harga sebuah persahabatan

kemana kau nak lari jika bayangannya sentiasa tetap disisimu.
kemana kau nak pergi jika batinnya sentiasa menghampirimu.
tak usah begitu jadimu kerna kasih pernah terjalin antara kalian.
jika kau betul menyayangi sahabatmu,
mahukah engkau mempertahankan ikatan itu hanya di dunia sahaja?
tidakkah engkau berasa bahagia jika sahabatmu itu kekal bersama sehingga ke syurga?
jangan kecewa jika dia pernah mengecewakan engkau
kerana Allah jua lah yang tidak pernah mengabaikan hambaNya.
jangan bersedih jika dia pernah melukai engkau
kerana Al-Khaliq sedang menguji hamba yang dikasihiNya.
jangan dibenci perasaan sayang yang berlalu pergi
kerana rasa sayang itu milik kekal Ar-Rahman.
percayalah pada hikmah.
tidak akan engkau bahagia selagi kau belum kenal erti sengsara....


<04022011>


No comments: