bohong si ayah (2)

anak-anak semakin meningkat dewasa. kini,angah tinggal di asrama sebuah sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. ada baiknya juga jika angah tinggal si asrama, fikir ayah.suatu petang ayah pergi ke sekolah angah untuk melawat anak yang tersayang. menaiki motor usang. tersenyum ayah melihat kelibat si anak menuju kepadanya. "assalamualaikum abah..," "waalaikumusalam." mereka berbual mesra.terpancar wajah kebahagian si ayah melihat anaknya seandai selesa berada dikediaman yang baru.mungkin lagi selesa untuk angah mentelaah bersama kawan-kawanya. 

"eh..apa ni?ow..goreng pisang.." tanya angah inginkan kepastian barang yang berada di dalam raga motor ayah.ayah kelihatan seperti mengelak. "angah,abah tak boleh lama di sini.abah kerja malam.jadi jaga di kilang hujung jalan ni..angah,ni abah ada belikan pisang goreng..ambil lah buat makan alas perut sebelum ulangkaji nanti.." angah mencelah, "eh,xpe la abah..angah pon baru sudah minum petang td.boleh tahan sampai malam."ayah berkeras juga serahkan goreng pisang tersebut. "angah ambil lah..abah belikan untuk angah ni. nanti mak risau pula,ingat angah tak makan tinggal kat sini.abah dh kenyang.angan ambil makan,ye."

ayah berlalu dari sekolah..dalam fikiran ayah,pisang goreng itu untuk dijadikan bekal pada malan nanti.. memandangkan dia perlu berjaga malam.tapi,tidak mengapa lah..lagipun aku tak berduit untuk memberi angah duit belanja..sekurang-kurangnya.aku tahu angah akan makan goreng pisang tu..kerana pisang goreng itu kegemaran angah..si ayah redha jika malam dia terpaksa menahan lapar. demi kerana apa?? demi kerana tidak mahu si anak kempunan dengan apa yang dilihat nya..

No comments: