HARI YANG WUJUD DIDUNIA SELAIN TUJUH HARI SEMINGGU

hari semalam..
Hari ini...
hari esok..
hari yang berbeza-beza..
hari yang mempunyai sejuta rahsia
hari yang hari-hari penuh dosa
hari yang hari-hari pintu taubat dibuka
aku melihat hari-hari aku semakin singkat.
isnin yang lepas bukan lagi isnin yang pada hari ini
atau isnin pada hari  yang akan datang..
percayalah segalanya ada hikmah
hikmah yang tersembunyi disebalik cerita
percayalah hari semalam adalah teladan
teladan yang membawa pengajaran nyata
percayalah pada diri sendiri
diri sendiri yang berserah kepada Ilahi
jangan disebut redha sebelum usaha
jangan dikata usaha jika masih tiada apa
jangan dicakap tiada apa ketika kamu diam bicara
fikirlah sesuatu untuk diri kita
semoga hati yang bahagia akan membahagiakan orang lain juga....



No comments: