CARA TERBAIK HAPUSKAN RASA SEDIH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki].  
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.). 
 “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi) SUMBER


Biasanya orang sedih sebab apa?

  • putus cinta?
  • kena tipu?
  • tak dapat buat keputusan yang betul...
  • minat dihalang?
  • gagal dalam sesuatu perkara?
aih..nak sebut satu-satu sampai pagi esok pun tak habis list lg.. banyak sebab musabab nye tapi kat atas ni lah antara punca utama orang bersedih.. apa yang korang buat bila bersedih?

  • baca al-quran?
  • menangis puas-puas?
  • mengadu?
  • nak bunuh diri??tak boleh ok..haram.
  • buat tak tahu?
  • tidow..makan?
  • tenangkan fikiran kt pantai Teluk Cempedak??
memang banyak cara dia kan..pengalaman aku, bila bersedih apa yang aku buat?

1)  Sibukkan diri dengan kerja. memandangkan aku seorang pekerja, maka aku akan terlebih rajin bila bersedih. kalau tak bekerja?? cari kerja lain seperti deco bilik tidur bagi cantik, main dengan kucing (fakta : membelai kucing dapat kurangkan stress) tapi kalu takut dengan kucing pandai2 korang la cari idea lain. sekarang aku ada hobi baru, buat craft tangan menggunakan bahan2 terbuang.so aku buangkan masa dengan buat benda tu semua supaya aku tak fikir tentang kesedihan yang melanda aku. 

2)  ceritakan masalah cukup untuk sekali dan kepada seorang sahaja. macam aku sendiri tak suka kecoh2 kan masalah aku. just untuk meluahkan beban dalam hati ni, aku akan cari kawan yang paling dekat n rapat dengan aku buat masa sekarang..cerita sikit problem supaya hati kita terasa lebih lega pada masa yang sama kawan kita tu mesti akan bagi kita semangat dan nasihatkan? kalau tak ada nasihat dari seorang member bila kita tengah bersedih tu maknanya orang tu bukan member yang baik.


3)  cuba untuk melupakan segala keburukan orang kepada kita. ingat benda-benda yang baik je. hati kita tak sakit dan pada masa yang sama, kita akan dapat maafkan orang-orang disekeliling kita.. ye..maafkan je. tak guna simpan rasa marah, benci atau pape je la rasa yang tak elok tu..benda tu akan buat hati kita makin keras dan mungkin jugak akan menjadi seorang yang berdendam??oh tidak..tak baik macam tu

4) berfikiran positif. jangan salahkan takdir dan Tuhan bila ada musibah yang melanda kita. musibah tu sebenarnya ujian untuk kita dan secara tak langsung ujian tu adalah proses untuk  menambah baik apa yang kurang dan membetulkan apa yang tak betul.. contohnye kan.. kita ada masalah kena tipu dengan member baik RM10 ribu.. dari masalah tu akan timbul tindakan kita untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya sangat pada kawan..haha.betul tak? macam tu jugak dengan putus cinta. hey ! putus cinta tak semestinya putus jodoh ok?! time kita putus cinta tu la kita akan ingt benda yang baik dan buruk sepanjang hubungan korang tu kan..nasihat aku, lebih baik kahwin terus kot.bila dah kahwin xde makna da nak putus2 ni..nak putus kenapa kan? kita dah sah dalam satu ikatan.


5) ceria-ceria la selalui.. jangan murung dan pasif sangat bila dah ditimpa musibah. mintak kepada Tuhan supaya kitalebih kuat dan diberi kesempatan untuk melalui hidup yang bahagia dan diredhai pada akhirnya.. ingat2 la Allah s.w.t selalu kepada yang Muslim. jangan time susah baru nak teringat tuhan..bila kita lupa tuhan tu yang Tuhan bagi ujian teruk-teruk tu, supaya kita insaf diri dan sentiasa beribadah kepada Allah taala.

sekian sahaja..nak balik kerja da..salam.

No comments: