MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*tetibe terfikir akan hal ni*

Bila kita sedang berkasih sayang dan merindui seseorang.. Adakah sedar kita ni bahawa disaat ini Allah s.w.t lebih lagi sayang sama kita, lebih lagi rasa rindu Dia kepada kita. Tapi kita buat tak endah. Kita jauhkan diri kita dari Dia..bukti paling jelas ketika kita tengah menadah tangan aminkan doa.. Tu dia.. Imam duk baca doa kusyuk.. Kita pun turut tadah tangan tapi tengok la..hati kita kemana masa tu? Kita duk meminta2 dengan Tuhan tp pada masa yang sama kita berborak sakan dengan member sebelah. Cuba bayangkan sekejap. Kita nak mintak bantuan dengan Tuhan kita ni, tapi mulut kita muka kita sibuk duk mengadap ke kawan.achaner tu? Sebab tu, bila kita jao dengan Allah s.w.t. Dia tak balas dengan kejam.. Dia hantar dugaan kepada kita sebab masa manusia tu ditimpa bala, susah, masa tu lah dia baru tringat ke Tuhan.. Masa tu la baru kita nampak sorang2 yang dalam kesusahan bersungguh2 mintak pertolongan dari Tuhan.. Dan ketika itu lah hati kita paling tenang dan rasa disayangi oleh Tuhan sebab kita sedar waktu kita susah hanya Allah saja yang brada disamping kita..Termasuk la saya sendiri.. Hurm.. Mintak2 semoga hati ni tak lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah s.w.t..

Sekian.. Selamat malam. Mahu masuk tdur da..

PeMBErIAn BeRMAKna

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA.. 
apa khabar korang rini? Sekarang kat Kuantan ni mendung dan ada gaya macam nak hujan je jap lagi.
hari ni baru teringat nak bercerita pasal pemberian teristimewa pada hari konvokesyen bulan lepas..
pada 9 September 2012 (cerita lama daa), telah berlangsungnya HAri Konvokesyen Peringkat Politeknik Seberang Perai bagi jabatan Perdagangan..TAhniAh untuk diri sendiri dan pada korang yAng dah berkonvo dan bakal berkonvo tak lama lagi.. terima kasih sangat2 diatas pemberian bunga dan bear dr kawan baik, junior..Ma Abah n Aiman..sangat2 happy.


pemberian dari Aiman..dia kasi superb surprise bila koi dah sampai umah dari Penang ritu..



pemberian dari  Ma n Abah..sangat cantik bunga matahari.
muka penat baru sampai rumah..

thanks to shah..sebab tak lupa member..


ni la pemberian teristimewa dari kak liza..fiza (junior), shah, aiman tersayang dan ma abah tercinta.. love you guys..

SUPER HD LAGI 3D PUNYA GAMBAR

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

lagi-lagi post pasal gambar..peringatan pada semua, jangan salahkan saya bila anda pening tengok gambar yang berikut ni okeyh! :)






ni semua adalah lukisan yang dilukis dan di cat atas lantai je..tapi nampak real sangat kan.. peace

KREATIF..!! BILA GAMBAR KAMERA & LUKISAN DISATUKAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

mood nak blogging membara2..jangan dihalang minat gua..haha..














kreatif kan..gue pun tak terfikir nak buat macam tu..sebab tak kreatif..huhu


FENOMENA BAJET 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pagi ni bukak je facebook tengok satu gambar yang dikongsi oleh seorang kawan..ow, bajet belanjawan oleh PKR vs bajet 2013 yg telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 28 September lepas.. oleh itu, terus tergerak hati nak research benda ni.

ok..mula2, saya cari dulu apa tema ucapan pada hari pembentangan antara kedua2 pemimpin ni? tema pun penting jugak bg pendapat saya.

  • Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji ditepati” 
  • Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat"
sekarang, kita tengok pula bajet 2013 highlight yang dibentangkan Dato' Sri Najib Razak  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.. (korang baca sendiri la ye..klik kt link tu..peace)

tapi macam biasa la tak semua keputusan tu dapat memuaskan hati semua rakyat.sampai ke hari ni pun  masih ada yang duk bising pasal bajet belanjawan ni kan..termasuk la saya sendiri. biasa la, hak untuk bersuara sentiasa ada, tapi yang mendengarnya..tak berapa nak ada sangat. bajet 2013 ni tak silap nye Perdana Menteri kita turut mengambil kira pendapat rakyat yang diusulkan di facebook PM kita sendiri. 

apa-apa pun kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat ni.akhirnya kita dapat juga merasa hasil penat lelah kita berbakti pada negara walaupun mungkin masih belum cukup... 'DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT' BUKAN DARI PM UNTUK RAKYAT..yg tu dah pasti. Berbalik kepada tajuk fenomena bajet 2013, saya nampak kegigihan seorang lagi pemimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersemangat untuk memimpin negara dengan cara beliau  sendiri. kadang-kadang memang ada terfikir apakah rakyat Malaysia akan memberi ruang kepada pemimpin yang gigih ini untuk mengambil alih pentadbiran negara?

Seingat saya, sepanjang Datuk Seri Anuar menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dulu,beliau tidak pernah menaikkan harga petrol dalam kadar yang tinggi dan kekal dengan RM1.30 seliter. Malaysia ketika itu masih lagi dapat  mengaut keuntungan yang besar dari hasil jualan minyak. pagi pendapat saya, memang patut la jika harga minyak di Malaysia lebih murah berbanding minyak Malaysia yang dijual ke negara luar  kerana Malaysia merupakan negara pengeluar minyak. Selain itu Datuk Seri juga pernah dinobatkan anugerah Menteri Kewangan Terbaik Dunia sebanyak dua kali melalui proses pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mendadak ketika dibawah pentadbiran beliau dulu.. 

wallahualam..

*tetibe masuk bab politik ni..aduhai, otak pun dah bercelaru dengan kepimpinan negara skrg ni