jom bebas stress...

assalamualaikum...

good evening everyone..my fellow friends..terima kasih la sudi singgah kat taman koi ni.korang rasa stress tak sekarang??aku rasa teramat la stress..kenapa??mybe final just around the corner..so banyak benda lagi nak kene pulun last-last minit ni..test ada 3 lagi tak settle..kuiz,tutorial..tapi tak pe..jom bebas kan stress anda kat TAMAN SAHABAT MEERA ni..usha-usha pemandangan kat bawah.. cantik je,penuh dengan warna hijau.hehe..


 

subhanallah.......tu je nak cakap..cantik kan?? nanti kite date lagi yew..di tempat yang sama je la.. TAMAN SAHABAT MEERA ni..cuma waktu je yang lain..hehe..assalam..

i love this game!! tongue twister...

assalamualaikum.....

hari ni meera nak rilek2..mengimbau kembali nostalgia lama..haha.macam lama sangat je..
time sekolah dulu,aku suka libat kan diri dengan banyak benda..syarahan,pidato..forum,tilawah..hafazan,menulis sajak..melukis,mewarna..ape lagi?? netball,softball..hoki..hehe.banyak kan..
menang la jugak..kalu tak dapt tempat kedua or ketiga,tempat pertama..(nak buat riak lak kat sini..haha) tapi bidang sukan..aku slow skit..just involved untuk suka2 je..tak kisah kalau tak menang pon..tapi dah masuk ipt ni,aku tak libat kan diri terus dengan benda-benda  tu dah..kadang-kadang rasa rugi pon ada..so,aku libatkan lah diri aku dengan MPP lak..tapi sekarang dah tak aktif..biar junior2 lak yang handle seme tu..

aku ingat lagi masa form 1..(aku lupa aku datang petang sekolah masa tu untuk pertandingan apa..)dah settle hal aku,,aku merayap kat tempat lain lak..aku masuk dewan kat tingkat 2 masa tu..ada pertandingan tongue twister nama nya..aku tak tahu pon pe benda tu..tiba-tiba cikgu aku panggil aku suruh masuk bertanding..aku join je la..nak cuba2..lagi pon peserta tak ramai masa tu..tiba masa nama aku dipanggil, cikgu aku suruh baca ayat dalam satu kertas ni,,secara jelas dan betul..kalau boleh dalam masa berapa saat entah..aku dah lupa..
tapi kalah..haha..sebab blur,tak tahu apa-apa kan.

then..aku nak tunjuk kan kat korang antara contoh2 ayat yang biasa orang guna untuk pertandingan ni..kalau korang berminat,cuba la dulu baca laju2 ayat kat bawah ni..seronok juga....hehe



A flea and a fly in a flue
Said the fly "Oh what should we do"
Said the flea" Let us fly
Said the fly"Let us flee"
So they flew through a flaw in the flue


The sixth sick sheik's sixth sheep's sick.
(Try saying that one 3 times with speed)

yang ini pula..yang selalu aku sebut time sekolah dulu..

she sells sea shells by the seashore.
the shells she sells are surely sea shells
so if she sells shells on the sea shore,
I'm sure she sells seashore shells..

haha..terbelit-belit lidah den ni ha..
kalau orang melayu, selalu pakai perkataan ni,

biawak buaya (sebut 3x)

dah la...sekejap je nak melepak kat sini..sekian terima kasih..daa


bila tiba masanya...kau pergi jua

assalamualaikum...

lama rase nye menyepi dari taman sahabat meera ni..rindu nk melepak kat sini..


bila tiba masanya..kau pergi jua

kita akan rasa bahagia bila semua orang sayang pada kita.
rasa sangat bahagia bila ada yang menghargai kita
dan teramat bahagia bila kita adalah segala-galanya bagi mereka..

tapi apa balasan kita kepada insan-insan penyayang ni??
adakah rasa sayang kita lebih dari rasa sayang mereka kapada kita
atau penghargaan kita lebih dari penghargaan  mereka untuk kita??
kita boleh menilai sendiri itu semua bukan?

ada seorang insan mulia..beliau sangat dikenali seluruh dunia
malah disanjung dan dihormati oleh seluruh warga tak kira usia..
hari-hari beliau akan memberi ceramah percuma..tap payah bayar pun..
cukup sekadar kita menadah telinga..lapangkan hati untuk mendengar..
tapi kebanyakan pemuda zaman sekarang tidak mempedulikan terus ceramah yang disampaikan.
malah mengherdik dan merungut lagi..kata pemuda-pemuda itu,
"bising betul la dia ni..tak boleh tengok orang senang langsung"

beliau bukan sahaja penceramah bebas..beliau juga seorang guru kepada anak-anak didiknya..
unik nya,segala ilmu beliau tidak perlu pengiktirafan mana-mana institut pengajian pon. malah diterima oleh semua orang.. cara melakukan itu dan ini,diajar kepada anak didiknya sejak dari kecil lagi..penuh sabar dan sabar dan terus bersabar demi memdidik jiwa anak bangsa menjadi seorang insan yang berjaya,soleh dan solehah..cemerlang dunia akhirat..

hati beliau sungguh mulia..tidak pernah merungut bila ada yang tidak mendengar kata..tidak pernah menyesal sekali pun dengan apa yang beliau miliki..baginya, itu adalah harta dan anugerah yang tidak ternilai..aset yang paling disayangi..apakah aset itu?? bernilai sangatkah ia...yang pasti jawapan beliau,

"itu sahaja harta yang aku ada..walau buruk macam mana sekali pun,walau payah macam mana sekali pun,akan kau menjaga hartaku itu selagi hayat dikandung badan..selagi kudrat ku masih larat..tak apalah jika kesusahan terpaksa aku tanggung,biar pun mereka tidak pernah merasa..aku tidak peduli semua itu.. yang pasti biarlah aku dapat menatap wajahnya,senyuman nya,kebaikan yang telah dia lakukan kepada ku..walaupun sedikit,aku sangat bahagia untuk itu. akan aku lakukan semuanya..segalanya-galanya untuk anakku yang amat aku sayangi..aku lakukan semua itu kerana aku yang melahirkan dia..aku telah bersusah payah membesar dan mendidik dia hanya kerana aku ingin melihat dia berjaya..jika satu masa,aku pergi dulu meninggalkan anakku,yang pasti aku tidak menyesal kerana telah melahirkan dia ke dunia ini..kerana dia aku sangat bahagia...."

itulah dia kata-kata seorang pendidik..seorang insan yang sangat mulia..sehingga Allah S.W.T menaikkan martabat nya..syurga itu dibawah telapak kakinya..malah di sebut sebanyak tiga kali oleh Rasulullah s.a.w jika dibandingkan dengan ayah...tanpa keredhaan ibu dan ayah,tiada pula keredhaan dari Tuhan untuk kita.sahabat-sahabat meera, sehingga izrail menjemput orang yang paling menyayangi kita,berapa banyak sahaja kebaikkan yang mampu kita balas? berapa banyak pula kejahatan dan keburukan telah kita lakukan kepada insan yang bergelar ibu,mak,umi..mama..ma???

semoga Allah s.w.t melindungi kita dari golongan anak-anak yang derkaha..

BILA TIBA MASANYA,IBU AKAN PERGI JUA.........

"wahai Tuhan,Kau ampuni lah segala dosa kedua ibu dan ayah ku...sesungguhnya mereka telah menjaga aku sejak dari kecil lagi.. Kau tabahkan lah hati kedua orang tua ku..sesungguhnya mereka telah banyak mengharungi kepayahan dan kesulitan hidup tanpa aku sendiri ketahui..mereka sembunyikan penderitaan,mereka zahirkan kegembiraan kepada anak-anak mereka.. Ya Allah,sungguh mulia ciptaanMU..
kau panjangkan lah umur mereka...dan Kau tempatkan kedua ibu bapa ku ditempat yang paling mulia kelak.. Ya Allah tiada daya dan kekuatan selain dari pertolongan dariMu.sesungguhnya aku didalam kerugian tanpa rahmat dariMU..Tuhan"











33 hari lagi.....

assalamualaikum.........

pe benda 33 hari lagi tu..my birthday or yours?? xd makna......33 hari lagi nak final tapi tak ready 100 pecent lg ni..ntah la koi...taw nak habis study je...balik rumah then buli my monti..sapa dio weh monti?? kucing lor.
haha...suko duk buli kucing sebab dio pandei mlawan.. (betul ker slang penang aku ni??)
sambil-sambil ni tengah siap kan asg banking..pening palo tang nak cari maklumat prospek KWSP..sapa taw prospek tu apo??hurm,,xpe,aku baru tahu ni..search kt  Dewan Bahasaa dan Pustaka online sat tadi..

prospek itu adalah kemungkinan atau pe­luang utk mencapai kejayaan pd masa akan datang; harapan utk terus maju dlm kerjaya. (sumber: kamus dewan edisi empat)

yeah,,gotcha...tak payah pening2 dah..sekarang nak elaborate sikit-sikit pasai KWSP ni then kene present lak dalam kelas minggu depan..alamak..banyak lagi la terms yang koi tak tahu ni..macamne cerita, nak present nanti tapi tak tahu benda yang kita present tu..ish..can not g..ha,aku isi apa segala terms perbankan yang aku tak tahu dalam blog aku ni,,senang anak cucu nanti nak wat rujukan..keh3..

fiskal : jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb).
 multilateral : (dlm sesuatu perjanjian dll) me­libatkan penyertaan banyak pihak atau negara.

sapa taw akomodatif tu apa??hurm........malam ni lak aku sambung kerja aku ni...sapa2 yang ada idea pasai prospek kwsp ni text la kat cni yew.daa



argh...pening palo den dah...



Merenung Renungan

Jangan menyesal dengan segala kejadian buruk yang menimpa,
kerana setiap kejadian itu ada pula teladan di sebaliknya,
memberi kita pengajaran supaya dapat perbetulkn kesilapan.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Jangan terlalu berpuas hati dengan segala tindakan baik yang telah kita putuskn,
kerana setiap kebaikan itu pasti ada kekurangannya
supaya kita terdidik untuk menjadi insan yang merendah diri.
Benar, Allah S.W.T lebih mengetahui sedang kita tidak ketahui.

Jangan mudah putus harapan apabika kita mengalami kegagalan,
kerana kegagalan itu sekadar menduga kita
supaya kita lebih kuat untuk mencapai keinginan,
dengan usaha yang berterusan tanpa mengalah.
Percayalah,sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.

Jangan terlalu gembira apabila menempa kejayaan.
Boleh jadi kejayaan itu juga dugaan,
kerana yang tersungkur tidak mungkin tersungkur lamanya.
yang berdiri tidak selalu boleh terus berdiri.
Kasihnya Al-Khaliq,akan menguji keimanan manusia..

malam yang sepi..rahsia di sebalik warna alam


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


bila sebut malam yang sepi ni..teringat lagu masa kecik2 dulu..cane ntah lagu nye..

malam yang sepiiii..pak mat jual topi...
topi yang koyak...pak mat jual tempoyak yak yak...haha
tempoyak yang basi...pak mat jual nasi....
nasi yang enak..pak mat jual anak....?
nak sambung lagi x??? ha sambung la sendiri..hehehe
sape ntah pak mat tu..saye pon tak kenal..arwah lama dah rasenye pak mat tu..

time duk tinjau2 blog orang ramai..terjumpa lah artikel kat bawah ni..amik dari sini ha,
evolusiminda.com/blog/2010/02/16/warna-alam-dan-kita/

Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa alam kita mengeluarkan warna yang berbeza-beza mengikut waktu. Dalam tempoh 24jam sehari, atmosfera kita memancarkan 7 warna secara lengkapnya. Amaze? Itulah kebesaran Allah. Tanpa kita sedari sebenarnya terdapat lebih daripada 7 warna yang berubah-ubah pada atmosfera kita setiap hari, namun hanya 7 warna yang dominan yang mampu kita rakam. Warna-warna ini mengeluarkan frekuensi tertentu yang resonan dengan organ kita. Secara tidak langsung ia membantu dalam meningkatkan tenaga organ tersebut.

  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika waktu tengah malam. Dalam kegelapan hanya warna putih yang akan dapat merentasinya.
Kita mulakan daripada waktu tengah malam. Ketika ini matahari tidak dapat memancarkan sebarang cahaya, dan bumi di selubungi kegelapan yang teramat. Namun dalam kegelapan ini hanya warna putih atau lebih dikenali sebagai sinar mampu menembusi atmosfera. Sayangnya warna ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Suasana kegelapan ini adalah antara sekira pukul 12.00 malam hingga 1.00 pagi.
Waktu ini kita digalakkan untuk tidur dengan lena bagi merehatkan otak. Mereka yang tidak mendapatkan tidur yang lena pasti akan kelam kabut dan keletihan pada keesokkan harinya. Inilah antara punca pelajar kurang fokus pada pelajaran. Sepatutnya waktu ini pelajar masuk tidur dan seboleh-bolehnya tidur tanpa memikirkan sebarang masalah. Dapatkan tidur yang cukup lena untuk mempastikan agar mereka boleh fokus pada pelajaran pada keesokkan harinya.
  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika atmosfera berwarna pink. Gambar ini diambil di kawasan kutub utara. Di sini setiap warna atmosfera dapat dilihat dengan jelas.
Sebelum pukul 2.00 pagi atmosfera mula bertukar kepada warna pink. Ketika ini kita masih lagi diperlukan untuk tidur. Mereka yang tidak lena tidurnya pada waktu ini mudah diserang oleh penyakit pening kepala atau migrain.
  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika waktu pukul 2.00 hingga 4.00 pagi atau 1 jam selepas waktu pink.
Warna violet pula mula muncul di atmosfera ketika jam menganjak ke pukul 2.00 pagi. Violet akan mendominasi suasana sehingga pukul 3.00 pagi. Ketika ini kita disunatkan untuk bangun bersembahyang tahajjud, dan pelajar bangun untuk mengulangkaji pelajaran. Warna violet ini mengawal fokus kita, ketika ini minda amat fokus pada setiap aktiviti bacaan atau ibadah yang dilaksanakan. Violet juga muncul pada jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Ketika waktu ini juga amat sesuai mengulangkaji pelajaran atau melakukan aktiviti yang memerlukan kita fokus atau khusyuk seperti membaca quran, mendengar ceramah, solat sunat dan sebagainya.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera berwarna indigo yang muncul selepas warna violet pada waktu awal pagi.  Gambar ini diambil di sebuah perkampungan di selatan Jepun.
Sebaik sahaja warna violet ini berakhir warna indigo pula muncul di atmosfera kita.Indigo muncul selama lebih kurang 3 jam iaitu dari pukul 3.00 pagi hingga ke 6.00 pagi. Warna ini juga sebenarnya muncul pada sebelah malam iaitu antara pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam. Apa tugas warna indigo ini? Tugasnya adalah untuk membantu organ penghadaman. Kita amat digalakkan makan sebelum pukul 9.00 malam bagi memastikan segala makanan kita terhadam dengan baik.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu subuh.  Ketika itu, atmosfera berwarna biru. Terdapat warna indigo yang masih kelihatan
Pukul 6.00 pagi hingga pukul 7.00 pagi warna biru pula muncul menggantikan indigo. Ingat tak nenek kita selalu kata, “jangan tidur lepas subuh nanti di kencing dek iblis”, kita akan menjawab “itu semua kepercayaan karut, nek”. Sebenarnya mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempertenagakan kelenjar tyroidBila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.
Orang yang mudah sedih, mudah bosan, perisau adalah mereka yang suka tidur antara pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi atau kata orang tua-tua tidur meninggi hari. Ada kalanya apabila kita kaji pantang larang nenek moyang dahulu kala banyak kebaikannya, cuma mereka tidak dapat membuktikannya dengan fakta, itu yang menyebabkan kita tidak mempercayai kata-kata mereka.
Seterusnya warna kuning pula mengungguli amosfera. Ia muncul pada pukul 11.00 pagi hingga 7.30 petang. Pada waktu ini berfikir ialah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan. Berfikir pada waktu pagi ialah pemikiran yang membawa ketenangan. Pada waktu malam, organ ini tidak aktif dan permikiran pada waktu malam tidak akan menemui jalan penyelesaian.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu selepas Zohor  hingga waktu sebelum Asar iaitu kira pukul 4.00 petang. Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera.
Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan yang terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, peka dan prihatin di samping membantu meringkankan beban proses penghadaman. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis bagi menggurangkan bebanan organ penghadaman disamping menajamkan pemikiran.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera ketika waktu merah muncul iaitu kira-kira 30 minit sebelum Maghrib iaitu antara pukul 7.00 petang ke 7.30 petang.
Seterusnya warna oren pula muncul pada pukul 5.00 petang hinggalah 7.30 malam. Ketika ini juga adalah waktu pantang larang nenek kita agar jangan tidur. Kata mereka tidur selepas asar boleh kena sakit jiwa atau gila. Kita hanya mencebik.Tetapi pada hakikatnya, mereka yang suka tidur pada waktu ini, akan dihinggapi lemah tenaga batin dan alat kelamin atau pundi kencing. Hmm, fikir-fikirkanlah.
  • Ketika ini juga infra red akan dipancarkan (dalam tempoh kurang 30 minit) ketika matahari mula terbenam.
Waktu terminator pula muncul setengah jam sebelum maghrib dan berterusan sehingga setengah jam selepas maghrib. Warna yang mendominasi persekitaran pada ketika ini adalah warna merah. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika ini mempunyai resonan yang sama dengan jin dan syaitan. Kita digalakkan untuk berada di dalam rumah atau masjid ketika ini. Kecuaian mudah berlaku pada waktu ini. Ingat pesan nenek kita, “jangan sibuk-sibuk waktu maghrib syaitan tengah siah layar”. Seperti biasa kita hanya mencebik sinis, “sambil dalam hati berkata macamlah dia nampak syaitan tu”.
Dalam kita menempuh kehidupan di zaman serba moden ini, sepatutnya kita menjadi manusia yang lebih intelek dengan mempelajari banyak ilmu. Janganlah jadikan diri kita manusia yang alpa dan lagho dengan kelalaian dan kononnya berfikiran maju dan up-to-date. Lebih banyak ilmu yang kita miliki dan hayati; lebih kenal kita pada PENCIPTANYA.





university marathon.....

assalamualaikum w.b.t


hari BEBAS STRESS....yup.betul la tu.pada 5 Mac 2011 (semalam la..hari Sabtu)  kami lapan orang join larian amal di universiti teknologi mara (uitm) penang..bukan senang nak bgun pagi semata-mata nak berlari keliling sawah belakang poli ni..jarak larian just 5km untuk perempuan, 7km untuk lelaki.
nak di jadi kan cerita,aku antara orang yang paling semangat nak berlari pada awalnya (maklum la..dh lame x lari2) tapi apa kan daya..aku jd malas lak nak berlari..can not g dah... so,msuk je kawasan sawah..aku berjalan-jalan menikmati suasana indah pagi di penang ni..aku berjalan sampai la aku msuk uitm blik..
kesimpulan nya,aku dan kawan aku lagi seorang adalah peserta terakhir sampai kat garisan penamat..bersama lagi dua orang student perempuan part 1.keh3..


dari kiri : rahmat,syafiq,linda,aini,efa,saye la tu (Mira),jue n nadia. ni je la wakil PSP..tahniah3
larian amal ni bertujuan untuk menyumbangkan derma kepada masyarakat kemboja yang hidup susah kat sana..kenapa tak salurkan pada rakyat Malaysia dulu yek?? orang Malaysia dah kaya2 belaka agaknya..but,nevermind..mereka ada alasan mereka sendiri. pape pun, memang enjoy..badan terasa ringan sangat dah lepas keluarkan peluh yang mengambil masa hampir satu jam perjalanan..hehe (kan tak berlari..lama la sikit masanya)

lagipun,ni la masa nya nak merapatkan ukhwah kita dengan organisasi yang lain..disamping beramal, boleh jalinkan hubungan yang baik antara PSP dan UITM Penang..yeah..that's right. sekian dulu....



haha..no x ong
ni la dia sawah padi belakang poli..laluan larian amal
 
ni je peserta lelaki dari psp..
 
tuah 059....lucky draw





PeRHiAsAN TeRbAIk..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik itu adalah wanita yang solehah.”
(HR. an-Nasa’I dan Ahmad)

wanita yang bagaimana dikatakan perhiasan terbaik dunia??tentulah wanita yang solehah. dan apakah pula yang dimaksudkan dengan solehah?

terdapat dua syarat di dalam islam yang membolehkan seseorang wanita itu bergelar solehah,
1) taat kepada Allah dan RasulNya
2)taat kepada suami

dan..apakah ciri-ciri wanita ahli syurga?

hadis Nabi menyatakan: daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "apabila seseorang perempuan mendirikan solat lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka," (Hadis Riwayat Ahmad)

bagaimana pula denganketetapan jodoh yang telah dijanjikan Allah SWT?

Allah telah berfirman,

"dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menjadikan untukmu pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram terhadapnya. dan di antara kalian Dia wujudkan rasa kasih sayang" Ar-Rum:21

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26

ada sahabat yang bertanya bagaimana pula wanita yang tidak sempat menikah kerana telah meninggal dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"tiada sibujang didalam syurga" (hadis riwayat Muslim)

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.begitu pula dengan seorang wanita ahli syurga yang mempunyai suami tetapi suaminya menjadi ahli neraka. maka ketika ia masuk syurga, disana pun terdapat lelaki yang belum pernah menikah didunia.mereka akan mendapat pasangan dengan bidadari dan juga pasangan dengan wanita dari dunia jika mereka mahu.

firman Allah SWT yang bermaksud,

"Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk berpasang-pasangan,sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui" yassin 36:36

sahabat..setiap manusia itu mahukan yang terbaik pada diri mereka kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa puas. alangkah bagusnya jika kita mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk diri kita supaya kelak di akhirat kita akan selamat. InsyaAllah. jadikan dirimu bak permata, yang sukar dicari bahkan mahal sekali harganya..tidak mampu dimiliki semua orang.sangat dihargai pula.semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita di dunia ini..dan memperoleh redha dariNya. Amin..


 

kuliah maghrib 10MAC2011 di pusat islam...

sekadar untuk berkongsi dengan semua pembaca. oleh ustaz Muhammad Suhaimi..

enam perkara dipandang asing di enam tempat :

1) masjid dipandang asing bagi orang yang tidak menunaikan solat didalamnya
2) al-quran dipandang asing di dalam rumah-rumah orang yang tak mahu membacanya.
3) al-quran dipandang asing di dalam hati orang yang fasik (orang yang tidak mahu mengamal isinya)
4) muslimah solehah dipandang asing oleh lelaki yang zalim,yang buruk perangainya
5) muslim soleh dipandang asing oleh perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya
6) orang alim dipandang asing dikalangan kaum yang tidk mahu mendengar nasihat

empat macam benda berharga pada manusia boleh hilang dengan empat sebab :

1) hilangnya akal disebabkan rasa marah
2) hilangnya agama kerana sifat dengki
3) hilangnya malu kerana sifat tamak
4) hilangnya amal soleh kerana suka menceritakan keburukan orang lain

renung-renungkan...


ayat favourite..

assalamualaikum..semoga dalam barakahNya hendaknya kita semua hari ni..

sepanjang hampir 21 tahun hidup kat dunia ni..ni antara ayat-ayat yang boleh dikatakan  sangat sesuai dengan jiwa aku..boley hilang stress,boleh tingkatkankan motivasi..makin dekatkan diri dengan Tuhan..even kadang-kadang terbabas jugak..hurm, setiap masa aku try nak jadi yang terbaik untuk diri sendiri..memang la manusia tu dah diciptakan sempurna kan,,tapi untuk pengisian rohani or hati kita...Allah tak bagi troos macam tu.kita yang kene ikhtiarkan macamana kita nak jaga hati kita ni...kita usaha majukan diri kita bukan untuk sesiapa pun,tapi untuk diri sendiri niat kerana Allah taala. itu pendapat peribadi aku la.. Allah takkan tolong hamba2Nya selagi kita sendiri yang belum mencari ikhtiar..berusaha la maksud aku.

firman Allah S.W.T,
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (QS. Muhammad:7).

ni antara ayat favourite aku.. :

>sesuatu yang baik itu hilang kerana yang lagi baik akan datang menanti
>sabar la..tak lari gunung dikejar
>apa segala... (trademark cikgu plkn aku,sampai sekarang melekat kat aku..hehe)
>wak lu....
>tu dio..
>terbaik habaq ang
> dop bijok (selalu pakai ayat ni )kalu aku careless
> can not gi... (bukan can't go yew)
>berusaha selagi mampu
>jangan duk wat kalut lar.....
> pertolongan Allah tu dekat asalkan kita bersabar dan bertakwa kepada agamaNya..
> tak semestinya yang baik pada kita tu baik pada Allah..yang buruk pada kita tu buruk pada Allah.
> kenapa masih nak bercakap-cakap dengan member sebelah sedangkan kita tengah bercakap dengan
Allah S.W.T (berdoa).. dop sopan langsung...
> xpe,Allah tolong... (time aku dalam kesusahan,ni la ayat aku pakai  nak pujuk diri sendiri)

papepun the best words yang ada dalam dunia ni Al-quran la...aku bukan cakap saja2 ni,memang dah terbukti sejak azali lagi..kalu kita faham setiap maksud ayat Al-quran tu..subhanallah..boleh menitis air mata..
lagi se..zikrullah..ingat lah selalu pada Allah..kalu korang malas ngat nak solat,korg tgk la apa yang ada disekeliling korang..pokok..awan..langit..angin yang kita tak nampak dan macam2 lagi..muhasabah diri..insyaAllah..masa tu tergerak hati kita bersyukur pada Sang Pencipta...terus lah buat apa yg patut..solat la weh..korang yang tak pernah solat tu..hurm,betul2 aku tak paham kenapa...dulu2 pun aku macam tu..mane pernah cukup pon, (sebabnya malas) tapi alhamdulillah..Allah dah bukak kan pintu hati aku untuk lebih dekatkan diri pada Dia..aku rasa nak membebel lagi panjang pasal solat..aku betul2 tak paham..kot la ada orang yang terasa bila bace post aku ni..bagus lah..bila dah terasa tu hope ada lagi  even secebis pon...iman dalam hati kita semua...
wallahualam..

maafkan aku

bila aku mula untuk putuskan hubungan itu,
aku mengerti kau tidak bersedia lagi..
namun aku punya alasan sendiri..
yang pasti  aku telah tersasar jauh
maafkan aku,

aku pergi meninggalkan mu
dikala kau  masih mengharapkan sesuatu yang jauh
perlunya aku mencari sesuatu
untuk aku siapkan diri,siapkan diri
maafkan aku,

kiranya difikiranmu aku adalah egois
persilakan lah..aku bukan insan sempurna
belum layak membimbing malah harus dibimbing
maafkan aku,

disaat ini tiada kata maaf dariku
sungguh..kerana apa yang aku lakukan....
hanya Dia sahaja yang tahu
harapanku,moga kau tabah disana

katakan lah apa saja yang kau mahu
jika kata itu membahagiakan kamu
benar..aku pergi dengan kerelaan hati
semoga kelak kau mengerti...