TOKOH USAHAWAN MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

pagi ni bersemangat nak bercerita tentang individu-individu yang telah berjaya dalam hidup. Ada yang bermula dari bawah dan ada juga yang mewarisi peninggalan keluarga..bukan senang nak jadi senang.jom tengok siapa Tokoh Usahawan yang Dihormati tu..


1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary





Kehidupan beliau semasa kecil tidak semewah orang lain dan hidup dalam serba kekurangan. Rumah beliau ketika itu tidak mempunyai katil untuk dijadikan tempat tidur malah kerusi, meja pun tiada. hal ini menyebabkan beliau susah untuk mentelaah. Taraf pendidikan yang tidak tinggi, hanya sehingga tingkatan lima dan tidak pernah memasuki universiti, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary teguh dengan prinsipnya; pendidikan tidak menjamin kejayaan hidup tetapi kerja keras menyebabkan beliau sangat berjaya dan menjadi antara individu terkaya Malaysia kini.


Bagaimana beliau menempuhi kehidupan yang serba kurang suatu ketika dulu?


Syed Mokhtar Al Bukhary membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran dipasaran serta menjual roti canai. kerja ini dilakukan beliau dalam usia yang muda ketika beliau dibangku sekolah lagi.Beliau juga  membantu ayahnya menternak lembu selepas tamat sekolah tapi malangnya tidak berhasil akibat dari penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun, Tan Sri Syed Mokhtar gigih bangkit semula dengan menceburi bidang perniagaan  dengan menjual daging. Beliau akan pergi ke satu pekan ke pekan yang lain di sekitar Alor Setar untuk membeli daging yang tidak terjual. lalu dibungkus daging itu bersama ais dan menjual semula kepada restoran dan peniaga Bumiputra di sekitar Alor Setar. Dari perniagaan menjual daging, segalanya berubah. Tan Sri Mokhtar Al Bukhary melihat peluangnya cerah dalam bidang perniagaan lalu menceburi pula dalam perniagaan pengangkutan seterusnya perniagaan beras.Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.



Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita." Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

[sumber]

2. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh



Dahulu.. insan ini selalu berulang alik menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Kini, beliau sendiri telah memiliki sebuah rangkaian operasi bas iaitu  BAS SANI EKSPRESS. bercerita tentang pengalaman, Datuk sani tidak pernah menyangka untuk berada pada tahap yang beliau peroleh sekarang memandangkan minat untuk berniaga memang ada sejak remaja lagi.

Bagaimana beliau memulakan perniagaan?

Pemilik rangkaian operasi bas ini terdetik untuk menjalankan perniagaan bas selepas selalu berulang alik dari KL- Terengganu dengan menaiki bas. Memang tiada siapa yang menyuruh dan tiada siapa memberi pendapat tetapi segalanya bermula dengan keinginan sendiri. Datuk Sani berkata, dengan kelebihan yang beliau ada iaitu pandai mencari peluang dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin Datuk Sani terus menlakukan kajian terperinci, menganalisi dan menstruktur strategi. Beliau tekad untuk menyediakan perkhidmatan bas terbaik melalui pengalaman beliau yang pernah  menaiki perlbagai perkhidmatan bas.

[sumber]


#SIAPA KATA KITA TAK DIBERI PELUANG UNTUK BERJAYA..SIAPA KATA NAK BERJAYA TU SENANG..SIAPA KATA NAK BERJAYA TAK PERLU USAHA YANG KUAT??#

bila baca kisah2 orang berjaya ni..terutamanya yang bermula dari bawah,,terasa semangat yang hilang dah kembali datang..then, mula la berangan nak buat macam2 business..berangan tu bagus,tapi jangan sampai angan2 tahi ayam suda la..


No comments: