PEMERGIAN YANG AMAT DIRASAI

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

siang di Kuantan seakan mengerti kehibaan hati..muram cuaca tak seriang mentari pagi sebelum itu. aku yang kehilangan akar umbi jasad keturunan merintih dalam sepi. oh Tuhan, Engkau ambil la segala kebaikan yang ada padanya..Engkau tinggal lah segala keburukannya..semoga Tok aman disana. Maznah binti Abdul Kadir, perginya menuju Yang Esa sekitar 1.50 pagi 27 November 2012, (13 Muharram 1434H)  sempat menjengah usia ke-73 tahun. tiada sakit disaat tubuhmu berdaya namun tiada lagi penawar setelah kau tiada.wajah tenang menyenangkan hatiku merelakan pemergianmu. peninggalan berharga hanya ada pada kenangan kita bersama..

Arwah Tok yang berasal dari Singapura, berketurunan China-Singapura mempunyai 4 orang adik beradik..semuanya perempuan. adik-beradik arwah pun semua dah tak ada..dan semuanya meninggal dengan cara yang sama. Sepupu ma dari Johor ada bagitahu, memang adik beradik tok meninggal sebab sakit tua.. memang tak pernah ada penyakit.sakit sekejap then terus meninggal.

Tok dimasukkan ke hospital sebab demam.tapi doktor cakap Tok xda sakit apa-apa.cuma penat je.ok la, hari ke-3 tu bawa la  Tok balik rumah kat Kampung Penadah, Pekan. tapi, malam tu, tetiba tok semput.  Cik Huda (mak saudara) bawak semula Tok balik ke hospital..Ya Allah,jantung tok dah tak berdenyut. Doktor mintak kebenaran untuk guna pump elektrik. Alhamdulillah, Tok sedar semula. masa tu semua adik beradik ma dah ada kat Hospital Pekan. Doktor ada pesan, jangan tinggal kan Tok sebab Tok memng kritikal dah..TOk dimasukkan ke ICU.memang suasana masa tu penuh suram dan dengan air mata..masing2 bacakan Yassin untuk Tok..

petang hari isnin 26hb.Tok semakin ok, bila aku dan adik (ayen) datang jenguk Tok, Tok sedar je, siap nak bercakap sakan lagi..tp bercakap guna isyarat tangan la sebab tok tak boleh nak bercakap..pakai topeng oksigen tu.sebab tok dah lama tak jumpa ayen.gayanya seperti Tok gagah kembali. lepas Maghrib, Efa (kakak) ajak balik rumah, sebab die kene keje esok harinya..aku pun ikut balik la..ma abah saudara-mara stay kt hospital.malam tu, memang aku tak boleh nak tidur..memang tak sedap hati.

jam 11 malam, ma call efa, amirul (sepupu) call aku, cakap tok tak sedarkan diri dah..pada mula nya ma suh epa datang hspital, tapi  disebabkan dh lewat, ma cakap duk rumah dulu...pape nanti ma call balik. efa dan aku memang nak gerak ke hspital..tapi dh lewat, memag tak berani la nak turun Pekan kalu mcam tu,,dahla balik magrib tadi pun ada kereta sape ntah, ikut belakang kereta kiteorang..nasib kat simpang Sg Soi kereta tu menghilang.

hm...pukul 1 .50 pagi macam tu (27hb Novemebr), dapat call dari amirul.."yah, tok dah meniggal da..baru meninggal.." tersentap jugak la hati ni..aduh! macam mane ni..memang tak berani la turun pekan pagi2 macam tu. aku mesej Aiman, cakap Tok dah meninggal..nasib baik Aiman tak tidur lagi..dia offer tolong hantr kiteorng p hospital pekan.. Alhamdulillah, nasib baik aiman tolong..tapi dah sampai kat hospital dalam pukul 2.45pg, jenazah Tok dah dihantar ke rumah..bergegas la kiteorang p rumah tok.. pesanan terakhir tok sebelum meninggal kpd isteri pak atan (mak saudara), tolong sarungkan kain telekung yang dibawa balik dari umrah  kalau dia meninggal nanti..

segala kerja pengebumian selesai dalam jam 11 pagi hari Selasa dengan diiringi titisan hujan..




 AL-FATIHAH..

TANDA WAKAF

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA..

hye..sihat ke rini? yela..sekarangkan musim hujan. so, jaga la diri tu leklok ye.hari ni topik pasal tanda wakaf.tanda wakaf dalam ayat al-quran memang memainkan peranan yang penting..silap2 bila kita redah je tanda wakaf, dikhuatiri lari lah maksud ayat yang dibaca..

Belajar ilmu tajwid itu Fardhu Kifayah tetapi membaca Al Quran dengan tajwid yang betul adalah Fardhu Ain. Saya pun tak mahir dalam ilmu tajwid n wakaf ni, tapi kita kena belajar la.. lagi satu,belajar ilmu al-quran ni, kita tak boleh sesuka hati hanya buka youtube atau cari kat mana2 tempat rujukan tanpa ada seorang guru yang boleh mengajar. tak gitu ke..baru mana2 kesilapan kita boleh diperbetulkan dengan sempurna. wallahualam..

kat bawah ni saya lampirkan sekali tanda2 asas wakaf diambil dari laman fb Tanyalah Ustaz supaya boleh dijadikan rujukan dan ingatan..bagi yang belum pernah tengok tanda ni, boleh la belek satu persatu helaian al-quran dan cari la se cikgu yang boleh dipercayai untuk mengajar kita tentang hukum-hakam ni..sekian, sama2 lah kita perbetulkan bacaan ayat suci Al-Quran.. in sha Allah..




# BERDOA UNTUK KESELAMATAN SAUDARA KITA DIBUMI GAZA. AAMIN.

TOKOH USAHAWAN MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

pagi ni bersemangat nak bercerita tentang individu-individu yang telah berjaya dalam hidup. Ada yang bermula dari bawah dan ada juga yang mewarisi peninggalan keluarga..bukan senang nak jadi senang.jom tengok siapa Tokoh Usahawan yang Dihormati tu..


1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary





Kehidupan beliau semasa kecil tidak semewah orang lain dan hidup dalam serba kekurangan. Rumah beliau ketika itu tidak mempunyai katil untuk dijadikan tempat tidur malah kerusi, meja pun tiada. hal ini menyebabkan beliau susah untuk mentelaah. Taraf pendidikan yang tidak tinggi, hanya sehingga tingkatan lima dan tidak pernah memasuki universiti, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary teguh dengan prinsipnya; pendidikan tidak menjamin kejayaan hidup tetapi kerja keras menyebabkan beliau sangat berjaya dan menjadi antara individu terkaya Malaysia kini.


Bagaimana beliau menempuhi kehidupan yang serba kurang suatu ketika dulu?


Syed Mokhtar Al Bukhary membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran dipasaran serta menjual roti canai. kerja ini dilakukan beliau dalam usia yang muda ketika beliau dibangku sekolah lagi.Beliau juga  membantu ayahnya menternak lembu selepas tamat sekolah tapi malangnya tidak berhasil akibat dari penyakit kaki dan mulut. Walaubagaimanapun, Tan Sri Syed Mokhtar gigih bangkit semula dengan menceburi bidang perniagaan  dengan menjual daging. Beliau akan pergi ke satu pekan ke pekan yang lain di sekitar Alor Setar untuk membeli daging yang tidak terjual. lalu dibungkus daging itu bersama ais dan menjual semula kepada restoran dan peniaga Bumiputra di sekitar Alor Setar. Dari perniagaan menjual daging, segalanya berubah. Tan Sri Mokhtar Al Bukhary melihat peluangnya cerah dalam bidang perniagaan lalu menceburi pula dalam perniagaan pengangkutan seterusnya perniagaan beras.Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.


Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.



Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita." Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

[sumber]

2. Datuk Wan Mohamad Sani Salleh



Dahulu.. insan ini selalu berulang alik menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Kini, beliau sendiri telah memiliki sebuah rangkaian operasi bas iaitu  BAS SANI EKSPRESS. bercerita tentang pengalaman, Datuk sani tidak pernah menyangka untuk berada pada tahap yang beliau peroleh sekarang memandangkan minat untuk berniaga memang ada sejak remaja lagi.

Bagaimana beliau memulakan perniagaan?

Pemilik rangkaian operasi bas ini terdetik untuk menjalankan perniagaan bas selepas selalu berulang alik dari KL- Terengganu dengan menaiki bas. Memang tiada siapa yang menyuruh dan tiada siapa memberi pendapat tetapi segalanya bermula dengan keinginan sendiri. Datuk Sani berkata, dengan kelebihan yang beliau ada iaitu pandai mencari peluang dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin Datuk Sani terus menlakukan kajian terperinci, menganalisi dan menstruktur strategi. Beliau tekad untuk menyediakan perkhidmatan bas terbaik melalui pengalaman beliau yang pernah  menaiki perlbagai perkhidmatan bas.

[sumber]


#SIAPA KATA KITA TAK DIBERI PELUANG UNTUK BERJAYA..SIAPA KATA NAK BERJAYA TU SENANG..SIAPA KATA NAK BERJAYA TAK PERLU USAHA YANG KUAT??#

bila baca kisah2 orang berjaya ni..terutamanya yang bermula dari bawah,,terasa semangat yang hilang dah kembali datang..then, mula la berangan nak buat macam2 business..berangan tu bagus,tapi jangan sampai angan2 tahi ayam suda la..


TUHAN BERIKAN PEDOMAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

 lirik lagu Pedoman nyanyian Nora..

Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan

 <sumber>



PASANG BURUNG TWITTER TERBANG KAT BLOG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT

hari ni dah bertambah seekor lagi haiwan peliharaan koi (saya)..hehe..name nye koi bagi tweebi.. mknenye tweet2 si burung  biru..korang nampak tak dia tengah terbang merata dalam taman koi yang serba hijau ni?? nak tahu dari mane koi dapat tak?? burung ni canggih, kalu klik kat badan dia, automatik dia akan pergi ke akaun tweeter  koi.. dia nak aok (awak) mer (semua) follow koi kot..hehe..

STEP 1 >>

kena ada akaun blogger la kan..dah sing up /in, --> klik design @ terus klik layout




STEP 2 >>

klik at 'add a gadget' box  --> cari HTML/Java Script






STEP 3>>

COPY & PASTE link ni ok..

<script type="text/javascript" src="http://imemovaz.googlecode.com/files/tripleflap.js"></script> <script type="text/javascript"> var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglcqYy4Fv410_R7MzTBfam-rsLR5wjiJTVB9VUNDFd1zkUaBB78NR1QeioU2i2lgAdnekpUc3B6LPud3orZGp99fNiCHSURR2bSqIWqgQ69pDHIfk-ixkv6VSzh96KYObb-SfbW7mbQ2zK/s1600/birdsprite.png"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "http://twitter.com/#!/username";var tweetThisText = "Twitter - Mukti Blog http://thebestweddinggallery.blogspot.com/";tripleflapInit(); </script>




STEP 4 >> 
pastikan kalian tukar  'username' kpd username  tweeter anda yep..kt tempat yang saya bold tu..
jangan save dulu, tapi preview dulu..dah ok, puas hati burung dah berterbangan, boleh la save html tu..


SELAMAT MENCUBA YEP.. :)




KeAjAiBAn FIrAsat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA..

hye..apa khabar korang seme rini? tak lama lagi dah nak masuk tahun baru hijrah kan, insya Allah pada hari Khamis ni 15 November 2012 persamaan 1 Muharram 1434H.. oh ye.baru teringat Along bertunang pada 1Muharam tahun lepas..sekarang dia dah berkahwin, tak lame nak dapat baby pulak.

mukadimmah je tu..ok, post ari ni bertajuk Keajaiban firasat yang merupakan sebuah buku hasil karya Muhadir Haji Joll..boleh dikatakan buku motivasi berdasarkan 63 kisah pengubat jiwa (cetakan pertama 2012). dah banyak buku yang macam ni saya baca, bagi pendapat saya, buku ni adalah antara yang terbaik..best sngt, banyak pengisian dan memang boleh memotivasikan diri sape2yg baca buku ni..insya Allah.bukan nak promot ni..pengkarya dia pun koi tak kenal..buku ni saya pinjam dari seseorang, dalam masa dua jam boleh habis baca buku ni..semua 63 buah kisah dalam buku ni, xde yang bosan pun..sangat tauching bila bace kisah yang terakhir.. 'Ya Rasulullah..Kami merinduimu.'



^
|
|
|
ni buku dia..

Antara isi dalam buku ni..rasanya tak salah kut nak kongsi sama2 dalam blog ni..bulan nak salin satu buku pun kan..

✔ kisah diantara dua beranak, Sheikh Abdul Qadir al-jailani yang sering memberi ceramah sehingga orang ramai akan menangis mendengar ceramahnya. malah anaknya turut berhasrat untuk memberi ceramah lebih baik dari ayahnya dengan harapan orang ramai juga akan turut mengis mendegar ceramahnya.tapi dia pelik tak ada yang memberi respon positif kepadnya. 

✔ antara soalan yang ditanya oleh seorang utusan Raja Rom kepada Mu'awiyah bin Abu Sufyan (Mu'aiwiyah ni sahabat Nabi yang mengasas Khilafah Umawiyyah) :

1.  apakah yang tidak mempunyai kiblat?
jawap Mu'awiyyah : Kaabah

2.  siapakah yang tidak berayah?
jawap Mu'awiyyah : Nabi Isa bin Maryam

3.  siapa yang tidak punya keluarga?  
jawap Mu'awiyyah : Nabi Adam a.s

4.  siapa kubur yang berjalan bersamanya?
jawap Mu'awiyyah : Nabi Yunus a.s

5.  apakah tiga perkara yang tidak diciptakan dalam rahim?

6.  apakah sesuatu itu?

7.  apakah setengah dari sesuatu itu?


8.  apakah bukan daripada sesuatu itu?

nak tahu lagi apa jawapan dia, korang boleh cari je buku ni kat mana2 kedai..koi bukan ape, nak memelihara hak cipta je..hehe. sekurang2 nya dapat juga sedikt ilmu untuk dikongsi walaupun sedikit kan.. TAK RUGI BELI BUKU MACAM NI..BOLEH BERKONGSI ILMU DENGAN ORANG LAIN JUGAK..KAN.



ADa ApA dALam PeNdRiVe??


Assalamualaikum semua..
baru hari ni nampak pendriveku ini setelah berabad berada ditangan orang lain..huh. jom berkenalan dulu ngan pendrive ni nak?..pendrive ni kalu korang nak tahu sebenarnya satu jenama USB flash drive..ala macam Maggi..orang tak cakap mee segera..even jenama mee segera tu SEDAP ke,  MAMEE ke, orang tetap jugak cakap nak beli Maggi..maggi ape?maggi Sedap perisa kari..kehkehkeh..termasuk la aku sendiri. macam tu jugak pendrive ni..atau dalam bahasa melayu nye perangkat memori. pendrive ni dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri.bangsa cina..(jangan tak caye..) tapi tak ingat nama lor..dah la..setakat tu je. jom terjah plak apa yang ade dalam pendrive aku ni..hehe..padahal perangkat memori jenama Kingmax.



|
|
|
|
V

1.  BANYAK DOKUMEN SULIT PULAK..TAK KAN ISI KAT SINI KOT
v
2.  GAMBAR KUCING KESAYANGAN..TAPI DALAM KENANGAN JE..DAH BAGI ORANG.

ruben dalam kenagan..

ruben lagi..yg kat atas bantal tu name nye chopot.

cumey an..rindu kat dorang ni.
|
|
|
|
V
3.  GAMBAR KAHWIN ALONG PADA 26,27MEI2012 & 1JUN2012

AKAD NIKAH DIRUMAH WALI HAKIM SENDIRI

PELAMIN ANGAN YANG SUDAH

BAJU PUTIH TU KAKAK NO.2..AVAILABLE LG..HEHE  
SAMBUT MENANTU DI TERENGGANU

XDE MOTIF..

OK..sekian.terima kasih.tak ley skodeng pendrive gue lebih2..nak balik rumah da..byeeee.take care!


PATAH HATI TAK SIAPA YANG TAHU

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Assalamualaikum..kepada kaum Adam ku ucapkan selamat menunaikan solat Jumaat yep :) kepada kaum hawa, kebiasaan nya time tu mereka akan berpusu2 pergi ke shoping mall.tapi kalau kat Kuantan ni, Teluk Cempedak akan menjadi lokasi untuk bersantai sambil menikmati McD, KFC ataupun Burger King.


wallpaper ni koi amik dr facebook.. 

tetibe je terfikir, rasa sakit bercerai antara suami isteri tu sama ke macam rasa sakit putus cinta? memang kalu difirkan kan hubungan kapel n bernikah ni tak setanding pun sebab hubungan nikah ni disertakan dengan akad dan berat tanggungjawab orang yang dh bernikah ni tapi kapel ni dengan sapee pun boleh..xde istilah sehidup semati pun kalu time bercinta tanpa nikah ni.ok..lebih2 plak.kalau rasa putus cinta n bercerai tu sama, xde la perit sangat.sebab ramai orang boleh handle masalah tu dengan bijak dan profesional.ni pendapat saya yang masih belum berkahwin yep..hehe.kalau ada sapa yang marah..jangan marah dulu, tapi tolong komen atau bagi pendapat lain berkaitan ni okeyh.. tapi kalau rasa bercerai tu amatlah perit..yelah, dah sehidup semati sama2 kan..memang kena fikir masak2 dulu la sebelum memilih pasangan yang betul..tu penting nya mintak petunjuk dengan Allah S.W.T..ye, memang dibolehkan bercerai tapi benda tu la yang paling2 Dia tak suka.

p/s : orang tua2 kata nak pilih bakal suami, p cari kat masjid (orang muda zaman sekarang jarang kot yang solat kat masjid full time) dan nak pilih bakal isteri p la cari kat pasar tani pukul 8pagi tu..sebab tak semua perempuan rajin bangun pagi nak pi pasar tampat orang jual ikan ayam tu..n semestinya perempuan macam tu kenal jenis ikan sayur segala..hehe.. *teringat masa kat poli, ada seorang kawan tak kenal yang mana daun bawang n serai..keh3..tergelak

ok lah..mahu keluar rehat jap..nanti kita jumpa lagi ok??

sedang mencari pasangan idea... ;)