bila tiba masanya...kau pergi jua

assalamualaikum...

lama rase nye menyepi dari taman sahabat meera ni..rindu nk melepak kat sini..


bila tiba masanya..kau pergi jua

kita akan rasa bahagia bila semua orang sayang pada kita.
rasa sangat bahagia bila ada yang menghargai kita
dan teramat bahagia bila kita adalah segala-galanya bagi mereka..

tapi apa balasan kita kepada insan-insan penyayang ni??
adakah rasa sayang kita lebih dari rasa sayang mereka kapada kita
atau penghargaan kita lebih dari penghargaan  mereka untuk kita??
kita boleh menilai sendiri itu semua bukan?

ada seorang insan mulia..beliau sangat dikenali seluruh dunia
malah disanjung dan dihormati oleh seluruh warga tak kira usia..
hari-hari beliau akan memberi ceramah percuma..tap payah bayar pun..
cukup sekadar kita menadah telinga..lapangkan hati untuk mendengar..
tapi kebanyakan pemuda zaman sekarang tidak mempedulikan terus ceramah yang disampaikan.
malah mengherdik dan merungut lagi..kata pemuda-pemuda itu,
"bising betul la dia ni..tak boleh tengok orang senang langsung"

beliau bukan sahaja penceramah bebas..beliau juga seorang guru kepada anak-anak didiknya..
unik nya,segala ilmu beliau tidak perlu pengiktirafan mana-mana institut pengajian pon. malah diterima oleh semua orang.. cara melakukan itu dan ini,diajar kepada anak didiknya sejak dari kecil lagi..penuh sabar dan sabar dan terus bersabar demi memdidik jiwa anak bangsa menjadi seorang insan yang berjaya,soleh dan solehah..cemerlang dunia akhirat..

hati beliau sungguh mulia..tidak pernah merungut bila ada yang tidak mendengar kata..tidak pernah menyesal sekali pun dengan apa yang beliau miliki..baginya, itu adalah harta dan anugerah yang tidak ternilai..aset yang paling disayangi..apakah aset itu?? bernilai sangatkah ia...yang pasti jawapan beliau,

"itu sahaja harta yang aku ada..walau buruk macam mana sekali pun,walau payah macam mana sekali pun,akan kau menjaga hartaku itu selagi hayat dikandung badan..selagi kudrat ku masih larat..tak apalah jika kesusahan terpaksa aku tanggung,biar pun mereka tidak pernah merasa..aku tidak peduli semua itu.. yang pasti biarlah aku dapat menatap wajahnya,senyuman nya,kebaikan yang telah dia lakukan kepada ku..walaupun sedikit,aku sangat bahagia untuk itu. akan aku lakukan semuanya..segalanya-galanya untuk anakku yang amat aku sayangi..aku lakukan semua itu kerana aku yang melahirkan dia..aku telah bersusah payah membesar dan mendidik dia hanya kerana aku ingin melihat dia berjaya..jika satu masa,aku pergi dulu meninggalkan anakku,yang pasti aku tidak menyesal kerana telah melahirkan dia ke dunia ini..kerana dia aku sangat bahagia...."

itulah dia kata-kata seorang pendidik..seorang insan yang sangat mulia..sehingga Allah S.W.T menaikkan martabat nya..syurga itu dibawah telapak kakinya..malah di sebut sebanyak tiga kali oleh Rasulullah s.a.w jika dibandingkan dengan ayah...tanpa keredhaan ibu dan ayah,tiada pula keredhaan dari Tuhan untuk kita.sahabat-sahabat meera, sehingga izrail menjemput orang yang paling menyayangi kita,berapa banyak sahaja kebaikkan yang mampu kita balas? berapa banyak pula kejahatan dan keburukan telah kita lakukan kepada insan yang bergelar ibu,mak,umi..mama..ma???

semoga Allah s.w.t melindungi kita dari golongan anak-anak yang derkaha..

BILA TIBA MASANYA,IBU AKAN PERGI JUA.........

"wahai Tuhan,Kau ampuni lah segala dosa kedua ibu dan ayah ku...sesungguhnya mereka telah menjaga aku sejak dari kecil lagi.. Kau tabahkan lah hati kedua orang tua ku..sesungguhnya mereka telah banyak mengharungi kepayahan dan kesulitan hidup tanpa aku sendiri ketahui..mereka sembunyikan penderitaan,mereka zahirkan kegembiraan kepada anak-anak mereka.. Ya Allah,sungguh mulia ciptaanMU..
kau panjangkan lah umur mereka...dan Kau tempatkan kedua ibu bapa ku ditempat yang paling mulia kelak.. Ya Allah tiada daya dan kekuatan selain dari pertolongan dariMu.sesungguhnya aku didalam kerugian tanpa rahmat dariMU..Tuhan"











No comments: