JALAN SEHALA DI KUANTAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Aih, pagi tadi orang Kuantan kecoh duk bercerita pasal jalan sehala kat Kuantan.. ape cerita ni?? ok..ni cerita dia..

Petikan dari portal Rasmi MPK : Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di pusat bandar, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara percubaan  bermula pada 22/07/2013  sehingga 21/10/2013 bagi sebahagian jalan iaitu Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan  
Teluk Sisek, Jalan Besar, Jalan Gambut & Jalan Merdeka. Tengok peta laluan jalan sehala kat sini.

Sebenarnya hal ni dah lama di maklumkan pada umum, Utusan online pun ada keluarkan berita ni pada 14 Jun 2013 yg lepas tetapi, sbg rakyat dan penduduk tetap Kuantan, agak terkilan la.. (nak masuk part luahan hati dah ni) pagi-pagi pergi kerja tengok keadaan lalulintas yang tidak dikawal amat menyedihkan dan menyusahkan pengguna jalan raya. Saya faham, hari ni 22 Julai 2013 adalah hari pertama 'eksperimen' dijalanankan ke atas penduduk Kuantan khususnya. Mungkin sebab itu kawalan trafik tidak dilakukan lagi semata-mata mahu menguji sejauh mana keberkesanan eksperimen jalan sehala ni. 

Namun, bagi pendapat saya, kawalan trafik harus dilaksanakan untuk permulaan, bukan bertugas sebagai pemerhati tetapi bertugas sebagai pengawal jalanraya bagi memudahkan lagi pergerakan kenderaan. Bayangkan, jalanraya yang telah dibuka menjadi 4 laluan sedangkan pengguna jalanraya tidak dimaklumkan atau tidak di ingatkan untuk berada di laluan yang betul. Kesannya, berlakulah huru-hara di tempat sendiri dimana pengguna jalan raya yang berada di barisan ke-4 mahu masuk simpang ke kanan dan pemandu dilaluan pertama dan kedua mahu meneruskan perjalanan ke hadapan. 

Harapan saya, semoga eksperimen untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ini berjaya dan berjalan dengan lancar dan akhirnya menemukan jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan yang semakin teruk dibandar Kuantan. (luahan hati tamat..lega rasa dah terluah kat blog sendiri)

Pendapat saya lagi, sepatutnya kenderaan yang semakin bertambah dijalan raya di selesaikan dengan penambahan pengankutan awam, atau penduduk mengambil inisiatif  berkongsi kenderaan, atau penambahan pembinaan jalan baru seperti flyover, jambatan atau bypass tapi apa yang saya lihat selama ni, struktur jalanraya di Kuantan seolah-olah tidak akan ditambah kerana jalan yang sedia ada seperti sudah mencapai persediaan menangani kemungkinan kesesakan jalan raya untuk 100 tahun.

ok la..setakat ni sahaja. jika tak bersetuju atau berlainan pendapat boleh la share dgn saya. Saya luahkan disini krn saya sayang tempat lahir nya saya dan saya masih kekal berada di Kuantan, mejadi rakyat yang ingin menhabiskan sisa hidup juga di Kuantan. salam Ramadhan.. :) 

9 comments:

Tengkubutang said... [Reply]

hai.. salam kenal,
follower no.35
done follow sini,
jom follow teman yea ..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

cikgu zul said... [Reply]

@tenku butang thanks.. ;)

::CIK LYNN:: said... [Reply]

cik lynn xpenah sampai kuantan lagi...huhu

Anonymous said... [Reply]

wat is the purpose of the whole xcercise, to reduce the congestion. if it is reduced then the xcercise is successful. the key word is 'reduce'. To be sensible i dun use the word to 'eliminate' the congestion.. coz it is impossible even in most cities in usa.. xcept spore wth number of laws strictly implemented.. bck to ktn story, it won't b reduced.. reasons.. 1. road exit to jln gmbg now only via jln gmbg, unlike b4 v may go thru to tun ismail linked to wong ajang, causing heavy jam at jln bsr.. 2. trafc load of tun ismail transferred to jln bsr, causing imbalance of trafx flow.. just like a boat wth more passengers being seated on the leftside compared few seated at the rightside causing it to b shaky.. 3. bottleneck tlk ssk 4lane-jln bsr 2lane.. 4. trfc load frm jln mahkota to tlk ssk previously is a nullified n wasted xcercise, coz its just transferring it to alrdy narrow road of jln gmbt. IN CONCLUSION HAS TO B BCK TO THE PREVIOUS ROUTES. BUT WTH FLYOVER AT BMW INTERSECTION TLK SSK.. anyway the traffc jam previously occured during the rush hours, others under control.. but now at jln bsr jln stdm it happen the whole hrs daytime.. ask around people take more than 1hr to send kids frm.tnh putih to sek smart compared to 20min b4.. So it is.any better.. i rest my case.. kita semua rkyt yg akan rasa keperitan ini yg disangka akan ada rasa kenikmatan di kemudian hari.. ianya akan lebih teruk.. Satu lg sy x nmpk logiknya jln tlk sisek dpn mobil dibuka 4lane sbb dpn tu dh 2lane.. klu tlk.ssk.tu buka 10lane pun ianya akn jam jg sbb dpn tu 2lane.. just like org ada drh tinggi, di saluran drh yg sempit tu lh yg jadi Hi BP.. causing heart attck

Anonymous said... [Reply]

Ini bukan "cubaan" lagi... ini dah betul-betul!...
Yang terjadi... sesak bertambah teruk dan bukan bertambah kurang.

cikgu zul said... [Reply]

@::CIK LYNN:: bila2 masa free mai la Kuantan. banyak je tempat yang best2 nak melepak :)

cikgu zul said... [Reply]

@Anonymous harap percubaan ni berakhir dengan cepat.. tiap2 hari ubah jalan tapi orang tetap merungut sebab xde perubahan yang positif mungkin

cikgu zul said... [Reply]

@Anonymous aih..nak raya pulak ni..lagi sengsara..

Anonymous said... [Reply]

Well said...