imam Al-Ghazali bertanya

jom men teka-teki jom..

Teka Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

hehe..best kan teki teki tu..salam

dugaan dan hikmah disebalik...

DUGAAN............
Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

DUNIA PENJARA TERINDAH? ;-)

satu ketika aku teringat tentang perjalanan hidup yang macam-macam ragamnya. dari kecil hingga aku dah umur 20 tahun ni, biarpon pengalaman tak lah sebanyak pengalaman orang veteran tapi kalau dikenang semula..memang besh.. pada mulanya journey aku tidak lah seindah oang lain.just a simple life..aku rasa hidup aku mula 'hidup' bila aku terpilih untuk pergi ke PLKN Cheneh Terenggannu...huhu. bulan julai, aku p ke kolej KPTM..tapi jodoh x panjang kat sana. Bulan jan 2010 aku terpaksa berpindah ke PSP..abah suh. pada mula nya aku memang x rela..hehe.seronok duk sane boley lepak lebih.. tapi kat PSP la hidup aku berubah.. dari segi segala-galanya.. 
semestar satu.. 01012009,aku dah declare ngan die.mber PLKN pada mulanya..tapi nak wat cane, bulan 4 dah xda apa2 ngan die..stop situ la..but we still pren. just xbrape nak rapat dah..bukan salah sape-sape pon seme tu terjadi.takdir kot.. then, aku bkawan baik  ngan sorang sahabat yang sangat memahami la aku rase.. mber yang aku sayang..sangat.selalu mceh n kol aku. kteorang borak campai kredit die habis..then,aku sambung kol die lak..haha.memang seronok. 
semestar dua..hm...sem ni memang mencabar kesetiaan orang yang berjanji nak setia.. mugkin aku jugak la orang nya..masa sem satu, aku x cerita pon yang aku join BTN kat..alamak, dah lupe....ha, Ulu Kenas Perak..yup..kenangan ngan mber yang aku sayang ni memg sentiasa ada..tp nak dijadikan cerita DUNIA PENJARA TERINDAH NI ak nak kenal kan someone yang ak jmpe kt sne..tak rapat pon ngan die.tak kenal pon..name dia biar aku je yang taw ek..hehe, sory..
semestar tiga...aku rapat ngan mber BTN ni lak..member yang aku sayang tu..dah berpunya.tetiba lak ada awek. pelik gak aku... masa tu aku teringat, dia pernah cakap dunia ni penjara terindah...hanya die je yang taw ape maksud yang di cakap masa tu...sampai sekarang aku ingat kata-kata tu..

HARI YANG WUJUD DIDUNIA SELAIN TUJUH HARI SEMINGGU

hari semalam..
Hari ini...
hari esok..
hari yang berbeza-beza..
hari yang mempunyai sejuta rahsia
hari yang hari-hari penuh dosa
hari yang hari-hari pintu taubat dibuka
aku melihat hari-hari aku semakin singkat.
isnin yang lepas bukan lagi isnin yang pada hari ini
atau isnin pada hari  yang akan datang..
percayalah segalanya ada hikmah
hikmah yang tersembunyi disebalik cerita
percayalah hari semalam adalah teladan
teladan yang membawa pengajaran nyata
percayalah pada diri sendiri
diri sendiri yang berserah kepada Ilahi
jangan disebut redha sebelum usaha
jangan dikata usaha jika masih tiada apa
jangan dicakap tiada apa ketika kamu diam bicara
fikirlah sesuatu untuk diri kita
semoga hati yang bahagia akan membahagiakan orang lain juga....