KAU JAHAT ! AKU BAIK !

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


"WEH.. aku smayang tak pernah tinggal la weh. asal ko ni bo^**// sangat??  Ce!@** tak habis-habis".. huihui, bagus nya solat tak pernah tinggal tapi mulut macam puaka. puaka pun tak guna bahasa macam tu kot. haha. mesti dulu dia pernah jadi jahat kan..kan..

Untuk peringatan diri sendiri dan kita bersama pun boleh.. orang yang tinggalkan solat, amalan dia tak diterima.. TAPI.. TAPI.. Allah itu sangat3 sayang pada hamba2Nya.. diberi ruang dan peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang betul. Masih diberi nikmat, rahmat dan rezeki yang melimpah ruah walaupun kita jahat. Agaknye sebab tu masih ada yang salah faham , tak yah solat, yang penting hati baik. boleh jugak masuk syurga. (betul ke macam tu..kena semak balik hati kita sejernih apa ok) Ape dia? bala macam-macam menimpa?? Ala, tu cuit-cuit manja je tu. Allah swt nak tengok kita terasa ke tidak?? Sentap ke tidak kite ni dengan ujian, dugaan dan bala yang menimpa-menimpa ni?

Tapi Meera tak boleh nak terima dengan orang yang suka menghukum 'orang yang jahat ni'. Tidakkah mereka tahu, hidayah itu milik Allah swt ? Dia boleh bagi kpd sesiapa saja yang dikehendakiNya dan Dia juga boleh tarik balik hidayah tu jika dikehendakiNya.. Awak orang yang baru nak up ! (baru reti nak solat dan baru reti nak solat cukup 5 waktu ) tapi kenapa dah pandai nak menghukum orang tu perangai macam setan? tak layak masuk syurga dan bla bla bla..

nak bertaubat?? semua orang nak bertaubat. tak ada orang nak merasa siksa kubur dan azab neraka.  tapi macam mana? InsyaAllah tips ni akan membantu Meera dan semua :


  • jangan berubah secara mendadak. kita dah bertaubat dah insaf.. cukup dulu kita perbaiki rohani dan jiwa kita. waktu nak berubah ni sebenarnya laaaagi banyak dugaan. Kawan-kawan akan perli, kita sendiri malu nak berubah depan orang. contoh nye sebelum ni kita tak pernah solat tapi bila time solat, kita malu orang akan nampak kita solat takut orang gelakkan kita.. kuatkan hati k. Tak perlu tergesa2 nak berubah maaf cakap ye.. nak pakai tudung labuh, purdah semua tu... kita ubah slow2. Sebab pengalaman Meera sendiri, banyak jumpa kenalan yang berubah mendadak (tetiba jadi ustajah tapi..urmm) tapi akhirnya dia kembali kepada asal.. Yang penting, kita bertaubat sebab kita nak bertaubat demi Allah.. bukan demi orang lain. 

  • cuba cari kawan yang boleh mendorong kita kepada yang lebih baik. tak perlu cari kawan yg ala-ala ustazah, ustaz..yang penting banyak bagi kesedaran pada kita. Kawan lama yang 'jahatt' tu macam mane? perlu ke jauhkan diri kita?? ramai pakar2, ustaz dan ustazah bertauliah pesan, kawan yang teruk2 atau sejenis dengan kita dulu2, jangan ditinggalkan tapi cuba bawak mereka bersama kita ke dunia baru. OK? Sama-sama dekatkan diri kpd Allah.

  • Setiap masa, ingat pada Allah. Beristighfar.. Apa yang kita buat,kita cakap, kita dengar dan lihat, pastikan hati kita ketika itu ingat pada Allah s.w.t. InsyaAllah seteruk mana pun kita, Allah akan lindung kita :) Tempatkan Allah dihati kita paling pertama dan utama..bukan boyfren, girlfren, bukan mak bukan ayah, bukan juga suami atau isteri kita..

  • buat la solat sunat taubat.. bertekad tak mahu dah buat benda-benda jahat, buat maksiat, buat dosa besar.. Walaupun kita tak boleh elak buat dosa sekurang-kurangnya perbuatan yang kita tahu salah, kita elakkan. Rajin2 menuntun ilmu.Banyakkan beramal..


hurmm.. tu je kot setakat ni. InsyaAllah kita jumpa lagi. tips2 ni bukan Meera suka hati tulis tak ada sumber. Meera ada membaca dan rujuk orang-orang yang boleh dipercayai (orang yang tinggi agama tak kira ustaz, ustazah aau sesiapa je selagi dia berpegang teguh pada agama Islam) InsyaAllah walaupun sikit boleh bantu kita untuk berubah lebih baik.. Amin











No comments: