Showing posts with label hari. Show all posts
Showing posts with label hari. Show all posts

salam maulidur rasul 1432H



..aku tidak pernah berjumpa denganmu
tapi aku rindu
aku tidak kenal raut wajahmu
tapi aku cinta
Ya Rasulullah Pemimpin Akhir Zaman..


tarikh dan peristiwa penting dalam kalendar Islam 2011

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2011/1432 – 1433 Hijriah Bagi Malaysia



 Takwim dan kalendar berkenaan di keluarkan oleh pihak JAKIM dan diselaras melalui portal Almanak Falak (AF). Dilaksanakan secara kerjasama di antara JAKIM dengan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan
planet.




HARI YANG WUJUD DIDUNIA SELAIN TUJUH HARI SEMINGGU

hari semalam..
Hari ini...
hari esok..
hari yang berbeza-beza..
hari yang mempunyai sejuta rahsia
hari yang hari-hari penuh dosa
hari yang hari-hari pintu taubat dibuka
aku melihat hari-hari aku semakin singkat.
isnin yang lepas bukan lagi isnin yang pada hari ini
atau isnin pada hari  yang akan datang..
percayalah segalanya ada hikmah
hikmah yang tersembunyi disebalik cerita
percayalah hari semalam adalah teladan
teladan yang membawa pengajaran nyata
percayalah pada diri sendiri
diri sendiri yang berserah kepada Ilahi
jangan disebut redha sebelum usaha
jangan dikata usaha jika masih tiada apa
jangan dicakap tiada apa ketika kamu diam bicara
fikirlah sesuatu untuk diri kita
semoga hati yang bahagia akan membahagiakan orang lain juga....