Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

semakin hari semakin jauh...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

semakin hari semakin jauh...
kerna apa sebenarnya??
mungkin ini adalah cubaan...
yang semakin hari semakin berat..
perjalanan yang panjang.
semakin jauh perjalanan
semakin banyak pula ceritanya...........
cerita yang telah ditulis,,tapi masih boleh diubah..
dengan diiringi doa, usaha dan tawakal caranya...


wahai Tuhan yang penuh dengan rasa cinta..lindungilah aku,hambaMu yang naif.


                  

Merenung Renungan

Jangan menyesal dengan segala kejadian buruk yang menimpa,
kerana setiap kejadian itu ada pula teladan di sebaliknya,
memberi kita pengajaran supaya dapat perbetulkn kesilapan.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Jangan terlalu berpuas hati dengan segala tindakan baik yang telah kita putuskn,
kerana setiap kebaikan itu pasti ada kekurangannya
supaya kita terdidik untuk menjadi insan yang merendah diri.
Benar, Allah S.W.T lebih mengetahui sedang kita tidak ketahui.

Jangan mudah putus harapan apabika kita mengalami kegagalan,
kerana kegagalan itu sekadar menduga kita
supaya kita lebih kuat untuk mencapai keinginan,
dengan usaha yang berterusan tanpa mengalah.
Percayalah,sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.

Jangan terlalu gembira apabila menempa kejayaan.
Boleh jadi kejayaan itu juga dugaan,
kerana yang tersungkur tidak mungkin tersungkur lamanya.
yang berdiri tidak selalu boleh terus berdiri.
Kasihnya Al-Khaliq,akan menguji keimanan manusia..

sorry, I'm strong...


disaat semua orang dilamun cinta sesama manusia
aku masih ditakuk lama..
bagaimana? aku tidak punya teman istimewa.
ketika manusia seronok berbicara tentang cinta
aku memulakan hujah, cinta kalian tidak akan kekal lama.
bila ditanya,tidakkah kau sunyi hidup sendirian?
aku bilang, "cukuplah hanya Allah S.W.T  bersamaku."


ah..bilang saja kamu tidak laku..tiada lelaki yang mahukan kamu.
bukan kah begitu yang sebetulnya?
aku mendiamkan diri...
bukan kerana apa yang disangkakn itu betul,
bukan pula aku tidak mampu memberi jawapan.


kenapa perlu berbangga dengan hubungan yang belum sempurna?
kalian belum diakad menjadi pasangan halal disisi Tuhan.
tidak mengapa jika kalian mahu meneruskan nya,
asalkan kalian tahu akan batas yang perlu dijaga..


aku takut aku bakal mengulangi kesilapan yang sama,
kita tidak berpacaran tapi kita mesra..
mungkin tiada apa yang berlaku antara kita pada zahirnya
tapi bagaimana pula dengan batinnya..


aku takut jika aku terjebak dengan zina mata,
aku risau jika aku keterlaluan melalui hati
aku tak sanggup berbicara dosa
tidak juga aku mahu mendengar yang bukan hak bagiku..


dan yang pasti aku bukan insan luar biasa
hanya beringat untuk mengelak dosa..
-MIRA-

" if u love and miss that person,
the love can come again when u meet again,
just like playing hide and seek.
no matter where it hides or even if u can't see it,
it must  be waiting at some place for u.
amid the countless chaos,
just like the sincere prayer of love.
the people in love will surely meet again.."





dalam hati ada...??

dalam hati ada apa ek?entry kali ni aku just  nak merapu-rapu je.memandangkan aku tengah xda keje n xda moood untuk mengepos somthing yg more serius dari biasa...

biasa nya orang akan cakap :

dalam hati ada taman.
kalu ada taman makna nye mesti lah kene ada bunga,pokok-pokok,rama-rama..kumbang.hehe.
baru meriah taman kita tu an..tapi untuk siapa taman yang cantik tu??siapa tetamu vip taman kita yg ada dalam hati tu ek??

dalam hati ada bunga
bunga apa yang ada dalam hati tu?
siapa yg nk tolong jaga kan bunga tu kalau kita malas nak jaga..
bunga akan layu kalau tak disiram.


dalam hati ada kumbang
ish..kumbang pon nak isi jugak ke dalam hati tu
kumbang suka madu dalam bunga
bila  madu habis kumbang pon terbang ntah kemana

dalam hati ada dendam??
tak cantik macam tu..
kenapa  nak simpan dendam
nanti syaitan menghasut lagi dalam.



dalam hati ada iman
bagus nye kalau iman yang menguasi hati
iman bukan bunga so dia xkan layu
iman pon bukan kumbang jd dia x boleh terbang

dalam hati ada cinta??
wow..bestnye.cinta siapa yang bertuah sangat tu
kalau rasa cinta tu hilang macam mana pula
yang merana nye bukan cinta tapi hati kita


merapu sangat tak agak2??
kepada sape2 yg suke mikir je la yg paham..
faham seperti yg aku faham..hehe

jom la kite...tuttt

haha..macam pe je tajuk die.....mesti orang ingt yg bukan2 dah.

harga sebuah persahabatan

kemana kau nak lari jika bayangannya sentiasa tetap disisimu.
kemana kau nak pergi jika batinnya sentiasa menghampirimu.
tak usah begitu jadimu kerna kasih pernah terjalin antara kalian.
jika kau betul menyayangi sahabatmu,
mahukah engkau mempertahankan ikatan itu hanya di dunia sahaja?
tidakkah engkau berasa bahagia jika sahabatmu itu kekal bersama sehingga ke syurga?
jangan kecewa jika dia pernah mengecewakan engkau
kerana Allah jua lah yang tidak pernah mengabaikan hambaNya.
jangan bersedih jika dia pernah melukai engkau
kerana Al-Khaliq sedang menguji hamba yang dikasihiNya.
jangan dibenci perasaan sayang yang berlalu pergi
kerana rasa sayang itu milik kekal Ar-Rahman.
percayalah pada hikmah.
tidak akan engkau bahagia selagi kau belum kenal erti sengsara....


<04022011>

cerita pendek : aKu DaN kENanGan

suatu hari aku berjalan-jalan sendirian di sekitar Kuantan.bukan tak ada kawan nak ajak teman, tapi bagi aku berjalan sendirian tu lagi menyenangkan.. tak menyusah kan ramai orang. nak dijadikan cerita, aku terserempak dengan cikgu  aku sewaktu di kem PLKN Cheneh.. cikgu man tahi lalat org gelar dia..tak silap aku lah. memori tu almost three years,ak pun samar-samar je dengan nama cikgu-cikgu kat sana. masa tu aku sempat berborak kosong dengan cikgu,die pon masa tu tengah dukung anak die yg paling kecil..umur berapa aku tak sempat nak tanya, tapi perempuan..lepas borak tu,kitaorang ikut haluan masing2. masa tu ak teringat blik kenangan aku kat kem. cara cikgu man ajar kiteorang kawad,memamg lawak..haha. macam mana dia ajar wira wirawati bravo berkawad,  tak dapat aku sampaikan kat halaman ni sebab ia sekadar kenangan yang tergambar hanya di fikiran. tak boleh di ukir menjadi lukisan tidak pula boleh disampaikan dengan kata-kata. masa mula-mula terjumpa tu, aku agak terkejut..dalam hati aku, "aku kenal pakcik ni..pernah jumpe tapi kat mana yew??" alangkah gembira nya aku..cikgu man memandang aku dan... "chek..." cikgu memanggil.nama samaran aku kt kem, 'kechek.' sampai sekarang melekat.. rupa-rupanya cikgu masih ingat kan ank murid dia..aku plak yang terkebil2 masa tu..hehe. memori yang memang selalu bermain dalam kepala.walaupun dah lame berlalu, seperti nya baru semalam kami semua terpisah..
 "SEMUA TENTANG KITA"

nukilan jiwa..

jari jemari memegang sebatang pena cuba mencari ketenangan dalam penulisan. tiada apa yang perlu diluahkan namun jari jemariku ini  gembira mengukir aksara memeriahkan pentas tulisan, memenuhi ruang kosang. ingin sekali melakar nama insan yang dicintai namun apakan daya hati tidak membenarkan. walaupun dia bukan insan pertama, dia juga mungkin bukan yang terakhirnya.. hanya pada mu ya Allah, aku serah segala ketentuan, redha menghadapi hari-hari yang penuh liku tapi Ya Allah,kau bahagiakan lah aku pada akhirnya. bahagiakan lah insan-insan yang amatku sayangi. bahagiakan lah juga insan-insan yang tulus menyayangi ku. hanya pada Mu Ya Rabbi Yang Maha Penyayang dan Mengasihani. aku memohon segala petunjuk,pertolongan dan hidayah. Apa lah erti hidupku tanpa keredhaan dari Mu..Ya Allah. Amin...              

dan bila esok..

masih ada ke hari esok untuk kita? tu persoalan orang yang serupa macam xnak hidup dah..
hm..aku nak bagi tahu, dulu masa aku join PLKN, ada seorang cikgu ni..dia cakap
hari esok pasti ada tapi tak semestinya hari esok akan menyebelahi kita..
jadi kesimpulan nye, kita harus mempersiapkan diri kita dengan amalan yang berguna.
jangan terlintas langsung nak berputus asa hidup kat dunia ni. sebabnya,kat dunia ni kita hidup cuma sementara. apa yang penting bukan kerjasama dah sekarang ni tapi keredhaan Allah Taala.. itu pandangan aku hidup kat dunia ni... pesanan terakhir aku sebelum nak tidow ni.. utama kan lah keluarga k..hehe

bila hati berbicara "aku sudah bosan......"

 ni..lirik lagu indon..Adadi penyanyi die..memg best sngt lagu ni..i like!!haha..
 wallpaper yg aku suke2 wat..ayat sendiri punye..tp karton tu ak amik dr mane ntah..edit sikit2..
                                             saya nak jadi wanita solehah...yew!!

part paling best aku rase..aku reka sendiri ayat jiwang karat ni..memang hobi aku pon tulis2 nie..
(ni lah dia antara hasil nukilan aku time bosan..sendiri punye ni taw..)