aku faham..hehe

kata-kata hikmah...

assalamualaikum...
kali ni try nak post kata-kata hikmah lak..mint jgk ngan 
bende-bende ni seme....

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,
tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,
nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa 
dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).


Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras 
tentu akan melaksanakannya.(Hamka).



Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya 
kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa 
membalasnya.(Umar Al Khatab).



Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu
 iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui 
dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama 
untuk jiwanya. ( Hamka ).



Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu
 kepada orang lain adalah bahagia. 
( Hamka ).



Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu 
yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,
walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)



Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain.
 (Francis Becon).



Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab
 dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,
begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. 
( maksud hadis)



Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah
,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan 
untuk berkenalan dengan pengarangnya.

    Bercerita Tentang Jodoh | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Bercerita Tentang Jodoh | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    berbicara sama Tuhan


    سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

    hari ni tergerak hati nak bercerita pasal adab ketika kita berbicara dengan Tuhan..adab berbicara sesama makhluk pon ada,ni kan pula adab bila dengan Allah S.W.T. perasan tak,time berdoa ramai orang tak fokus pada doa yang dibacakan oleh imam atau ketika menadah tangan untuk mengaminkan doa. ada orang masih sempat nak membalas sms,ketawa sesama rakan dan paling tak munasabah ketika menadah tangan memohon pada tuhan tapi bercakap-cekap dengan kawan sebelah.. sebelum ni saye pon macam tu jugak.tengah tadah tangan nak aminkan doa,boleh lak tanya kawan sebelah, "lepas ni nak p makan kt cafe x?".. astaghfirullahalazim..berharap sangat  Allah S.W.T akan ampunkan kesalahan tu. sekarang ni,saye dah tak berani nak buat macam tu..baru tersedar diri kot bila terbaca satu hadis qudsi, meriwayatkan firman Allah S.W.T..

    "Hamba-Ku, apakah memang perkataan kamu, menyuruh Aku, tetapi perhatianmu ke kanan dan ke kiri. Kemudian engkau berbicara dengan sesama hamba-Ku yang lain. Engkau mengerahkan seluruh perhatianmu kepadanya dan engkau tinggalkan Aku?”


    waktu praktikal kat SSM Kuantan sebelum ni, bekas pengarah kt sana tetiba bagi pinjamkan buku dia,tajuk buku tu The Road To Allah created by Jalaluddin Rahkmat. orang dah bagi ilmu,kita ambil je la an.masa tu la terjumpa hadis ni..termenung la jugak sekejap.selama ni kalau kita berborak ngan kawan-kawan,mesti pandang punya muka kawan tu.fokus betul, dengar dorang bercakap.tapi bila berdoa,kita langsung x fokus..berdoa tu pon kira nya bercakap la jugak an..memohon sesuatu dari tuhan.bila terfikir balik,kalau kita tengah bercakap ngan kawan,dengan penuh seronok ni bercerita, siap tunjuk aksi ag tapi tetiba kawan kita ketawa..bukan ketawa sebab dengar kita bercerita tu tapi rupa-rupanya dapat mesej dari pakwe..hm.memang sakit hati.nak marah pon ada masa tu kan?


    bukan lah nak kata tuhan ada perasaan marah yang macam tu jugak..Al-khaliq tidak mengharapkan apa-apa pon dari hamba-hambaNYA.tetapi kita semua yang selalu mengharapkan pertolongan,perlindungan dan macam-macam pengharapan lagi..
    sesungguhnya Allah S.W.T adalah sebaik-baik penolong dan Lagi Maha Kuasa.
    kesimpulannya lepas ni, biar la time kita berdoa,kita fokus dulu,khusyuk dengan doa yg nak di aminkan tu..hold dulu la nak borak2,tanya2 member..balas mesej ke,,bergayut telefon..baanyak lagi masa untuk semua tu kan??


    sampai sini dulu lah..kalau rasa nak tambah apa-apa nanti koi post lain pulak..



    malaikat mendoakan mereka..


    Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

    1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

    2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

    3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

    4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

    5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

    6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

    7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
    Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

    8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

    9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

    10. Orang yang sedang makan sahur.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

    11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

    source:ipislam

    caNtIK DiHatI

    assalamualaikum..

    cantik dihati tu macam ne ek?? persoalan ni boleh dijawab oleh beribu manusia dengan beribu jawapan.
    cantik tu bersifat subjektif. lain orang lain pandangan mereka.jadi tetapkan iman,jangan sampai terhanyut dek kecantikan dunia. ada orang terutamanya perempuan (lelaki pon lebey kurang juga), suka bertanya pada teman2 adkah mereka cantik atau hensem?? ada yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik. cantik kat luar je kot. waktu kita meninggal,kecantikan kita tu habis di mamah cacing tanah, jadi santapan kala jengking dan ular je.

    apa beza nya kecantikan luaran dan dalaman pada seseorang tu? sebenarnya topik ni la yg ana nak sebutkan tu..hehe. sangat berbeza..cantik pada muka, mata, tangan, hidung..cara berjalan macam super modal tu x akan kekal.kerana bila2 masa musibah akan melanda kita. contohnya kalau kita terlibat dengan kemalangan.patah kaki tangan kita..agak2 ada lagi tak orang puji kita masa tu,tangan kita cantik..kita berjalan penuh bergaya.

    berbanding dengan cantik dalaman..kalau kita excident patah riuk pon,hati kita tak terpengaruh pon dengan kecacatan yg kita alami tu..kalau selama ni kita seorang yang baik hati,penyabar..sopan santun.semua tu akan kekal pada kita sampai bila2 pon.insyaAllah. tapi apa yang penting iman kita harus dijaga. jangan lah pulak bila dapat musibah kita terus jadi panas baran,pemarah tak tentu hala..sebab tu pentingnya kita ada pegangan agama,beserah diri hanya kepada Allah S.W.T. semata-mata. kt bawah ni ada satu cerita tentang seorang lelaki yang barhati mulia..baca la sekejap buat pedoman ye..di petik dari buku 'Semai Benih-benih Syurga dan Andai Syurga n Neraka Tidak Ada'

    pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang pemuda memasuki masjid dalam keadaan yang biasa saja. dia buka lah seorang yang warak atau selalu membuat amalan sunat pada waktu malam.sebelum lelaki itu masuk ke masjid nabi berkata kepada sahabat-sahabat, "sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk kesini,"
    lalu seorang sahabat nabi, Abdullah Ibnu 'Amr meminta izin kepada pemuda itu untuk tinggal dirumah nya untuk tiga hari. tujuan Abdullah adalah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pemuda itu sehingga dia dikata kan sebagai penghuni syurga. untuk hari ketiga Abdullah berada dirumah itu, dia masih tidak temukan apa-apa keistimewaan lelaki tersebut.lalu atas permintaan Abdullah sendiri, pemuda itu berkata, "apa yang engkau lihat, itu lah yang saya lakukan..di tambah sedikit lagi iaitu saya tidak pernah berasa iri hati kepada orang yang memperoleh nikmat Tuhan dan saya juga tidak pernah menipu dalam apa saja yang saya lakukan," 


    jadi,dapatlah disimpulkan kat sini, syurga dan neraka tu hak milik kekal Allah S.W.T .siapa-siapa pon boley terpilih masuk ke syurga. jadi walau macamana pon diri kita,jaga lah iman..jaga lah hati..yang paling penting,dirikan lah solat tepat pada waktu nya...

    sekian saja..terima kasih

    bIAr haTi berBIcAra 2

    ya Allah 
    aku bagaikan anak kecil
    dihadapanMU aku
    hanya mampu menangis
    tak mampu pula 
    untuk menahannya.

    ya Allah
    sungguh, aku serahkan segalanya
    padaMU
    untuk aku menjejak kaki di bumiMU ini
    hanya perlindungan dan rahmat dari Mu
    aku harapkan.

    ya Allah
    aku masih perlukan dunia sementara
    untuk aku mencari bekal
    dibawa ke dunia yang abadi
    panjangkan usia ku untuk itu, Tuhan.
    agar panjangnya menyamai jalan ke syurga

    Ya Rahman, Ya Rahim..

    cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia.
    hanya padaMu aku bertawakkal,
    dan Dia adalah Tuhan yang memiliki
    'Arasy yang agung.


    salam maulidur rasul 1432H



    ..aku tidak pernah berjumpa denganmu
    tapi aku rindu
    aku tidak kenal raut wajahmu
    tapi aku cinta
    Ya Rasulullah Pemimpin Akhir Zaman..


    10 Hal yang Mendatangkan Cinta Allah | Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat | Rumaysho.Com

    10 Hal yang Mendatangkan Cinta Allah | Mengenal Ajaran Islam Lebih Dekat | Rumaysho.Com

    selamat hari lahir..ma

    assalamualaikum..

    selamat hari lahir ma (1302).. i love you so much la..xdapt nak digambarkan pengorbanan, curahan kasih sayng dan segala-galanya dari  ibu kepada anak yang amat dia sayangi...
    bila aku terdengar je lagu ni..aku akan teringat semua pasal mak aku..adik aku pon suka dengar lagu ni.. DUHAI BONDA dari NOW SEE HEART...all about you mum.

    bersosial kt pulau..

    assalamualaikum...

    12 februari 2010,aku bersama member2 clas merayap ke balik pulau.. tujuh orang je yg join.kiteorang melepak sampai kul 2 pagi kot. jalan-jalan ke mana je pon..batu feringhi, qbay n lagi satu tempat tu..aku lupe da namanya.. tak plan pon trun penang tp member ajak2 tetibe,ciap ajak p rumah lagi kat air hitam..aku join je la kenal2 ngan family dia...thanks aina.lagipon aku jarang sangt merayap,so  apa lah salahnya join sekali skala, asalkan tahu jaga diri sudah..gmbr kt bawah ni antara kenangan aku kt pulau bersama member2 tersayang.


    dari kiri : nurul.aini,aina,kak nana (belakang), jue (depan) n paling ujung itu saya

    like!!

    pict ni macam nice je..hehe

    jom la kite...tuttt

    haha..macam pe je tajuk die.....mesti orang ingt yg bukan2 dah.

    unik nye nombor 1

    nombor 1 nombor kemenangan..tapi aku suka nombor 4 dan 7..sebab aku ank ke-4 dan lahir pada bulan 7..


    memandangkan tahun ni tahun 2011,aku nak cerita apa yang ad pada nombor 1.
    ok, misal kata korang lahir tahun 1990..dan tahun 2011 ni umur korang 21 tahun..atau pon lahir lah tahun bila pon..korang tgk la keindahan nombor 1 tu kat bawah ni...hehe


    amik 2 nombor terakhir tahun kelahiran dan tambah kan dengan umur korang pada tahun 2011 ni...
    hasilnya,


    90+21=111
    85+26=111
    86+25=111


    ha...seme jawapan die 111 kan..ni ad lagi ni..semenye berkaitan dengan nombor 1..



    1 x 9 + 2 = 11
    12 x 9 + 3 = 111
    123 x 9 + 4 = 1111
    1234 x 9 + 5 = 11111
    12345 x 9 + 6 = 111111
    123456 x 9 + 7 = 1111111
    1234567 x 9 + 8 = 11111111
    12345678 x 9 + 9 = 111111111
    123456789 x 9 +10= 1111111111

    ok..sekarang tgk yang bawah ni pulak...

    1 x 1 = 1
    11 x 11 = 121
    111 x 111 = 12321
    1111 x 1111 = 1234321
    11111 x 11111 = 123454321
    111111 x 111111 = 12345654321
    1111111 x 1111111 = 1234567654321
    11111111 x 11111111 = 123456787654321
    111111111 x 111111111=123456789 87654321

    indahkan matematik tu...semua ni ilmu al-Malik..kepunyaanNya lah semua ni.. :)

    ni pulak...ape ye nk ckap....mac ni la senang cerita,

    nilai apa yang bersamaan dengan 100%??

    bagaimana pulak kalu  seseorang mahukan kita memberikannya lebih dari 100%

    (bagaimana caranya jika  101%)

    sekiranya:

    A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

    Maka :

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 2021 22 23 24 25 26.

    (abjad bersamaan dengan nombor2 tersebut)

    Jika :

    H-A-R-D-W-O-R-K

    8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

    Dan :

    K-N-O-W-L-E-D-G-E

    11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

    Tetapi :

    A-T-T-I-T-U-D-E

    1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

    Kemudian, kita lihat jika ini yang dicari.. :

    L-O-V-E-O-F-G-O-D

    12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

    Jadi kesimpulannya melalui matematik :
    Dengan bekerja keras ( HARDWORK ) dan berilmu ( KNoWLEDGE ) akan membuatkan kita dekat, dan dengan sikap ( ATTITUDE ) kita akan dibawa ke sana...

    Kemana????

    Ke tempat utama kita nak tujui kecintaan pada Allah ( LOVE OF GOD )
    Tempat paling utama dan atas sekali...

    Hebat tak?? subhanallah

    apa nak dibuat ni...........

    assalamualaikum...


    bese nye aku duk post benda2 islamic je,skunk time aku nak membebel sorang2..ari ni cls pagi seme cancel..tu yang mcm xda hala tuju je ni...mlm ni kul 8 baru ad class.tu pon class law..mengantok kot.nasib baik la cik farhana ngajar best jugak..selalu gak buat dak cls ketawe terbahak-bahak...arini xda modal nak bagi nasihat kat diri sendiri n sape2 yang terbuka,membuka dan buka blog aku ni..kita borak-borak kosong je la eh..
    hm..xpe,aku nak beritahu kat korang seme moto aku untuk tahun ni...bukan moto yang kne isi minyak tu..moto hidup maksud aku.... "sesuatu yang baik itu pergi kerana yang terbaik akan menyusul datang." ok tak??


    hm,kenape aku hightlight kan dengan warna hijau?? sebab nye sampai bila2 pon aku sangat suka dengan hijau...n biru jugak. lagi satu,aku suka sangat dengan bidang psikologi ni..suka research something about human being.bila aku dh dapat tahu tentang sesuatu perkara tu..aku wat kesimpulan sendiri je la..tapi kebanyakan nye sme betul. (knon ahli nujum terhebat la ni..puyus je).bila aku bosan,aku akan buka blog ni..dan tulis mcm2..apa2 yg aku tahu..untuk dikongsi dengan semua peminat blog.


    memang tak sabar rasa,tahun ni aku habis belajar..insyaallah semua selamat n aku tak nak kembali lagi ke poli tahun depan,carry mana2 subjek...seksa rasenye..kalu ad rezeki sambung belajar,ak sambung lagi..kalu dapat kerja,aku akan pilih untuk bekerja dulu..study tu bila2 boleh an..kerja tu bukan senang nak cari zaman sekarang ni..time bekerja pon boleh sambung study lg..wt pjj..kahwin??bila ek..kalu dah sampai jodoh tu kawen je la..nak tgu lama2 pon x elok jgk..(calon pon xda ag ni)..hold dulu bab kawen..sebab banyak benda lg aku nak buat.. persediaan untuk dunia n akhirat sekali gus.kapel??xda masa lah nak kapel..tak kapel dh kot smpai bila2...kwen je trus..haha.


    12.46pm dh..aku nak tidow jap..dapatkan pahala sunat sebelum masuk wktu ni..tidow pon dapat pahala ker?? subhanaallah.. tu lah tanda dia, Allah sayangkan kita..suh kita rehat lu..alang-alang tu aku selitkan sekali maksud daripada hadis yang ak copy dr blog peribadirasulullah berkaitan tidur sebelum wktu zohor..renung-renungkan dan selamat beramal.......



    syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.




    harga sebuah persahabatan

    kemana kau nak lari jika bayangannya sentiasa tetap disisimu.
    kemana kau nak pergi jika batinnya sentiasa menghampirimu.
    tak usah begitu jadimu kerna kasih pernah terjalin antara kalian.
    jika kau betul menyayangi sahabatmu,
    mahukah engkau mempertahankan ikatan itu hanya di dunia sahaja?
    tidakkah engkau berasa bahagia jika sahabatmu itu kekal bersama sehingga ke syurga?
    jangan kecewa jika dia pernah mengecewakan engkau
    kerana Allah jua lah yang tidak pernah mengabaikan hambaNya.
    jangan bersedih jika dia pernah melukai engkau
    kerana Al-Khaliq sedang menguji hamba yang dikasihiNya.
    jangan dibenci perasaan sayang yang berlalu pergi
    kerana rasa sayang itu milik kekal Ar-Rahman.
    percayalah pada hikmah.
    tidak akan engkau bahagia selagi kau belum kenal erti sengsara....


    <04022011>

    lengahkan solat??? habislah amalan kita....

    assalamualaikum....sahabat-sahabat.dah solat ke belum??
    hari ini saya mendapat lagi satu ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama.
    hurm..selalu lengahkan solat tak, atau pun tak solat langsung? pada yang selalu mendirikan solat pada awal waktu tu,tahniah diucapkan lah..
    kat bawah ni adalah cerita yang ada kaitan dengan solat yang kita lengahkan dan amalan kita didunia ni..

    Setiap kita ada malaikat. Malaikat lah yang hantar amalan sembahyang kita pada Allah S.W.T. Untuk sampaikan amalan kita malaikat melalui tol-tol iaitu di setiap lapisan langit sehingga lah ke langit ketujuh.  Jika sembahyang di awal waktu tolnya “free” sekatan tol tiada  “jem”. Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan tapi Jika sembahyang di akhir waktu tol masih free tapi sekatannya MasyaAllah…. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan tetapi… penjaga langit pertama tidak mengambil peduli lalu  dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka.. jatuh berderai lah amalan kita tu tadi… Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita satu persatu. Dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit kedua. Dilangit kedua,samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi kawan kita. Tak juga dipedulinya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi.. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada lagi kompromi lalu terus dibaling amalan kita jatuh berderai amalan kita tak ade nilai…. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka..tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tidak pernah menunaikan solat. Maka… Bersedialah kita menerima pembalasannya. tak di dunia di akhirat nanti.Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai. Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai… Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.