PeRHiAsAN TeRbAIk..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik itu adalah wanita yang solehah.”
(HR. an-Nasa’I dan Ahmad)

wanita yang bagaimana dikatakan perhiasan terbaik dunia??tentulah wanita yang solehah. dan apakah pula yang dimaksudkan dengan solehah?

terdapat dua syarat di dalam islam yang membolehkan seseorang wanita itu bergelar solehah,
1) taat kepada Allah dan RasulNya
2)taat kepada suami

dan..apakah ciri-ciri wanita ahli syurga?

hadis Nabi menyatakan: daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "apabila seseorang perempuan mendirikan solat lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka," (Hadis Riwayat Ahmad)

bagaimana pula denganketetapan jodoh yang telah dijanjikan Allah SWT?

Allah telah berfirman,

"dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menjadikan untukmu pasangan dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram terhadapnya. dan di antara kalian Dia wujudkan rasa kasih sayang" Ar-Rum:21

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” An-Nur:26

ada sahabat yang bertanya bagaimana pula wanita yang tidak sempat menikah kerana telah meninggal dunia?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"tiada sibujang didalam syurga" (hadis riwayat Muslim)

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.begitu pula dengan seorang wanita ahli syurga yang mempunyai suami tetapi suaminya menjadi ahli neraka. maka ketika ia masuk syurga, disana pun terdapat lelaki yang belum pernah menikah didunia.mereka akan mendapat pasangan dengan bidadari dan juga pasangan dengan wanita dari dunia jika mereka mahu.

firman Allah SWT yang bermaksud,

"Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk berpasang-pasangan,sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui" yassin 36:36

sahabat..setiap manusia itu mahukan yang terbaik pada diri mereka kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa puas. alangkah bagusnya jika kita mengimpikan sesuatu yang terbaik untuk diri kita supaya kelak di akhirat kita akan selamat. InsyaAllah. jadikan dirimu bak permata, yang sukar dicari bahkan mahal sekali harganya..tidak mampu dimiliki semua orang.sangat dihargai pula.semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita di dunia ini..dan memperoleh redha dariNya. Amin..


 

No comments: