PERTANDINGAN BONSAI PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pada 7 September 2013 baru ni, hari Sabtu koi pergi ke Kuantan Parade untuk membayar broadband si adik..kebetulan pulak hari tu ada pameran pokok bonsai.. ingatkan betul la pameran rupanye Pertandingan Bonsai Peringakt Kebangsaan sempena Hari Kemerdekaan baru ni..

Sambil2 koi nak bercerita pasal bonsai ni, kita tengok pokok2 yang dipertandingkan pada hari tersebut yek..
Bonsai ni bukan sejenis pokok sebenarnya tapi...ok, koi nak bercerita pasal sejarah Bonsai ni..



BONSAI sebenarnya kata nama bagi seni menanam pokok dalam bekas. Asal usul nya datang dari negara China yang dipanggil Pen Zai dah lebih dari 2000 tahun dulu..ha..lama dah kan ? kalau zaman dulu2, golongan elit atau orang kaya je yang ada Bonsai ni dan dijadikan hadiah yang mewah untuk diberikan kepada golongan depa jugak..



lama-kelamaan semasa zaman Tokugawa seni bonsai ni dah berkembang di negara Jepun dan orang Jepun sebut Pen Zai ni sebagai Bonsai ( pokok dalam bekas )..kesimpulan nya bonsai ni adalah bahasa Jepun la kan.. Tapi di Malaysia kita ni ada jugak yang panggil bonsai ni Pokok Bantut..



ok.. pokok apa je yang sesuai dijadikan pokok bonsai ni ?? menurut satu laman ni, dalam laman tu cakap pokok yang sesuai dijadikan bonsai adalah pokok kesinai, pokok asam jawa, pokok kemuning, pokok cucur atap, pokok ara dan pokok melati.. ha, ape lagi ?..g cari pokok2 tu cepat pelihara jadi bonsai..
pokok bonsai ni, kalu nak tahu ada yang berdaun dan ada yang tak berdaun..so jangan pelik la kalu jumpe bonsai yang pelik2 tu..haha


tengok ni..bonsai tak ada daun. dapat gold award n excellent award la tu..


Makin tua bonsai makin bernilai ok..selain struktur dia yang unik..sampai sini dulu...nanti koi post benda lain pulak.. salam.




















2 comments:

Unknown said... [Reply]

bonsai sebenarnya pokok dari alam yg diadaptasikan dlm pasu menjadi kecil...pokok bonsai sebenarnya diasuh dan dibentuk dr awal mengunakan dawai...tahap usia pokok ditentukan bukan atas faktor masa tp dr penampilan pokok.bonsai yg dipamerkan atau dipertandingkan tanpa pendaunan bertujuan utk menampakkan jalan pendahanannyer..setia bonsai mempunyai jalan cerita sendiri,hanya kaki2 bonsai shj yg tahu menilainya

cikgu zul said... [Reply]

dapat ilmu baru hari ni..nampak nya en ni memg peminat bonsai. terima kasih ye sudi berkongsi maklumat :)