malam yang sepi..rahsia di sebalik warna alam


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


bila sebut malam yang sepi ni..teringat lagu masa kecik2 dulu..cane ntah lagu nye..

malam yang sepiiii..pak mat jual topi...
topi yang koyak...pak mat jual tempoyak yak yak...haha
tempoyak yang basi...pak mat jual nasi....
nasi yang enak..pak mat jual anak....?
nak sambung lagi x??? ha sambung la sendiri..hehehe
sape ntah pak mat tu..saye pon tak kenal..arwah lama dah rasenye pak mat tu..

time duk tinjau2 blog orang ramai..terjumpa lah artikel kat bawah ni..amik dari sini ha,
evolusiminda.com/blog/2010/02/16/warna-alam-dan-kita/

Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa alam kita mengeluarkan warna yang berbeza-beza mengikut waktu. Dalam tempoh 24jam sehari, atmosfera kita memancarkan 7 warna secara lengkapnya. Amaze? Itulah kebesaran Allah. Tanpa kita sedari sebenarnya terdapat lebih daripada 7 warna yang berubah-ubah pada atmosfera kita setiap hari, namun hanya 7 warna yang dominan yang mampu kita rakam. Warna-warna ini mengeluarkan frekuensi tertentu yang resonan dengan organ kita. Secara tidak langsung ia membantu dalam meningkatkan tenaga organ tersebut.

  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika waktu tengah malam. Dalam kegelapan hanya warna putih yang akan dapat merentasinya.
Kita mulakan daripada waktu tengah malam. Ketika ini matahari tidak dapat memancarkan sebarang cahaya, dan bumi di selubungi kegelapan yang teramat. Namun dalam kegelapan ini hanya warna putih atau lebih dikenali sebagai sinar mampu menembusi atmosfera. Sayangnya warna ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Suasana kegelapan ini adalah antara sekira pukul 12.00 malam hingga 1.00 pagi.
Waktu ini kita digalakkan untuk tidur dengan lena bagi merehatkan otak. Mereka yang tidak mendapatkan tidur yang lena pasti akan kelam kabut dan keletihan pada keesokkan harinya. Inilah antara punca pelajar kurang fokus pada pelajaran. Sepatutnya waktu ini pelajar masuk tidur dan seboleh-bolehnya tidur tanpa memikirkan sebarang masalah. Dapatkan tidur yang cukup lena untuk mempastikan agar mereka boleh fokus pada pelajaran pada keesokkan harinya.
  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika atmosfera berwarna pink. Gambar ini diambil di kawasan kutub utara. Di sini setiap warna atmosfera dapat dilihat dengan jelas.
Sebelum pukul 2.00 pagi atmosfera mula bertukar kepada warna pink. Ketika ini kita masih lagi diperlukan untuk tidur. Mereka yang tidak lena tidurnya pada waktu ini mudah diserang oleh penyakit pening kepala atau migrain.
  • Gambar di atas menunjukkan langit ketika waktu pukul 2.00 hingga 4.00 pagi atau 1 jam selepas waktu pink.
Warna violet pula mula muncul di atmosfera ketika jam menganjak ke pukul 2.00 pagi. Violet akan mendominasi suasana sehingga pukul 3.00 pagi. Ketika ini kita disunatkan untuk bangun bersembahyang tahajjud, dan pelajar bangun untuk mengulangkaji pelajaran. Warna violet ini mengawal fokus kita, ketika ini minda amat fokus pada setiap aktiviti bacaan atau ibadah yang dilaksanakan. Violet juga muncul pada jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Ketika waktu ini juga amat sesuai mengulangkaji pelajaran atau melakukan aktiviti yang memerlukan kita fokus atau khusyuk seperti membaca quran, mendengar ceramah, solat sunat dan sebagainya.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera berwarna indigo yang muncul selepas warna violet pada waktu awal pagi.  Gambar ini diambil di sebuah perkampungan di selatan Jepun.
Sebaik sahaja warna violet ini berakhir warna indigo pula muncul di atmosfera kita.Indigo muncul selama lebih kurang 3 jam iaitu dari pukul 3.00 pagi hingga ke 6.00 pagi. Warna ini juga sebenarnya muncul pada sebelah malam iaitu antara pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam. Apa tugas warna indigo ini? Tugasnya adalah untuk membantu organ penghadaman. Kita amat digalakkan makan sebelum pukul 9.00 malam bagi memastikan segala makanan kita terhadam dengan baik.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu subuh.  Ketika itu, atmosfera berwarna biru. Terdapat warna indigo yang masih kelihatan
Pukul 6.00 pagi hingga pukul 7.00 pagi warna biru pula muncul menggantikan indigo. Ingat tak nenek kita selalu kata, “jangan tidur lepas subuh nanti di kencing dek iblis”, kita akan menjawab “itu semua kepercayaan karut, nek”. Sebenarnya mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempertenagakan kelenjar tyroidBila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.
Orang yang mudah sedih, mudah bosan, perisau adalah mereka yang suka tidur antara pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi atau kata orang tua-tua tidur meninggi hari. Ada kalanya apabila kita kaji pantang larang nenek moyang dahulu kala banyak kebaikannya, cuma mereka tidak dapat membuktikannya dengan fakta, itu yang menyebabkan kita tidak mempercayai kata-kata mereka.
Seterusnya warna kuning pula mengungguli amosfera. Ia muncul pada pukul 11.00 pagi hingga 7.30 petang. Pada waktu ini berfikir ialah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan. Berfikir pada waktu pagi ialah pemikiran yang membawa ketenangan. Pada waktu malam, organ ini tidak aktif dan permikiran pada waktu malam tidak akan menemui jalan penyelesaian.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu selepas Zohor  hingga waktu sebelum Asar iaitu kira pukul 4.00 petang. Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera.
Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan yang terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, peka dan prihatin di samping membantu meringkankan beban proses penghadaman. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis bagi menggurangkan bebanan organ penghadaman disamping menajamkan pemikiran.
  • Gambar di atas menunjukkan atmosfera ketika waktu merah muncul iaitu kira-kira 30 minit sebelum Maghrib iaitu antara pukul 7.00 petang ke 7.30 petang.
Seterusnya warna oren pula muncul pada pukul 5.00 petang hinggalah 7.30 malam. Ketika ini juga adalah waktu pantang larang nenek kita agar jangan tidur. Kata mereka tidur selepas asar boleh kena sakit jiwa atau gila. Kita hanya mencebik.Tetapi pada hakikatnya, mereka yang suka tidur pada waktu ini, akan dihinggapi lemah tenaga batin dan alat kelamin atau pundi kencing. Hmm, fikir-fikirkanlah.
  • Ketika ini juga infra red akan dipancarkan (dalam tempoh kurang 30 minit) ketika matahari mula terbenam.
Waktu terminator pula muncul setengah jam sebelum maghrib dan berterusan sehingga setengah jam selepas maghrib. Warna yang mendominasi persekitaran pada ketika ini adalah warna merah. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika ini mempunyai resonan yang sama dengan jin dan syaitan. Kita digalakkan untuk berada di dalam rumah atau masjid ketika ini. Kecuaian mudah berlaku pada waktu ini. Ingat pesan nenek kita, “jangan sibuk-sibuk waktu maghrib syaitan tengah siah layar”. Seperti biasa kita hanya mencebik sinis, “sambil dalam hati berkata macamlah dia nampak syaitan tu”.
Dalam kita menempuh kehidupan di zaman serba moden ini, sepatutnya kita menjadi manusia yang lebih intelek dengan mempelajari banyak ilmu. Janganlah jadikan diri kita manusia yang alpa dan lagho dengan kelalaian dan kononnya berfikiran maju dan up-to-date. Lebih banyak ilmu yang kita miliki dan hayati; lebih kenal kita pada PENCIPTANYA.





No comments: