assalamualaikum...
kali ni try nak post kata-kata hikmah lak..mint jgk ngan
bende-bende ni seme....
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,
tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,
nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa
dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras
tentu akan melaksanakannya.(Hamka).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya
kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa
membalasnya.(Umar Al Khatab).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu
iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui
dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama
untuk jiwanya. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu
kepada orang lain adalah bahagia.
( Hamka ).
Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu
yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,
walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain.
(Francis Becon).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab
dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,
begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa.
( maksud hadis)
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah
,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan
untuk berkenalan dengan pengarangnya.
No comments:
Post a Comment