BERAPA JUTA SAYA DAH HABISKAN UNTUK MAJLIS PERTUNANG SAYA??

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Selamat Bertunang untuk semua readers yang akan melangsungkan majlis pertunangan. Semoga kekal untuk selamanya. sebelum ni saya ada menulis secara umum tentang bajet majlis pertunangan yang saya ambil contoh dari majlis kakak kedua.ok, boleh bace kat sini..

Sekarang Meera nak umumkan badjet majlis pertunangan Meera. kihkihkih.. jangan cuba nak usha-usha dalam blog ni gambar majlis pertunangan Meera sebab memang tak letak. Dalam simpanan peribadi pun gambar ada 4 keping sahaja. Sadis kan??!

Percaya tak majlis pertunangan saya menelan belanja hampir jutaan rupiah?? haha. ha, tulah korang tah tahu. sebenarnya Majlis Pertunangan Meera hanya menelan belanja sebanyak .... Rm599.50 ok!

Bagi korang mahal ke murah?? meh kita open table Cik Kiah nak bercerita pasal Meera bertunang.
Satu hari, ada seorang jejaka memaklumkan kpd Meera mahu membawa  famili beliau berjumpa dengan famili Meera atas tujuan ingin merisik-risik. Meera pun maklumkan lah kepada ayahanda tercinta.  Tiba-tiba, Pak Meera berkata, " tak payah datang merisik lah !" OMG OMG..apa dah berlaku ni? Abah tak merestui hubungan kami berdua ka?? sebab abah terdiam lama selepas itu.

Sambung Abah, "buat apa nak datang merisik, dah kenal lama. Bertunang terus lah " Ya Allah.. tergetaq-getaq tangan Meera masa tu bila abah suh bertunang terus. Mira bingung lalu bertanya kepada abahnya.. "Tapi Abah.. Dia (bakal tunang) nak datang esk. Tak sempat lah nak buat hantaran,tempah pelamin semua tu.." haha, mesti Abah berbisik didalam hati dan berkata apa ka bingai anak aku sorang ni..koh3.. opss. Abah tak pernah cakap macam tu sebenarnya ok..

Lalu Abah berkata, "hantaran,pelamin semua tu adat je.. suruh pihak lelaki bawak sebentuk cincin dah la". Hati dah berdebar-debar dah ni..aih, tetiba ja plan bertukaq. Meera pun maklumkan pada bakal tunang abah suruh bawak cincin sebentuk, abah suruh bertunang terus...

Pihak lelaki ok2 sahaja. Mak Meera dah dimaklumkan pasal tu maka kuasa Veto Mak bermula.. "Ha,pergi beli buah dengan kek, tanda balas pemberian dari pihak lelaki..mana boleh tak bagi apa-apa, pihak lelaki dah bawak cincin tu"  urmm..urm.. yelah Mak.. Meera p beli buah n kek tu sekarang.

Maka, pada 10.08.14 jatuh pada hari Ahad, musim raya lagi tu.. Meera dah jadi tunangan orang.. Penentuan yang tidak diduga.. Allah Maha Besar. Tak terlintas oleh kami untuk berkahwin pada tahun ini juga kerana bagi kami perkahwinan iu sesuatu yang amat berat. Sungguh tak bersedia lagi sebenarnya nak mendirikan rumah tangga pada mulanya..

Jadi, RM599.50 tu termasuk apa je sebenarnya?? Ok, Jumlah tu termasuklah 1. sebentuk cincin merisik yang dibeli oleh bakal tunang (kini dah jadi cincin tunang..huhu), cincin tak mahal pun tak pa lah..nilai cincin tak penting yang penting "AKU NAK BERTUNAAAANGG!!" haha.. 2. kek, 3. buah, 4. bahan masakan untuk menjamu tetamu ( mak buat Mee Sup, abah sponser nasi Dagang), 5. Barang Mekap sikit. fuhh..semangat beli sbb nak nampak cantik depan bakal mertua.huhu,tu je. Masakan tu  bajet untuk 50 - 70 orang makan shj. oh ye..baju? baju raya ja Meera pakai..haha.

Lepas selesai sesi suai kenal dan perbincagan, sarung cincin semua.. baru abah jemput kawan-kawan terdekat untuk datang makan2..huhu. sebab benda tak plan awal kan. Makanya, InsyaAllah Meera akan melansungkan majlis pernikahan pada hujung bulan 11 tahun 2014. Sekejap je masa berlalu. bulan depan cek nak menikah dah....

Minta semua doakan semoga Allah permudahkan urusan Meera sekeluarga ye, doakan kami dapat melahirkan keturunan yang soleh dan solehah..Amiin.. :) Jumpa lagi..


*Alhamdulillah..Meera dah selamat jadi isteri kepada Mohamad Aiman pd 29.11.14. terima kasih kpd yang mendoakan..