Showing posts with label borak kosong jew. Show all posts
Showing posts with label borak kosong jew. Show all posts

CARA TERBAIK HAPUSKAN RASA SEDIH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki].  
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). 
 “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi) SUMBER


Biasanya orang sedih sebab apa?

  • putus cinta?
  • kena tipu?
  • tak dapat buat keputusan yang betul...
  • minat dihalang?
  • gagal dalam sesuatu perkara?
aih..nak sebut satu-satu sampai pagi esok pun tak habis list lg.. banyak sebab musabab nye tapi kat atas ni lah antara punca utama orang bersedih.. apa yang korang buat bila bersedih?

  • baca al-quran?
  • menangis puas-puas?
  • mengadu?
  • nak bunuh diri??tak boleh ok..haram.
  • buat tak tahu?
  • tidow..makan?
  • tenangkan fikiran kt pantai Teluk Cempedak??
memang banyak cara dia kan..pengalaman aku, bila bersedih apa yang aku buat?

1)  Sibukkan diri dengan kerja. memandangkan aku seorang pekerja, maka aku akan terlebih rajin bila bersedih. kalau tak bekerja?? cari kerja lain seperti deco bilik tidur bagi cantik, main dengan kucing (fakta : membelai kucing dapat kurangkan stress) tapi kalu takut dengan kucing pandai2 korang la cari idea lain. sekarang aku ada hobi baru, buat craft tangan menggunakan bahan2 terbuang.so aku buangkan masa dengan buat benda tu semua supaya aku tak fikir tentang kesedihan yang melanda aku. 

2)  ceritakan masalah cukup untuk sekali dan kepada seorang sahaja. macam aku sendiri tak suka kecoh2 kan masalah aku. just untuk meluahkan beban dalam hati ni, aku akan cari kawan yang paling dekat n rapat dengan aku buat masa sekarang..cerita sikit problem supaya hati kita terasa lebih lega pada masa yang sama kawan kita tu mesti akan bagi kita semangat dan nasihatkan? kalau tak ada nasihat dari seorang member bila kita tengah bersedih tu maknanya orang tu bukan member yang baik.


3)  cuba untuk melupakan segala keburukan orang kepada kita. ingat benda-benda yang baik je. hati kita tak sakit dan pada masa yang sama, kita akan dapat maafkan orang-orang disekeliling kita.. ye..maafkan je. tak guna simpan rasa marah, benci atau pape je la rasa yang tak elok tu..benda tu akan buat hati kita makin keras dan mungkin jugak akan menjadi seorang yang berdendam??oh tidak..tak baik macam tu

4) berfikiran positif. jangan salahkan takdir dan Tuhan bila ada musibah yang melanda kita. musibah tu sebenarnya ujian untuk kita dan secara tak langsung ujian tu adalah proses untuk  menambah baik apa yang kurang dan membetulkan apa yang tak betul.. contohnye kan.. kita ada masalah kena tipu dengan member baik RM10 ribu.. dari masalah tu akan timbul tindakan kita untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya sangat pada kawan..haha.betul tak? macam tu jugak dengan putus cinta. hey ! putus cinta tak semestinya putus jodoh ok?! time kita putus cinta tu la kita akan ingt benda yang baik dan buruk sepanjang hubungan korang tu kan..nasihat aku, lebih baik kahwin terus kot.bila dah kahwin xde makna da nak putus2 ni..nak putus kenapa kan? kita dah sah dalam satu ikatan.


5) ceria-ceria la selalui.. jangan murung dan pasif sangat bila dah ditimpa musibah. mintak kepada Tuhan supaya kitalebih kuat dan diberi kesempatan untuk melalui hidup yang bahagia dan diredhai pada akhirnya.. ingat2 la Allah s.w.t selalu kepada yang Muslim. jangan time susah baru nak teringat tuhan..bila kita lupa tuhan tu yang Tuhan bagi ujian teruk-teruk tu, supaya kita insaf diri dan sentiasa beribadah kepada Allah taala.

sekian sahaja..nak balik kerja da..salam.

SANDAL BIRU NI RM19.90 AFTER LESS

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA



Ingat lagi tak sandal yang I cerita kelmarin  berharga RM19.90 after less tu?  ni la sandal tuh !
(ok..kite upload dulu....)


Ha...ni la sandal tuh.. sandal ni namenye Relaxtion Sandal Silklite yang kata nya good for health. Sebenarnya aku tak percaya pun dengan keberkesanan sandal ni. Kata kak saler tu..sandal ni boleh mereleaskan tension, menbuang toksik ? apa tah lagi, aku tak fokus pun dengan akak tu cakap. masa kak saler tu bagitahu aku macam tu, rasa nak tanya macam mana sandal yang hanya dipakai di kaki dpat membuang toksik? bukan kita makan ubat nak buang-buang toksik nih.. nak tergelak pun ada kalu fikir lima kali..


kak saler tu cakap lagi, sandal ni fungsi dia sama ja macam kita pijak2 batu sungai tu.. refleksologi ek name treatment tu? mulanya tak nak beli tapi teringat mak kat rumah, bukan apa, saja la nak bagi mak hadiah..aku pun beli dua. satu untuk aku, satu untuk mak.. sepertinya aku cakap macam tak serupa bikin la kan.. gaya macam tak nak tetibe order 2 pasang terus ! 

kalau perhatikan betul2, permukaan dia berbentuk bulat dan sedikit jarang antara satu sama lan..lagi satu, tak rata. ada tinggi, ada rendah permukaan dia. kak saler tu cakap memang permukaan di macam tu supaya kita terasa kesan bila pakai sandal ni... ok, campur dengan hari ni, baru dua hari la aku pakai sandal ni..

kesan dia?? ok, dua malam ni aku rasa tapak kaki aku seperti diurut-urut, terasa sakit tapi best !.haha. then untuk dua malam ni, memang badan keluar angin..tak kira la melalui sendawa ke ape ke kan. mungkin  jugak tu kesan bila pakai sandal ni. release tension? ntah la..sebab aku tak tension pun. huhu.  Kaki pun dah tak lenguh2 and dah tak kebas dua hari ni..yela, duk lama-lama atas kerusi kat ofis tu yg selalu kebas dan lenguh jadinya...

Tapi..aduhh !aku baru tersedar..actually, seperti nya aku di pukau ! hahaha. kenapa aku tak mintak balance duit aku ritu? dan kenapa kak tu tak bagi balane duit aku walaupun baki hanya 20sen?? 20 sen pun, bleh pakai untuk tuang petrol ape..haha. harga sandal pada template tu pun tulis RM19.90. kononya harga asal sandal ni RM59 !! hoho.memang mahal aku asa. tapi akak tu macam kira sandal tu harga RM20..sepasang..hurm..tak pe la. Halal kan je..


sandal ni..hehe.macam kelakar pulak..kemain lagi di isi dalam kotak. kalau sandal lain tak ada makna nye dalam kotak..bungkus plastik je..aku suka sandal ni sebab nampak macam style je tapi Aiman cakap sandal tu  macam makcik2 pakai je.. ada ke patut. ok..kesimpulan nya, berpuas hati sebab ada kesan positif.. lagi satu..sandal ni just ada jual untuk dua saiz je..saiz M dan L. ok..tu je yang aku nak cerita..lain kali cerita lain pulak..salam.

BOSANNYA TENGOK BLOG DIA NIH !!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Haha..bosan ke? well..bosan dengan blog sape sebenarnya? ada orang cakap dia bosan tengok blog saya ni.. so, nak kan kepastian..saya buat servey dengan dua orang adik perempuan saya. macam-macam dorang kene inteview sampai muka masing-masing dah macam muka nak nangis..alolo..cian pulak.
so, saya tanya mereka..apa yang tak best dengan blog Sahabat Meera ni? si kakak kepada adik cakap' ok je..jangan layan sangat dorang. lain orang lain taste..' ok, boleh diterima tapi.tak kan tetamu nak datang rumah, kita layan mereka dengan cara yang tak elok kan..macam tu jugak dengan tetamu Sahabat Meera. ok, adik yang ke-2 ni pulak cakap... 'blog ko ni tak ada nak update cerita baru ke? cerita pasal diri ko ke....??' hurm...ok, koi tak menulis ikut isu semasa dan belum berhajat nak bercerita tentang hidup ini tapi koi tulis ikut sesedap rasa dan suka.



ok la..ok la..budak meow kat atas ni pun bosan jugak.. tapi, insyaAllah..dari masa ke semasa blog ni akan di decorate..di construct, di renovate, di upgrade, modified..dan pe benda lagi la supaya lagi best dari sekarang.. biasa la hidup bujang so tak de story sangat..katenye ! haha. pape pun.. jangan la bosan-bosan gitu.kalau ada pape idea bagitahu la..... 

#hari khamis 12092013..oh ye! saya ada beli sandal baru hari ni..sandal warna biru berharga RM19.90 after less ok! haha.nanti saya upload. sandal untuk release tension kate saler tu td..


rosakk giggi !! makan sweet banyak2.



SYARAT USTAZ AZHAR IDRUS UNTUK BERLAKON FILEM


SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Awak seme dah tahu belum Ustaz Azhar nak berlakon filem?? ha..ni buktinya. 

tengah shooting..hehe. sumber


Tayangan filem pertama Ustaz Azhar ni akan berlansung pada 28 November 2013..ha, pe lagi..jom la pecah panggung..hohoho. Turut membintangi filem arahan Pierre Andre ni adalah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja LAwak) .Filem terbitan Metrowealth ni berunsurkan islamik dan dakwah yang pasti mendapat sambutan ramai... OK, jom kita dengar apa syarat-syarat yang dah ditetapkan oleh UAI kite nim untuk berlakon filem...  




SYARAT USTAZ AZHAR IDRUS BERLAKON FILEM..




PERTANDINGAN BONSAI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pada 7 September 2013 baru ni, hari Sabtu koi pergi ke Kuantan Parade untuk membayar broadband si adik..kebetulan pulak hari tu ada pameran pokok bonsai.. ingatkan betul la pameran rupanye Pertandingan Bonsai Peringakt Kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan baru ni..

Sambil2 koi nak bercerita pasal bonsai ni, kita tengok pokok2 yang dipertandingkan pada hari tersebut yek..
Bonsai ni bukan sejenis pokok sebenarnya tapi...ok, koi nak bercerita pasal sejarah Bonsai ni..



BONSAI sebenarnya kata nama bagi seni menanam pokok dalam bekas. Asal usul nya datang dari negara China yang dipanggil Pen Zai dah lebih dari 2000 tahun dulu..ha..lama dah kan ? kalau zaman dulu2, golongan elit atau orang kaya je yang ada Bonsai ni dan dijadikan hadiah yang mewah untuk diberikan kepada golongan depa jugak..



lama-kelamaan semasa zaman Tokugawa seni bonsai ni dah berkembang di negara Jepun dan orang Jepun sebut Pen Zai ni sebagai Bonsai ( pokok dalam bekas )..kesimpulan nya bonsai ni adalah bahasa Jepun la kan.. Tapi di Malaysia kita ni ada jugak yang panggil bonsai ni Pokok Bantut..



ok.. pokok apa je yang sesuai dijadikan pokok bonsai ni ?? menurut satu laman ni, dalam laman tu cakap pokok yang sesuai dijadikan bonsai adalah pokok kesinai, pokok asam jawa, pokok kemuning, pokok cucur atap, pokok ara dan pokok melati.. ha, ape lagi ?..g cari pokok2 tu cepat pelihara jadi bonsai..
pokok bonsai ni, kalu nak tahu ada yang berdaun dan ada yang tak berdaun..so jangan pelik la kalu jumpe bonsai yang pelik2 tu..haha


tengok ni..bonsai tak ada daun. dapat gold award n excellent award la tu..


Makin tua bonsai makin bernilai ok..selain struktur dia yang unik..sampai sini dulu...nanti koi post benda lain pulak.. salam.




















GAMBAR BERGERAK ANIMASI...??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Guna photoscape je.. oh ye..sila la klik pada gambar tu..seronok taw..heehe




ASTRO DULU, KINI DAN AKAN DATANG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

 Dalam rumah ni, ada yang minat bola..ada yang minat cerita korea, ada yang minat crite lawak..ada jugak yang minat cerita berunsur keagamaan..tapi koi tak terlibat kat mana-mana chanel sebab koi  tak minat nak tonton tv.huh.

masa dulu2, zaman sekolah rendah aku tu, orang kata..hanya orang kaya ja yang mampu  pakai astro sebab Astro mahal..zaman remote astro warna biru gelap tu..tapi, time hujan? even hujan tak lebat pun, terus terpadam tv nye..kualiti tak berapa bagus.pelik, kenapa boleh jadi macam tu? rupanya, piring astro tu kiranya macam satelite la..

sekarang, zaman aku dah membesar ni, makcik pakcik yang kerja tangkap ikan pun dah mampu pakai astro. sebab??aku pun tak tahu.mungkin sebab Astro dah murah? ok..kualiti dia cane pulak? ni, cek nak crita sikit kat hampa..

kakak cek ada subscribe Astro Byond..kata orang Astro tu  kualiti gambar dan siaran lagi elok dari Astro lama..makna nya kalu hujan lebat pun, siaran dia boleh bertahan lagi. lagi satu, gambar tv pulak 5 kali ganda lagi jelas dari yang  astro sebelum ni. maknaya, gambar HD la..taik mata melekat pun boleh nampak lagi.

ok, xpala tu..sebab kakak aku memg nak pakai Astro. masa tu, tv kat umah tv biasa2 je..bukan lcd or led. cek nak hbaq kat ang, walauapun pakai tv biasa,gambar tv dia memang cun. kalau dulu..antena dah letak tinggi awan pun masih gambar nye kelabu. acaner pulak kalu time hujan? terus terang la cek btaw, kalu hujan betul2 lebat macam hujan nak banjir tu, memamg boleh tgk lg tv guna yg Byond ni...tapi bila dah mai tuan rumah, mak aku la kan..kena tutup la tv nye..risau kot ada kilat ka..

cek rasa la, kena tengok kawasan jugak la..ada kat rumah saudara, area Pekan, Pahang dah pakai Byond tapi time hujan lebat sikit, TV dah terpadam..bak kata depa, siaran kat rumah tak clear, kena pakai Astro baru siaran jadi clear.

cane dengan bil bulan? setahu aku, bil Astro paling rendah RM 37.95 tak termasuk tax goverment. kalu full pakej RM130. kalau nak saluran HD, kena tambah pulak lagi RM20 setiap bulan selama setahun. lepas setahun tu, kita boleh tamatkan chanel HD yg kena bayar RM 20 tadi..tapi, kalau tak nak tamatkan pun tak pe..

sekarang ni, Astro ade tawarkn Astro njoi pulak kan? kali ni nak langgan Astro pakai topup lak..xda byar bil dah kalu tak silap koi..yang peting kena tukar kpd set yg baru pulak..nampak tak permainan dia?keh3

KENAPA SAYA SUKA JENGUK BLOG AWAK?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

sebenarnya ambe ni xla rajin nak jejalan kat blog sape2 pun tapi disebabkan ada somthing yang menarik perhatian ambe, makanya ambe suke cangat nak buka blog awak2 semua..tahu kenapa??

tajuk yang menambat hati
bila tajuk best, buat kita tertanya2, dan ingin tahu..memang ramai yang akan serbu nak tengok entry korang..ape kes ni?? ape kes ni??ha..macam tu la ambe ni kalu dh tertarik dengan tajuk post seseorang..tapi kadang2 hampeh je..kena tipu..hehe.

blogger yang friendly 
ok..yang ni pun penting jugak.. kalu ayat entry macam pembaca berita, memang ambe x minat nak bace.tapi kalau ayat korang guna sempoi, tulis blog pun dah macam korang bercakap ngan ambe sendiri je rase..ha, yang tu ambe chuke cngatt thaow.. (hahaha..galok giler) sape2 pun akan suke kot. kan3??

selalu muka aok je yang post comment n antr mceh kt shoutbox koi
bila ada sape2 slalu je bagi komen kat post kite, antar chat plak..ha, disitu terserlah rasa rajin hambe untuk pergi melancong ke blog korang lak..tetibe je, eh..aok komen..lame x dengar crite die ni..then, koi pun apa lagi..singgah semula la kat blog deme.

blog yang tak serabut
bila blog tak serabut mata memandang, lagi la ambe suke..tak macam blog ambe ni..selalu bertukar wajah, last2 serabut n x lawa mata memandang..ha, sebab tu la saya suka jenguk2 blog awak..bye, nanti lepak sini lg ek

COBAAN 1

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


hari ni bosan je duk kat sini..tengok orang lalu lalang je..maka nya duk blokwalking je la..ok, sebenarnye, saje nak tunjuk kehebatan aku menggodek koding buat blockquote..lalala..jadi ke x ni??

kalu korang nampak sesuatu yg cantik kat sini (perasan sngt)..maka ni la name nye blockquote..kalu xde pape makne nye x menjadi lg la tu.... 

nanti jumpe lg..salam.jaga diri taw.

pelik sungguh...

assalamualaikum...
selamat hari Ahad,selamat petang pada rodong2..

ape khabar lak hari ni??hope semua sihat -sihat je k.ari ni nak post something about pelik or weird or strange??
koi jadi pelik bila..........

bila orang marah die akan cekak pinggang,bulat kan mata.. biasa nya mak-mak je yang buat macam ni..orang lain pon ada jugak la..

pelik rasa bila waktu malam mesti orang masuk tidur,jadi mengantuk..kenapa bukan waktu siang  ataupun masa tidur tu tak kira waktu pon..

bila orang buat lawak atau ada benda yang melucukan mesti orang ketawa..kenapa tak menangis atau tak buat apa-apa pon..(tak ada perasaan..)

apa lagi yang pelik??

ha..kenapa orang takut hantu??bila tanya pernah jumpa hantu ke tak..tahu pula dorang,tak pernah jumpa hantu pon sebenarnya..

kenapa ada orang tu kalau dapat malu,mesti muka merah..tak pon telinga merah..macam kawan kelas aku...kalau dia malu, telinga dia jadi merah..

kenapa pula..bila ada orang terluka..terkena paku ke, jari terkepit pintu..mesti sebut "aduh.." kenapa tak sebut eh..wah..ataupun aik?? haha..

sebenarnya,semua tu ada sebab nya..mungkin juga sebab nya dah menjadi ikutan turun temurun.. macam perkataan "hello.." bila mula cakap telefon ataupun said "bye.." bila nak berpisah ngan kawan-kawan or siapa-siapa pun.. pernah terfikir tak kamu semua macam mana benda tu semua bermula..




































aris ariwatan : cinta 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan



jom usha-usha..kereta.

selamat petang semua..jom teman aku usha2 kereta yang ada dalam dunia ni...jom la....

kereta ni dikatakan kereta paling selamat kat dunia..yedop??
sesuai utk si dia yang kecik molek..hehe
kereta polis termewah dah ni kot..
kereta terburuk di Malaysia??
antara tercantik di Amerika..
BMW ??

hidup mahu positif deh..

assalamualaikum...

terasa sangat bosan duduk kat rumah..dah xda kerja nak buat..sebelum ni kerja part time tapi....nak wat cane kena bersara awal lak..hehe. nasib baik aku ada taman sendiri yang boleh aku lepak hari2. ni la dia taman aku.. SAHABAT MEERA punya taman.

kawan2 semua, aku suka perhatikan gelagat orang ramai. rasa nya dah banyak kali aku cakap macam ni dlm blog ni.. tapi malangnya mata aku lebih banyk melihat benda2 yang tak baik..ha, jangan mcam2 ek..maksud aku, kalau aku pandang kiri aku nmpak kebanyakkan orang membiarkan budak kecil menangis sorang2..tak ada orang cara..then, budak tu tak nak diam, orang tu pukul pulak budak tu..ada ke patut?? aku pandang kanan lak, aku tengok cyber cafe, penuh kaum lelaki dalam tu..aku tak kisah pun tapi tak kena waktu..time orang solat jumaat dorang boleh melepak kat cc lg..minta2 terbuka lagi la hati dorang tu..

kenapa jadi macam tu ek..seolah2 manusia sudah hilang pedoman..aku macam mana lak?? aku lagi la.. dari baik jadi tak baik..banyak dose nak kene tebus sekarang..antaranya dosa tinggal solat :( bukan niat saje2 nak tinggal solat pun...

so, bagaimana cara nya kita nak hidup dalam keadaan aman,dan positif?? kalu pendapat aku, cara nak hidup lebih positif adalah dengan cara jangan bersangka buruk pada orang. bersosial..dengan cara yang baik lah.. then,bagi aku..yang paling utama... walau seteruk mana pun kita,even sejahat mana pun kita...jangan sesekali jauhkan diri kita dari Yang Maha Pencipta..yes!! Allah S.W.T.  bila kita jauh dari Dia, gelap hati kita.. sia-sia je lah hidup kalau tak ada pegangan..

sampai sini dulu aku berborak ngan korang ek..nanti kita jumpa lagi..okeyh??





orang yang cepat give up itu adalah orang yg pemalas.....

assalamualaikum.....

sahabat-sahabat,tengah buat apa tu..makan sambil  melepak kat taman ni?? tengah cari bahan asg pon ad ke... apa-apa pon I harap u all happy la selalu ye. bila kita happy, stress pon tak berani nak kacau kita.. Actually, nak kata aku tengah happy pon tak juga ni..bukan ape,tetiba lak rasa give up!! malas nak buat tu,malas nak buat ni..huh. ha,kan dah terbukti, orang yang give up ni orang yang pemalas.. kalau korang tak percaya, ce korang perhatikan siapa-siapa la..bila mereka ni tak berjaya membuat sesuatu, mesti mereka semua ni akan berhenti buat kerja tu..paling best mereka cakap macam ni.. "huh,malas aku buat dah.." tak pun, "dok rok cetong doh ambe lani...malah wak doh..ikot mung la nok wak bende lok.."haha..saje je tu nak tambah perasa.

so,kawan-kawan semua..aku ada macam-macam jenis member..macam korang tak da lak kan.. :p
kebetulan pula aku ni suka ngat perhatikan orang ramai..mesti kalu aku duk pandang mana-mana mamat tepi jalan dorang perasaan aku syok kat depa..ntah pape la..ok,sambung cerita.. aku tengok member aku yang sorang ni..nama dia... Aina. die budak pandai, even kalau dia ponteng kelas pon serupa mcam dia datang kelas jugak..result grmpak je selalu. aina member aku yang tak pernah merungut kata kerja yang di buat tu susah..so, apa yang dia buat??? dia buat je la keje tu sampai siap..haha.. seorang yang cepat belajar.. dat's y dia tak selalu bising kot.
kalau aku?? aku sorang yang pemalas tapi kerja yang aku dapat tak pernah tak siap..suka buat kerja last minit..then bila tak dapat buat,aku meniru je..tapi itu dulu punya cerita..hehehe..sekarang.nak di jadikan cerita..pukul 2 3 pagi pon aku kacaw memeber aku yang suka tidur lambat..text dorang..tanya apa-apa soalan yang tak paham dalam kelas..tu la jadi nya bila semangat tak bertempat..habis semua member aku kacau pada waktu dan ketika yang kurang sesuai..

ingat ye..orang yang cepat give up itu adalah orang yg pemalas.....so,kalau korang tak nak orang mark kalian sebagai budak pemalas,jangan cepat sangat nak give up tu..korang merungut macam2 bukan orang suka pon..aku pon tak suke orang duk merungut kat aku,benda simple je pon tapi tak da apa-apa  pembaikan pon yang depa buat..serupa macam tin kosong da...

salah satu cara nak menigkatkan motivasi diri..ni dari orang yang bertauliah ni..bukan aku reka semata-mata..
PUJI LAH DIRI SENDIRI SECARA LEMBUT DAH HALUS, "BAGUS SAYA HARI INI" SAMBIL MENEPUK BAHU KITA SENDIRI.. (aku pernah juga buat..bukan buat depan orang.riak nama nye tu..then aku rasa seperi orang lain yang sedang memuji aku,sebab ada nya komunikasi badan..masa kita tepuk bahu kita tu,then kita puji diri sendiri...rasa lebih menghargai diri sendiri ;P )










find out japan: earthquake 2011


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

jom bebas stress...

assalamualaikum...

good evening everyone..my fellow friends..terima kasih la sudi singgah kat taman koi ni.korang rasa stress tak sekarang??aku rasa teramat la stress..kenapa??mybe final just around the corner..so banyak benda lagi nak kene pulun last-last minit ni..test ada 3 lagi tak settle..kuiz,tutorial..tapi tak pe..jom bebas kan stress anda kat TAMAN SAHABAT MEERA ni..usha-usha pemandangan kat bawah.. cantik je,penuh dengan warna hijau.hehe..


 

subhanallah.......tu je nak cakap..cantik kan?? nanti kite date lagi yew..di tempat yang sama je la.. TAMAN SAHABAT MEERA ni..cuma waktu je yang lain..hehe..assalam..

i love this game!! tongue twister...

assalamualaikum.....

hari ni meera nak rilek2..mengimbau kembali nostalgia lama..haha.macam lama sangat je..
time sekolah dulu,aku suka libat kan diri dengan banyak benda..syarahan,pidato..forum,tilawah..hafazan,menulis sajak..melukis,mewarna..ape lagi?? netball,softball..hoki..hehe.banyak kan..
menang la jugak..kalu tak dapt tempat kedua or ketiga,tempat pertama..(nak buat riak lak kat sini..haha) tapi bidang sukan..aku slow skit..just involved untuk suka2 je..tak kisah kalau tak menang pon..tapi dah masuk ipt ni,aku tak libat kan diri terus dengan benda-benda  tu dah..kadang-kadang rasa rugi pon ada..so,aku libatkan lah diri aku dengan MPP lak..tapi sekarang dah tak aktif..biar junior2 lak yang handle seme tu..

aku ingat lagi masa form 1..(aku lupa aku datang petang sekolah masa tu untuk pertandingan apa..)dah settle hal aku,,aku merayap kat tempat lain lak..aku masuk dewan kat tingkat 2 masa tu..ada pertandingan tongue twister nama nya..aku tak tahu pon pe benda tu..tiba-tiba cikgu aku panggil aku suruh masuk bertanding..aku join je la..nak cuba2..lagi pon peserta tak ramai masa tu..tiba masa nama aku dipanggil, cikgu aku suruh baca ayat dalam satu kertas ni,,secara jelas dan betul..kalau boleh dalam masa berapa saat entah..aku dah lupa..
tapi kalah..haha..sebab blur,tak tahu apa-apa kan.

then..aku nak tunjuk kan kat korang antara contoh2 ayat yang biasa orang guna untuk pertandingan ni..kalau korang berminat,cuba la dulu baca laju2 ayat kat bawah ni..seronok juga....hehe



A flea and a fly in a flue
Said the fly "Oh what should we do"
Said the flea" Let us fly
Said the fly"Let us flee"
So they flew through a flaw in the flue


The sixth sick sheik's sixth sheep's sick.
(Try saying that one 3 times with speed)

yang ini pula..yang selalu aku sebut time sekolah dulu..

she sells sea shells by the seashore.
the shells she sells are surely sea shells
so if she sells shells on the sea shore,
I'm sure she sells seashore shells..

haha..terbelit-belit lidah den ni ha..
kalau orang melayu, selalu pakai perkataan ni,

biawak buaya (sebut 3x)

dah la...sekejap je nak melepak kat sini..sekian terima kasih..daa


33 hari lagi.....

assalamualaikum.........

pe benda 33 hari lagi tu..my birthday or yours?? xd makna......33 hari lagi nak final tapi tak ready 100 pecent lg ni..ntah la koi...taw nak habis study je...balik rumah then buli my monti..sapa dio weh monti?? kucing lor.
haha...suko duk buli kucing sebab dio pandei mlawan.. (betul ker slang penang aku ni??)
sambil-sambil ni tengah siap kan asg banking..pening palo tang nak cari maklumat prospek KWSP..sapa taw prospek tu apo??hurm,,xpe,aku baru tahu ni..search kt  Dewan Bahasaa dan Pustaka online sat tadi..

prospek itu adalah kemungkinan atau pe­luang utk mencapai kejayaan pd masa akan datang; harapan utk terus maju dlm kerjaya. (sumber: kamus dewan edisi empat)

yeah,,gotcha...tak payah pening2 dah..sekarang nak elaborate sikit-sikit pasai KWSP ni then kene present lak dalam kelas minggu depan..alamak..banyak lagi la terms yang koi tak tahu ni..macamne cerita, nak present nanti tapi tak tahu benda yang kita present tu..ish..can not g..ha,aku isi apa segala terms perbankan yang aku tak tahu dalam blog aku ni,,senang anak cucu nanti nak wat rujukan..keh3..

fiskal : jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb).
 multilateral : (dlm sesuatu perjanjian dll) me­libatkan penyertaan banyak pihak atau negara.

sapa taw akomodatif tu apa??hurm........malam ni lak aku sambung kerja aku ni...sapa2 yang ada idea pasai prospek kwsp ni text la kat cni yew.daa



argh...pening palo den dah...



kata-kata hikmah...

assalamualaikum...
kali ni try nak post kata-kata hikmah lak..mint jgk ngan 
bende-bende ni seme....

Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,
tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,
nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa 
dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).


Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras 
tentu akan melaksanakannya.(Hamka).



Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya 
kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa 
membalasnya.(Umar Al Khatab).



Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu
 iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui 
dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama 
untuk jiwanya. ( Hamka ).



Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu
 kepada orang lain adalah bahagia. 
( Hamka ).



Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu 
yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,
walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)



Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain.
 (Francis Becon).



Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab
 dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,
begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. 
( maksud hadis)



Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah
,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan 
untuk berkenalan dengan pengarangnya.

    yang tersembunyi tak kemana juga..

    ramai sahabat meera dan teman-teman mengakui banyak berahsia dengan famili terutamanya,kwan mereka sendiri,kekasih hati juga kawan baik yg dah bergelar sahabat ni..
    nak dijadikan cerita, seorang gadis yang bersahabat baik dengan seorang lelaki akhirnya berubah hati apabila diberitahu lelaki itu sudah menjumpai soul mate yang benar2 dia ingin miliki.. dalam tak sedar sahabat nya itu sangat menyukai lelaki tersebut lebih dari kawan biasa.. (itu rahsia perempuan terhadap lelaki itu)...
    manakala si lelaki itu semakin lama semakin menyendiri dan menjauhi dari gadis yg di katakan sahabat dan pernah meluahkan rasa sayang terhadap gadis itu.. namun hakikatnya lelaki itu menyintai gadis lain (rahsia lelaki tu terhadap sahabatnya)..
    akhirnya, lelaki itu menceritakan hal sebenar,itu pon setelah sahabat nya mulai mengesyaki sesatu..
    kat bawah ni aku ada bawa kan cerita pasal rahsia2 ni.. copy dr Malaysia  Ria je..sebagai renungan...

    Kalau kita nak cerita pasal Akta Rahsia ni, pada awal2 kejadian manusia pun telah berlaku, kita rujuk cerita dibawah:-

    Dialog antara Allah SWT dengan Malaikat pada proses kejadian manusia.

    Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka bumi ini, maka Allah SWT memberitahu kepada Malaikat bahawa Allah SWT akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga tidak sama dengan makhluk-makhlukNya yang lain yang ada pada masa itu. Makhluk yang dimaksudkan ialah manusia. Manusia akan menjadi khalifah di muka bumi untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan.

    Dialog Allah SWT dengan para Malaikat tentang kejadian awal manusia. Allah berfirman kepada Malaikat :

    “Aku akan menjadikan di atas muka bumi ini khalifah”,

    Para Malaikat menjawab ”Apakah Engkau ya Allah akan menjadikan khalifah di atas muka bumi ini? mereka yang akan melakukan bencana dengan menumpahkan darah sesama sendiri, sedangkan kami makhluk
    yang sentiasa beribadat dengan bertasbih, bertahmid dan mengucap Subhanallah kepada Engkau.” Allah menjawab kepada para Malaikat

    ”Sesungguhnya aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu tahui” (QS al-
    Baqarah ayat 30).

    Dengan jawaban tersebut semua Malaikat akur dan mengakui bahawa
    sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lalu Allah
    SWT menjadikan manusia walaupun mendapat bantahan daripada Para
    Malaikat.

    Kesimpulan

    Kalau nak menipu, menipulah kerana kebenaran(yang hak) bukan kerana kebathilan.

    Kalau nak merahsiakan, rahsiakan kerana kebaikan, bukan kerana keburukan dan kepentingan diri sendiri sebab jika ianya buruk, yang rugi hanyalah diri kita sendiri.