bohong si ayah (1)

assalamualaikum.. pagi yang indah ni,koi sepatutnya mengadap buku sebab jap lagi nak jwb kuiz finance..tapi tak pe,anggap je koi tengah take 5..hehe. orang kata kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sanggup berkorban.. ada jugak yang kata kasih ayah tiada tolok bandingnya..ye,koi rase seme tu betul blake..al-kisah tentang seorang ayah..rajin2 kan lah hati untuk membace sekejap cerita kat bawah ni..sebagai teladan.

 ada seorang ayah..yang sangat rajin bekerja dan selalu berusaha mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri dia.ayah ni  mempunyai tujuh orang anak semuanya, tiga lelaki dan empat perempuan..anak-anak lelaki nya masih kecil,paling besar pun baru berusia 9 tahun. manakala anak perempuannya semuanya sudah meningkat dewasa,anak sulung berusia 25 tahun. semasa anak-anak masih kecil,kehidupan mereka tidak semewah jiran-jiran sebelah,saudara mara. anak-anak pun tak pernah merasa bercuti di tempat yang menarik..hatta, ke kuala lumpur pun tak pernah sekali. apa tah lagi menikmati makanan yang enak-enak seperti kfc, mcDonalds dan pizza.

suatu hari seorang anak bersuara, "abah,kat sekolah tadi kawan yaya bagi yaya makan nugget,sedaaap...." bersungguh si anak memberitahu kepada ayahnya. si ayah hanya mendiamkan diri,memikirkan sesuatu. lalu ayah berkata "yaya..yaya kena ingat,ada orang lain yang tak pernah merasa lagi macamana rasa nugget tu,yaya makan tadi sedap kan..yaya ucap terima kasih tak pada kawan yaya?lepas ni kalau kawan bagi,yaya jangan ambil dah,boleh? kesian ayah kawan yaya tu.. dia nak bagi makan ke anak dia,tapi yaya yang habiskan.." lalu si anak mencelah, "abah..kawan yaya tu kaya lah..tiap-tiap hari dia bawak nugget,sandwich..kadang-kadang hotdog..dia bagi yaya makan sekali.dia cakap mak dia bagi je kalau kawan-kawan dia nak," ayah mendiamkan diri lalu keluar kerumah. entah kemana dia menghilang. lalu lewat petang,ayah pulang sementara anak-anak menanti kepulangan ayah dengan penuh tanda tanya.

alangkah gembiranya hati mereka,ayah membawa pulang... "abah,apa ni.KFC???" semua anaknya gembira dengan apa yang ayah mereka bawakan..tapi,mana mungkin cukup..ayam empat ketul dikongsi dengan lima orang adik beradik yang lain ketika tu. kak ngah mengira, "satu untuk mak,satu untuk abah..satu untuk along,untuk angah..habis tu acik dan yaya tak dapat makan lah ayam ni, abah?" si ayah hanya tersenyum..anak-anak kecil belum kenal erti susah..dari mana ayah mereka dapatkan makanan enak itu tidak pula di tanya tetapi masing-masing hanya berkira untuk mendapatkann ayam yang ditunggu-tunggu sekian lama.

 "anak-anak abah,jangan macam tu..cuba tengok ayam ni..besar-besar kan. kalau kecil pun masih boleh dimakan lagi..ambil tiga ketul ayam ni, along isi dalam pinggan, makan dengan nasi.ayam ni kongsi ramai-ramai.. seketul lagi ni,tinggalkan untuk mak. abah taknak,abah dah makan nasi tadi kat luar. ingat ye,kita tak boleh tamak,apa yang ada ni,rezeki Allah. kta kena berkongsi bersama.. apa yang penting, abah nak anak-anak abah makan ayam ni bukan untuk kenyang,tapi cukup sekadar untuk merasa..sebab ayam ni tak cukup untuk semua orang kalau tidak dikongsi," anak-anak hanya mengangguk faham dan hanya patuh seperti yang di minta ayah.

si ayah memandang mak sambil tersenyum puas. bahagia rasanya hati seorang ayah bila anak-anak nya juga merasa bahagia..sedangkan si ayah tadi entah betul entah tidak sudah mengalas perut di luar kita tidak tahu bukan. kerana kasih,ayah sanggup berkorban..si ayah mendapat kan wang untuk membeli kehendak anak-anaknya dengan mengambil upah memcuci kereta sepanjang hari tersebut.. pendapatan tidak banyak tapi boleh la untuk menyara hidup. demi siapa?? demi anak-anak yang tidak mengerti kesusahan hidup ayah mereka..

 nanti koi sambung untuk episod ke dua pulak ye..ada kerja yang perlu diselesaikan...hehe

No comments: