sombongkah aku?

arini nak mengepos tentang satu..ape yek.cerita pendek kot. suka bace pasal sombongkah aku ni..amik dari note seorang kenalan kt fb.. 'ustaz penang'..aku suka buka fb die coz mcm2 note die post..seme note dia ada nasihat  yg tersendiri...


Sombongkah Aku????


Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu???
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab???

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!!!!
Bukan pada semua.........

Tapi hanya padamu,wanita yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan???
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan???
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan???

Kau bukan isteriku,perlukah kita melakukan semua itu???
Tepuk dada,tanyalah IMAN, tanyalah HATI,tanyalah DIRI wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat.
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong,  silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli.
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak ke atasku kelak
Hanya untuk isteriku,cinta halal bagiku..............




...ustazpenang...

No comments: