Showing posts with label pengajian perniagaan pengurusan. Show all posts
Showing posts with label pengajian perniagaan pengurusan. Show all posts

DIPLOMA PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN (UPDATE)

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

kepada sahabat yang tercari-cari bahan rujukan atau nota untuk subjek dlm Dip. Pengajian Perniagaan (pengurusan) SILA KLIK LINK DI BAWAH YE.. kadang-kadang ada yang tulis di ruangan komen untuk dapatkan tips atau nota-notatapi dah terlewat sy nak reply.. ok, sekarang senior nak bagi tahu, kena rajin research untuk dapatkan ilmu.. TERIMA KASIH.. good luck untuk study korang :)


  • SILA KLIK PADA LINK ( TULISAN BIRU YG BERGARIS TU ) UNTUK CARI BAHAN RUJUKAN ...


#  ASSIGNMENT / PROJEK  LINK

# SUBJEK BANKING LINK  ( BLOGGER :  LECTURER EN. AZHAR FROM POLITEK. SEBERANG PERAI )

# LAIN-LAIN NOTA TAK DAPAT DIPOSTKAN KALI NI.. format laptop ritu so seme nota terhilang.. sob3 :(



KAT MANA NAK DAPAT KAN NOTA SUBJEK TERTENTU?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Hari ni, terasa nak bagitahu sesuatu yang penting khusus nya kepada adik-adik, kakak, abang yang baru nak sambung study ke peringkat yang lebih tinggi.

koi paham..kadang-kadang aok mer nak cari bahan untuk assingment,project, presentation pun payah nak jumpa nota atau bahan nye kan? ok, LISTEN..  banyak sumber rujukan yang korang boleh dapat melalui internet, cuma boleh terima ke atau tak boleh terima nota yang korang dapat tu? jangan sampai cikgu, pensyarah atau member korang sendiri mengamuk sebab nota yang korang cari tu tak kena dengan subtopik atau tajuk yang korang dapat.

ok, disebabkan koi ni dulu study bahagian Pengurusan Perniagaan, maka nya koi cuma dapat tolong carikan sumber nota dari kos yang koi belajar dulu je la.

kalau nak buat projek..final projek la katakan.. korang boleh search perkara yang berkaitan  di :

GOOGLE SCHOLAR. kat sini banyak article, kertas projek yang boleh dijadikan bahan rujukan sebab kebanyakkan nya datang dari student seluruh dunia, jabatan-jabataan tertentu dan pelbagai pihak lagi la. Dulu pun koi banyak merujuk contoh  kertas projek kat Google Scholar ni. Taip je la apa2 yang korang nak cari.
bahan untuk rujukan asg,presentation, ulangkaji, ect. bagi subjek yang ada dalam Dip. Pengurusan Perniagaan :

1.  http://www.managementstudyguide.com (English only)
2.  http://www.scribd.com ( in Bahasa & English)
3.  Perpustakaan
4.  Para pensyarah
5.  Senior yang bijak pandai..

tak larat dah nak tulis panjang2..tengah demam. so, kalau ingat balik laman web yang lain2 tu nanti koi update ataupun korang sendiri tolong member2 yang lain mention laman web yang bgus dalam box comment ok. TQ. bye.

#tolong rajin berjumpa dengan Pensyarah..itu adalah tips yang paling berkesan untuk memperoleh keputusan dan idea yang terrramat bernas. Betul tak?? kalau tak caye tanye depa yang selalu p jumpa lecturer time study kt IPT dulu..

BILA BELAJAR SUBJEK EKONOMI...

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Bila tringat zaman study dulu, pernah dalan kelas Ekonomi, pensyarah suruh jawab satu soalan.

soalan dia berbunyi begini, "kalau awak punya gaji sebulan RM7k, awak nak beli kereta Kancil ke kereta Honda?" so.. rata-rata student dalam kelas menjawab kereta kancil.. lecturer koi tanya lagi, "kenapa kereta kancil?"

dan kami semua memberi pendapat, "kereta kancil lagi murah berbanding kereta Honda.." oleh itu, lecturer koi pun memperbetulkan hal yang sebenar.. kata pensyarah, "awak orang kaya sebab gaji ada RM7k, tak kan awak nak beli kereta murah? sebab awak mampu beli kereta Honda, mesti awak akan pilih nak beli kereta mahal.sebab apa?sebab awak nak dapatkan benda yang terbaik." huhu..sebenarnya, memang betul kata pensyarah aku..lagipun, lecturer mengajar mengikut fakta..ye dak?

kalau korang  ada gaji RM10k, tak kan nak beli kereta sorong, mesti la beli kereta BMW ke..kereta Ferarri ke kan..bawak anak,bini,laki jejalan..

itu lah lumrah kehidupan, bila pendapatan boleh pakai kita tinggi makan akan tinggi juga la perbelanjaan kita.
begitu jugak yang sebaliknya. kbai..




RINDU HABAQ ANG.. just for u psp

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

bila duk layan fb..usha2 page blogger PSP tetibe sayu hati..tengok senior2 and junior2 aku nih..untuk mengubat rindu maka koi nak upload banyak2 gambar dalam ni..aok mer, semoga terhibur la yek..
jom imbau kenangan bersama koi...

p/s :gambar adalah tidak mengikut susunan kronologi..huhu
bersama PA tersayang, Puan Anis n sahabat2.. the only DPM 6A..tak only sngt la..ade lg tercicir

kem Kelana KLKN, Pulau Ketam..ni team aku..last sem jugak ni..TERBAIK!!

1st time menjala beb..bersama roomate dan junior , fara
Mandi-manda bersama JPP, Sedim, Kedah.
1st jadi AJK untuk student baru, 2010.sem 2 bersama Anim, Linda n Aisyah..Love u all
sem 6, pendaftaran student..bersama kak Liza cyg
ce teka kat ne?? tempt penggambaran in not single kot?? nak balik raya sem 6..bersama abg Jerung Malaya..hehe


 batch terakhir MPP bg tahun 2009, menghadiri pelancaran Politeknik Premier, Putrajaya.

masa sem satu..tak silap, aku 3 org  je sem 1 yang lain seme super senior,( briging n integrasi..) TERBAIK WOO!!

Majlis Perpisahan JPP n JPK, tahun 2011..last sem aku

semngat nak turun Penang masih ada..mase ni sem 4 praktikal,,balik Pahang la..

my best roomate ever..hehe. Anim.. sem 6 dah ni, handle pendaftaran pelajar baru

sem 4 turun Penang

again with Anim.. iftar Ramadhan 2011

again n again..at the middle is Efa, mase ni naik Bukit Mertajam bertiga..berjoging la katekan..
NAK TENGOK LAGI TAK?? ok, nanti akak tunjukkan..hehe.tetibe je akak.antara kenangan paling manis bersama POLITEKNIK SEBERANG PERAI 2009-2011.











PERNIAGAAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

pagi ni aku blur saangat dengan ejaan untung..betul ke ejaan mengungtungkan ni? dulu, pernah pergi kem usahawan.boleh kira orang yang bagi ceramah masa tu orang yang berjaya la..jutawan senyap.aku lupa betul nama encik tu. beliau ada bagitahu kami, antara perniagaan yang menguntungkan tu ada empat perkara.
jual ubat, jual baju, jual makanan, dan jual barang kosmetik.. aku pun rasa betul jugak.tapi tu semua memerlukan modal yang besar kan.

so perniagaan apa yang tidak memerlukan modal yang besar? perniagaan melalui internet?? tapi mesti kena ada produk nye jugak kan?kalau cakap buat blog, upload video tu adalah perniagaan yang menguntungkan, mungkin 50/50 je..kalau ada hasil pun mungkin yang tu boleh dikatakan pendapatan tak tetap..

pendek kata, kalu kita nak mulakan perniagaan, perniagaan tu adakah akan bertahan lama, ada pelanggan yang berterusan atau berantai, produk tu menarik minat golongan mana? dan yang paling penting mudah.bukan mudah untuk kita tapi mudah untuk pelanggan la.. so. aku setuju sangat dengan 4 perniagaan yang menguntungkan yg aku tulis kat atas tadi..

jika aku diberi pilihan, aku akan menjual air..air paling laku n paling sedikit modal nya.huhu.betul la kawan2..ce jawab persoalan ni..korang sehari berapa kali minum air??ha..mesti banyak kali kan.member aku ada yang berniaga air.laku kot..masyukk.kalu buat air sedap, hari2 kita rajin berniaga..laagi la ramai orang datang kat kedai kita tu...

lagipun, Nabi  S.A.W  pun amat2 menggalakkan aktiviti perniagaan ni.yang pasti, wajib HALAL ok..
nanti koi buat entry lain plak..pasal berniaga ni..salam.



NOTA BANKING DAN INTERNATIONAL MARKETING

SALAM SEJAHTERA PADA SAHABAT MEERA..

ingatkan plan hari ni nak upload semua nota mase blajar kat poli dalam blog ni..tp dh tak boleh bukak file nye.adut..tension..habis semua fail tak boley buka.. tapi pada sapa2 yang ingin kan nota..khas pelajar poli la..sebab sylibus same je an.. saya ada bawak kan pada awak semua link lecturer dr PSP bagi subjek banking dan international marketing..

thanks kepada en. aziz (international marketing) dan  en.azahar (banking)..




takwin psp

final semakin menghampiri semua pelajar politeknik seberang perai. termasuk la diri aku ni..yang akan menduduki peperiksaan akhir pada 4 April 2011 nanti. semester ni semester pendek..belajar stakat 4bulan lebih je kot, cuti 2bulan dan...akan menjalani kehidupan sebagai pelajar untuk kali terakhir nya di PSP pada pertengahan bulan Jun nanti. insyaAllah..harapan aku, semoga segala perjalananku di Penang ni akan berakhir dengan selamat dan segalanya berjalan dengan lancar..

sekarang ni semua orang duk pulun study hard..tp aku ni gaya nya seperti orang yang taknak belajar da..sebabnya,orang lain menghadap buku.aku mengadap ni la..blog aku ni..it's okey then,kalu kita boleh manage masa kita..janji pointer maintan je..hehe. kalu bertambah jd 4.00 pon ok jgk an..kalau diizin kan Tuhan la.. Amin. minggu ni pening dengan test..even 2 subject je tp nak menghafal theory tu...bukan kegemaran ak. nak dijadikan cerita,sem ni 1 subjek tu aku kne star dalam kira2 n teory...formula tak diberi time exam nanti..dan apa yang paling memeningkan kepala budak poli sekarang ni adalah... belajar nya dalam bahasa melayu tapi final nanti soalan die pure in english..ape da...tak sistematik langsung.

harap-harap adalah perubahan nya nanti..sebab nye semua perubahan tu bermula pada sem ni..rasa macam tak patut sebab kami semua belajar nya dalam bahasa melayu..mana boleh nak sama kan terms bahasa melayu dengan bahas inggeris kan..kesian pada kawan-kawan lain yang agak lemah bahasa inggeris nya...termasuklah aku..hehe..nasib la..

diploma pengajian perniagaan (pengurusan)

aku sekarang pelajar semester lima dalam jurusan diploma pengajian perniagaan (pengurusan).
tak sabar nak habis belajar.wee.. ni antara subjek-subjek yang aku ambil dari semester satu hingga la aku semester enam nanti..

semester satu/ DPM1


A1001 PENDIDIKAN ISLAM 1
A1004 ENGLISH FOR COMMERCIAL PURPOSES 1
B1003 APLIKASI KOMPUTER
P1105 PERAKAUNAN AWALAN
P1106 PRINSIP EKONOMI
P1701 PEMASARAN 1
P2108 KEMAHIRAN GENERIK

semester dua/DPM2


A2001 PENDIDIKAN ISLAM 2
A2004 ENGLISH FOR COMMERCIAL PURPOSES 2
P 2110 APLIKASI PANGKALAN DATA
P1107 STATISTIK
P2109 MATEMATIK PENGURUSAN
P2201 PERAKAUNAN KEWANGAN 1
P5129 SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER
R2001 CO-CURICULUM

semester tiga/DPM3


A3004 ENGLISH FOR COMMERCIAL PURPOSES 3
A3007 TAMADUN ISLAM
P2113 TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN
P3117 KEUSAHAWANAN
P3118 PENGURUSAN PEMASARAN
P3119 PENGURUSAN PERNIAGAAN

semester empat


latihan industri : Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 
                        Lot 202-216, Tingkat 2, Block B, 
                        Kuantan Centre Point, 
                        Jalan Haji Abdul Rahman, 
                        25000 Kuantan, Pahang. 


semester lima



 A4004  ENGLISH FOR COMMERCIAL PURPOSES 4
 P2112  PERBANKAN DI MALAYSIA 
 P2114  UNDANG-UNDANG KOMERSAN 
 P4122  PENGURUSAN PELABURAN 
 P4123  PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 
 P5127  KEWANGAN PERNIAGAAN


semester enam



A5004 ENGLISH FOR COMMERCIAL PURPOSES
P5125 INSURANCE PRINCIPLES AND PRACTICES
P5126 INTERNATIONAL MARKETING ASPECT
P5128 BUSINESS STUDIES PROJECT
P5128S BUSINESS STUDIES PROJECT (SPSS)
P5601 PRODUCTION MANAGEMENT


kepada siapa-siapa yang mahukan contoh repot latihan industri boleh je bertanye pada aku..tak loket punya la.hehe..