Merenung Renungan

Jangan menyesal dengan segala kejadian buruk yang menimpa,
kerana setiap kejadian itu ada pula teladan di sebaliknya,
memberi kita pengajaran supaya dapat perbetulkn kesilapan.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Jangan terlalu berpuas hati dengan segala tindakan baik yang telah kita putuskn,
kerana setiap kebaikan itu pasti ada kekurangannya
supaya kita terdidik untuk menjadi insan yang merendah diri.
Benar, Allah S.W.T lebih mengetahui sedang kita tidak ketahui.

Jangan mudah putus harapan apabika kita mengalami kegagalan,
kerana kegagalan itu sekadar menduga kita
supaya kita lebih kuat untuk mencapai keinginan,
dengan usaha yang berterusan tanpa mengalah.
Percayalah,sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.

Jangan terlalu gembira apabila menempa kejayaan.
Boleh jadi kejayaan itu juga dugaan,
kerana yang tersungkur tidak mungkin tersungkur lamanya.
yang berdiri tidak selalu boleh terus berdiri.
Kasihnya Al-Khaliq,akan menguji keimanan manusia..

No comments: