BAJET MAJLIS TUNANG SIMPLE

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

musim orang bertunang ke sekarang ni ?? kepada bakal tunangan orang, Meera ucapan selamat bertunang dan semoga ikatan pertunangan korang berpanjangan sehingga ke jinjing pelamin. Amin..


oh ye..sembunyikan pertunangan dan hebahkan perkahwinan. itu lah yang lebih afdal, tapi zaman teknologi ni kan..yelah, zaman pesbok, twiter,intagem ni, xde makna nya nak sembunyi2 kan..kan. OK, guana nak buat majlis pertunangan yang very the bajet?? huhu. ada orang tak bertunang tapi nikah terus. Ada orang bertunang dan ikat  1,2 tahun lepas tu baru berkahwin. ada orang jugak.. merisik, bertunang dan kahwin terus... ha. ikut kemampuan bajet, dan kelapangan masa la kan.

tapi yang mane afdal?? yang tu ikut korang lah nak macam mane pun. janji kahwinnnn. yedak? if rasa-rasa tak dapat nak bernikah dalam masa yang singkat, bertunang la dulu, ikat tepi takut2 kekasih hati dikebas orang. yelah, bila dah jadi tunangan orang, lelaki lain tak leyh masuk line dah. haram jadinya.


bajet Tunang dalam anggaran RM1000 cukup tak? rasa nye terlebih cukup dah tu atau korang boleh kurangkan lagi belanja tu.

1) Waktu bertunang, pihak lelaki tak payah la bawak rombongan sampai 3 buah bus. nak bawak 3 buah bus tu tunggu je la kahwin nanti. hehe. Bukan nye apa, seperti yg saya cakapkan tadi, sembunyikan pertunangan, hebahkan perkahwinan.bajet untuk makan pun tak de lah besar sngt jadi nya. Macam kakak meera bertunang baru2 ni, menu majlis nasi ayam. RM4.50 sekepala. so, anggaran bagi tetamu dua belah pihak termasuk jiran terdekat dan sahabat terapat dalam 100 orang je. Total makan RM450. minum? kiteorg buat sendiri je. beli cordial n ais batu, satu balang besar bekas air. Tapi semua tu dah ada awal2 so tak dikira utk belanja dah. siap minuman utk orang ramai. pencuci mulut buah tembikai yang mase tu beli 2 biji  x RM10. Khemah besar 1 RM150 (siap kerusi, meja, alas meja, kipas) TOTAL UNTUK BAHAGIAN MAKAN2 TERMASUK KHEMAH = RM450 + RM20 + RM150 = RM620

2) Barang hantaran. Biasa nya hantaran majlis pertunangan ni, orang bagi simple2 je.. nak very da diva tu time kahwin nanti. Seperti contoh kan, belah perempuan bagi pada pihak lelaki  7 hantaran, belah lelaki bagi 5. Apa biasa orang bagi untuk hantaran tunang? 1. sirih junjung (standart rm50) 2. Sejadah ( anggaran RM10) 3. Coklat (RM20), 4. Buah (RM20) 5. Telekung (pernah jumpa telekung lycra RM40) 6. Towel + Sulaman Selamat Bertunang (RM30) 7. Kek (konon2 RM70). Makanya anggaran belanja barang tunang dalam RM240 ..
*nak lagi jimat beli la seme barang2 tu dengan harga member.hehe.

3)Pelamin. Masa 2 orang kakak Meera bertunang, mereka berdua tak buat tempahan untuk pelamin, Kami cari kain untuk buat tirai dan bunga hiasan yang dalam pasu rotan tu je.. Hias pelamin sendiri. Kak long duduk dalam bilik so tak perlukan kerusi sebab sarung cincin dalam bilik je, Kak Ngah dah ada kerusi panjang yang dah dibeli awal2. so belanja untuk kerusi tu tak dikira. Bajet untuk buat pelamin sendiri dalam RM50 sahaja termasuk kain tirai dan barang2 hiasan. Hiasan hantaran pun sama. Kami hias sendiri, 7 hantaran hiasan dia anggaran dalam RM80. Total untuk hiasan RM50 + RM80 = RM130

TIPS..


  • untuk tiga perkara ni total adalah RM990. Sebenarnya, RM990 tu boleh dikurangkan lagi if kita mintak sposer dari adik-beradik, family terdekat, kawan baik..atau sesiapa je la yang sudi nak sponser kan.. hehe. 
  • lagi satu tips nak jimat belanja majlis kahwin ke, majlis tunang ke.. prepare la awal-awal, sedikit demi sedikit. kakak Meera dah prepare awal2 baju tunang and aksesori tunang yang lain. so tak sakit kepala dah nak pikir. Nak tahu tak? baju tunang tak sampai RM100 pun ok, tapi tetap cantik dan nampak eksklusif gitu..ikut warna jugak la sebenarnye..
  • mekap.. majlis tunang mekap simple2 sahaja.. kalau pandai mekap sendiri lagi bagus. kalau tak pandai mekap terpaksa la tempah dengan mak andam. bajet mekap dalam RM150 pun dah ok kot.

setakat tu dulu lah. korang ada tak jumpa sesiapa yang bajet tunang atau kawen yang betul2 ekonomi?? ce kongsi sekali. Salam.

PSS : ada kawan Meera kahwin tak ada hantaran. yang ada cuma kenduri kesyukuran. sangat2 simple. Dia cakap kat Meera macam ni, " kalau nak diikutkan memang mulut orang mengata tapi kita ni yang tak tahan dah, nak kahwin jugak..buat yang mana ada je la. Hantaran tak bagi pun tak pa, lepas kahwin boleh mintak. (huhu,terkesan dalam hatiku) belanja kita selepas kahwin ni lagi penting. banyak belanja lagi.. " ha..tu yang dia cakap. Meera tengok alhamdulillah kehidupan dia selepas kahwin senang sangat. anak pun dah ramai :)


*CATAT REKOD !! Meera berjaya kurangkan kos pertunangan Meera tak sampai RM600 je..ye serius. boleh baca entry ni kalau nak tahu kisah.. Belanja Pertunangan Meera


3 comments:

Anonymous said... [Reply]

huhu..seribu murah nye bajet. tapi betul..apa2 kne prepare dari awal kan..

Eddy Eddy said... [Reply]

salam..thanks kpd admin yang dah tulis entry ni..saya pun tgh buat kira2 untuk pertunangan saya pd 6/6/15 nty..dgn bajet aggaran yang admin kongsikn ni pun dah ckup melegakan hti sy..atleast xde lahh saya bimbang kot tlebih bajet...in sha Allah klau xde hlangan saya akn bertunang pd trikh tersebut..doakn mjlis saya berjalan dgn lancar ye..assalamualaikum... :)

Shaz miraie said... [Reply]

@Eddy Eddy assalamualaikum..terima kasih singgah sini. semoga entry tu bermanfaat. Semoga majlis pertunangan bln 6 nanti berjalan seperti yang dirancang.. tahniah in advance...