AKIBAT TERLALU CONFIDENT ATAU OVER CONFIDENT !!!

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Kejadian over confident ni baru je berlaku beberapa jam yang lepas. lagi satu kan.ejaan confident ni betul ke tak betul?? tak pe lah..janji confident. bila kita confident dengan kerja, boss pun jadi sayang tapi kalau dah terover confident tu cane lak??

kisah dia macam ni.. beberapa hari lepas ada seorang calon lesen memandu nak amik ujian statik untuk kali kedua. Kawe pun confient reply mesej.. "ok !" so, semalam dah settle kerja, sudah book untuk ulangan statik tu.. Hari ni punya cerita , adik tu mesej aku, dia tanya aku tak book lagi ke ujian statik dia? sebab nama tak ada. Aku pun apo lagi, dengan confident je jawab, " dah book ! memang nama awak ada dalam sistem. nanti  p kat kaunter, tunjuk ic.."  lagi sekali adik tu call aku, dia cakap memang nama dia tak ada.
Aku jadi pelik sebab resit bayaran ujian statik tu pada aku dan bertarikh 3/5/14 hari Sabtu. Aku sendiri cek dalam sistem memang nama dia ada ! aih.ape kepelik nye kes ni??

Aku pun call boss, "hello boss, nama budak ni tak ada dalam sistem. semalam kan dah book?"
so pulun la boss aku ni tanya institut memandu TTT ni dan pusat menjawab statik XXX. Sangat2 pelik. Aku tak puas hati aku sendiri call instt. memandu dan tempat ujian tu... Siap boss adik tu call aku, tanya macam mana nama GGG ni tak ada?? Aku dengan sangat confident jawab, "memang dah book, saya call inst. memandu TTT tadi pun dia cakap dah success. Mungkin sistem kat tempat XXX tak terima lagi tu.."

Boss aku call, dia cakap nama adik tu ada da kat tempat ujian statik tu.. Aku jadi la bertambah pelik, Habis tu adik tu cakap tak da kenapa???  Lagi sekali aku call adik tu mintak jawab ujian statik tapi tetap adik tu cakap nama dia tak ada, tak boleh jawab lagi. Aku pun siap call pekerja kat tempat statik tu, dia cakap nama adik tu memang tak ada. Dah 2 3 check dah...

Pening kan??? Bila boss aku check dengan staff yang sama aku call tadi, dia cakap nama ada, tapi bila aku tanya sendiri staff kat tempat ujian tu dia cakap tak ada pulak????? ok, aku pun dah serabut dengan kes ni, aku call balik adik tadi tapi guna no. yang aku rekod dalam buku. Disebabkan nama dan no phone dia terpampang dalam buku yang hanya berada didepan mata aku, aku tekan je nombor2 yang tertera dalam buku tu.. yang penting, confident ok !!

Bila aku call no. phone yang ada dalam buku tu, aku tak semena-mena terus mengeluarkan ayat penyata. "ok, firdaus..awak boleh jawab sekarang. En zul dah check nama awak memang ada.."
tetiba adik tu cakap, "jawab apa kak? jawab komputer ke??" aku pelik, name dia tanya soalan tu? Aku pun jawab.. "ye la..jawab ujian statik.memang nama awak ada dah dalam sistem.." firdaus tanya semula, "siapa yang booking? Daus kene gi Kemaman hari ni,Sabtu depan lah kak..." Aku mase tu dah tercengang. Budak ni biar betul nak main-main ke?? Aku tanya semula adik tu.. "bukan awak ke tadi yang call kak cakap nama tak ada dalam sistem. Kenapa nak cancel, awak jawab terus balik la..sekejap je jawab ujian tu.." Adik tu dengan suara penat nye.. "kak, daus tak cakap pun nak amik komputer rini. Daus kena gi kemaman ni kak..tak sempat ni nak jawab komputer"

Aku pun bla bla bla. letak phone dan terdiam sekejap.. Aku ni dah salah orang ke?? Siapa perempuan yang call tanya aku kenapa nama adik tu tak da kalau bukan boss adik tu?? sebab pape hal memang boss adik tu take over gak kadang-kadang. Ok, boss ak pulak call di cakap, nama yang aku dan boss aku duk sebut-sebut tadi mohamad firdaus. Adik yang datang cakap nama dia tak ada dalam sistem tu, Amir Firdaus !!!
ADUH !! aku dah susahkan ramai orang ari ni. Gara-gara tersilap book nama. Alahai !! Kadang-kadang, kita save nama yang sama dalam phone contact so  memang berlaku la kekeliruan bila dah jadi macam ni.

Aku pun call la kak yang aku claim boss adik tu, padahal mak dia. Aku mintak maff bagai, cakap salah book nama semua.. tapi nasib lah akak tu tak marah, cool je even hampir 2 jam menunggu kat tempat ujian tu. Dia pun ada bagitahu aku, dia dah agak, aku salah book nama orang. HOHO tapi yelah..confident punya pasal kan.. dah susahkan semua orang. Ingat tu, kesan bila kita terlalu over confident, kita susah, orang lain pun susuah..

Cuma satu je la pesan ambe, kalau nak mesej atas urusan  kerja ka, pape urusan yang melibat kita dengan bukan kenalan rapat atau dengan bahagian perkhidmatan ke.. sila la berikan nama penuh. perkenalkan diri. Jangan fikir orang save nama kita dengan nama yang penuh ye..macam contoh nama awak Siti Nur Enjoy Sakan Binti Sukaria.. orang tak kan save nama awak yang panjang2 tu..orang save CT je.. ok ? Manusia memang tak lari dari buat silap. Nak-nak kesilapan bila melakukan urusan kerja. Ok, sekarang dah settle masalah aku.. #Alhamdulillah setelah hampir 2jam aku hidup dalam kekeliruan. Salam...