aku masih tercari-cari akan kebenarannya..
Subhanallah..yang menciptakan alam dengan berpasang-pasangan..
aku dan pasangan ku..
sudah pasti antara seorang perempuan dan  lelaki..
yang terbaik tidak layak untuk ku..
namun yang terbaik itu juga yang aku perlu..
Ya Rabbi,
kenapa harus begini jadinya..
sedang kau sudah temukan aku dengan yang terbaik itu,
kau pisahkan pula..
adakah aku sedang melawan takdir mu, Ya Khaliq??
Aku memohon Ya Allah..dengan titsan mata kesal dan merana..
Kau kembalikan keadaan yang seperti dulu..
Aku mencintaimu siang dan malam..
Ya Allah..aku merayu..
kau telah jadikan aku sebaik2 nya..
janganlah diakhir ku Kau jadikan aku..
jadikan aku hambaMu yang paling sia-sia...
Ya Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...



bahasa jiwa bangsa

assalamualaikum.. dan salam sejahtera. sihat ke sahabat mirasemua??

dikala petang yang hambar,hujan membasahi lantai bumi kuantan..sayup,dingin lagi sejuk tubuhku seperti hatiku yang sedang sayu dilanda ombak derita..cewah,ayat aku..macam puitis sangat je..

disaat aku duk diam je kat rumah, tak pergi kerja pun hari ni,ada masalah peribadi ket.. (sob3), aku terfikir sampai bila ja hayat bahasa melayu kat Malaysia ni. Kalau betul bahasa Melayu bahasa ibunda kat negara aku yang tercinta ni,kenapa tak buat macam negara Jepun?? siapa2 yg nak berurusan dengan negara jepun, lebih baik  kena kuasai bahasa jepun.. tak macam kat tempat kita.. mungkin sebab faktor negara kita masih negara membangun, belum semaju negara macam Jepun sendiri, US.. sebab tu kat negara kita, penduduk tempatan pun kena mahir dalam bahasa English or Mandarin sekarang ni kalau nak minta kerja..

bayangkan lah..kawan aku nak minta kerja kat satu syarikat ni, belum apa2 lagi, orang tu tanya boleh bercakap dalam bahasa english tak? kawan aku jawab la tak, then stuff tu cakap kalu nak minta kerja kat sini kena pandai bercakap dalam english..kawan aku pergi macam tu je.kesian kan..tak diberi peluang langsung.

pengalaman aku sendiri, aku pernah hadiri satu bengkel ni, terjumpa la dengan seorang artis, dia jd fc kot kt bengkel tu..ntah,aku pun tak tahu.. dia cakap die lagi selesa dan senang bertutur dalam bahasa inggeris.. dia terangkan pada kami, lagi senang nak  ucapkan 'i love you' dari 'saya cinta awak..' bagi aku, memang la lagi selesa sebab benda tu dah jadi tabiat dan kita sebut tiap2 hari..so, xda rasa janggal dah.

pape pun.. rakyat Malaysia, martabatkan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu...yes!! bukan kuasai satu bahasa je semata2, bila dah mahir dalam bahasa lain, tu dah kira kredit untuk kita kan.. (sekadar pandangan peribadi dan luahan kerisauan je..)

sekian..terima kasih :) assalamualaikum..



aku bukan lagi seorang penganggur..

assalamualaikum.. dan selamat petang

sekarang,jom dengar aku bercerita tentang apa yang berlaku dengan hidup aku sekarang..
pada 5hb 12 yang lalu aku telah menghadiri satu sesi temuduga di HQ BUMI TERUS MAJU, jaya gading. memandangkan aku candidate yang paling last,tempoh aku ditemuduga agak singkat berbanding calon lain yang mengambil masa hampir 30 minit setiap seorang.masa aku hanya 10 minit..jauh beza sbb mungkin dah masuk waktu lunch. aku ditanya dengan bermacam soalan tp yang paling aku ingat sampai sekarang adalah.. ada basic akaun tak?? aku jawab dah awal2, aku x terrer akaun..haha..then, paling lewat pkul berapa boleh balik kerja..aku jawab pkul 2 3 pagi pun xpe.. (dengan hati yg ikhlas nih..) ke-3 lak soalan nya adalah datang kerja dengan apa?? padahal aku belum diterima bekerja lagi..aku pun jawab ayah yang hantar. lastly soalan dia, bila paling awal aku boleh datang melapor diri?? aku pun jawab esok pun boleh..

nak dikatakan dah jadi rezeki aku, petang tu dalam pukul 3 aku menerima satu panggilan telefon.. 'cik shamirah,awak diterima bekerja di bumi terus maju batu 6 sebagai pembantu penyelian bahagian akaun dan pentadbiran..'amik kaw, kena wat kerja akaun..tp aku tak kisah sebab aku dah bagi taw awal2,kalu aku dapat kerja bahagian akaun, aku nak seseorang untuk membantu aku dalam bahagian akaun.. alhamdullillah.. aku jadi partner ngan kak ct.bagus orang nye..mengajar aku wat kerja satu per satu..thanks kak ct...selain itu, kak atul turut menjadi akak aku kat depatment tu...huhu..nasib baik aku diantara yang muda kat sana..boleh nak manja2 ket..lalala..

xmo jd macam ni...x suke xsuke..

sekian dulu deh...oh,lupa lak,aku start bekerja pada 7hb 12 tahun 2012..sekian, salam..


aku seorang penganggur..

assalamualaikum..sahabat meera

sekarang aku da berada di kuantan setelah pulun untuk 2hari paper semester last. tak sangka walaupun just untuk 2 hari dan tiga paper je,tapi nak menjawab tu...adoy. Tuhan je yang dapat selamat kan result final aku.
sekarang duk hold dulu perancangan nak buat apa. untuk sementara waktu ni aku amik kerja separuh masa aka part time mengecat rumah pak cik zul..huhu..memandangkan aku je yang ada kat rumah..akak aku yang lain sibuk bekerja,aku la yang menjadi mangsanya...wa3....

hope...zaman tanam anggur aku tak lama.coz money is everything in this world even  though everything  is not for money.. betul ker ayat aku ni...untuk pengetahuan job seeker n job hunter, aku adalah seorang pelajar yang baru tamat pengajiannya dalam bidang diploma pengajian perniagaan pengurusan.... :) (promot3)

nanti kita jumpa lagi k..terima kasih kerana sudi melepak di taman sahabat meera walau untuk beberapa saat sahaja.. thumb up lah untuk korang semua..
salam...

aku mahu berjaya...kunci nya : doa,usaha,ikhlas dan tawakal..... bagi pendapat aku la..

Salam Aidiladha, 10 Dzulhijjah 1432

asalamualaikum dan salam raya korban kepada semua sahabat meera yang beragama islam...

 hari ini apa cerita??dah makan rendang tok ke..atau ada yang kali pertama menolong orang kampung sembelih daging korban? apa-apa pun hepy2 la sokmo yew. Mira hari ni beraya di Penang bersama empat orang teman yang tak balik beraya kat kampung masing2..huhu..kesian kan, tak pe lah, mintak2 ni raya terakhir kami sebagai anak perantau.tahun depan kalu dipanjangkan umur,beraya dengan famili pulak..mungkin juga beraya dengan famili baru,siapa tahu kalu dah sampai jodoh kan..keh3 (gatai nak kahwin nampak..)

so kalau nak tahu apa juadah kami pada raya kali ni,jom la terjah gambar kat bawah ni :)

ni juadah kami di malam raya..yum3..sate

ni kami punya juadah di pagi raya..hahaha..xpernah buat dek orang kan


sekian sahaja...salam.. :)


without ALLAH S.W.T i am nothing

assalamualaikum..selamat tengah hari SAHABAT MEERA..

suka dengan perkataan ni.. WITHOUT ALLAH WE ARE NOTHING..yesss!!



tu je setakat hari ni..smile!!salam..

HIKING @ BUKIT MERTAJAM, PENANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG.. =)

hari ni mood tak berapa nak ok sebab tak berapa nak sihat..but anyway, mood untuk blogging sentiasa ada cuma masa je tak mengizinkan...  :)

tujuan  meera blogging malam ni just nak update aktiviti terbaru meera iaitu..mendaki di Bukit Mertajan,Penang.. untuk pertama kali nya pergi kesana walaupun dekat ja dengan poli sebenarnya..lalala..
hari sabtu. 15 Oktober 2011..bermula nya pendakian pada jam 8.40am.. agak lewat la kot..sebab menunggu Sharifah Nurfadhilah Al-habsyi bangun dari tidur..hehe..lagi seorang teman, nur farahanim awaluddin pun join sekali..
 kalau nak tahu dengan lebih lanjut,kemana sebenarnya lokasi kami, rajin-rajin kan jari sahabat semua clik link ni -----> ok.hehe http://jhn.penang.gov.my

ni la dia.. sharifah nurfadhilah

nur farahanim

hehe..bersama adik haikal..baru berkenalan jer..tak kenal pun..




dari atas bukit mertajam..boleh lihat tasik menkuang, kan..


nak balik dah..jauh ditinggalkan...lalala


turun bukit..kita minum duluu..





















me and my pict..

assalamualaikum dan selamat malam untuk semua..

sihat tak sahabat meera semua..dah makan ke belum?? malam ni tak berniat untuk post panjang-panjang.. just nak berkongsi dengan sahabat semua tentang hobi.. i love snap pict..kat mana-mana pun,bila-bila masa.. bukan pro pon,amatuer jer..hehe.kamera pun pkai kamera henset..

kat bawah ni meera ada snap gambar waktu nak maghrib dah,even org ckp tak elok nak buat kerja waktu hujung senja kan..lokasi : dewan seri mutiara,politeknik seberang perai. ketika : lepas habis taklimat pengkuhususan organisasi dan kelab persatuan.. :)







youth define : shape our future @ usm,penang

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Pada 8 Oktober 2011, meera berkampung di USM,Penang untuk menghadiri program Youth Define : Shape Our Future. program apa tu?? ha, itu lah dia program dari myHarapan, Youth Trust Foundation. Program ni memperkenalkan kepada belia-belia tentang apa itu ETP dan GTP. program yang dapat membuka minda dan secara tak langsung dapat menambahkan lagi pengetahuan  kita.. walaupun semalam  ada hari sukan kamsis peringkat politeknik seberang perai, tapi meera nekad juga untuk menghadiri program di USM. apa kan daya,hati dah berbelah bahagi sebenarnya nye,,ye lah, mungkin semalam adalah sukan kamsis terakhir sebab tahun depan meera tak ada kat poli..sudah habis mengaji kata orang kelantan.. kalau nak tahu dengan lebih lanjut apa itu myHarapn, boley la layari http://myharapan.org


 with my bff, farahanim and linda kat bawah ni..

                                                  





                                                                                                                       
                                                       

                                                    


                                                                                                        
 
                                                    


                                                            
                                                  

                                                           komik pasal ETP dan GTP




:)

gomo Kelantan gomo.. :)

Assalamualaikum.........

Selamat petang semua sahabat dan kenalan. Sekarang saya berada di Kampung Tendong, Pasir Mas, Kelantan bersama salah seorang sahabat Mira yang sememangnya orang Kelantan.. Padahal baru je minggu lepas Mira balik ke Kelantan bersama 4 lagi rakan sekelas Mira untuk menyiapkan projek untuk semestar akhir DPM.
3hari 2 malam kami  berkampung di Kampung Kor, Kota Bharu iaitu kampung Mira belah ayah. projek kami bertempat di Kampung Banggol Judah, Machang.. Projek apa?? hehe, projek berkaitan dengan produk ikan keli..belah utara tak ada orang yang sanggup teruskan untuk keluarkan produk berasaskan ikan keli seperti serunding ikan keli, pekasam ikan keli,keropok lekor ikan keli pon ada. Sapa kat taman Sahabat Meera ni yang minat sangat dengan ikan keli?? boleh la share maklumat atau cerita.kan3?
 Bulan Oktober ni kami akan mengadakan pembentangan VIVA tentang prjek kami ni.. kami telah pergi ke kediaman Puan Siti Zubaidah, empunya produk berasaskan ikan keli ni iaitu serunding ikan keli yang berjenama CT-Aji... bukan tu je, puan Siti ni pon ada keluarkan keropok bawang  (serunding n keropok bawang ni sangat2 best) dan beberapa bisnes lain dibawah nama SZM Resouces... ni laman web dia..jemput la singgah tengok yew.. http://site.ct-aji.com.my
sampai sini dulu..doakan pembentangan kami bejalan dengan lancar k.terima kasih :)
salam.....






ni la dia serunding n Karipap mini yang best tu.. :)


 Ikan keli garam kunyit



salam lebaran..

assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA YANG SUDI BERJALAN-JALAN
DI TAMAN SAHABAT MEERA..
KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM,SAHABAT2,
MA ABAH,ADIK-BERADIK
MOHON DIMAAFKAN SEGALA SILAP DAN SALAH...
JANGAN LUPA KUNJUNGI PUSARA ORANG YANG TELAH MENINGGALKAN KITA
SEKIAN,TERIMA KASIH...




sedikit bingkisan...

assalamualaikum..

kawan2..SAHABAT MEERA semua,sudah siap bersahur ke semua. jangan lupa solat subuh yew.. sedikit masa yang tinggal ni (sebab banyak benda lain lagi nak buat),saya nak borak2 kosong sekejap..tak ada la kosong,harus diisi dengan ilmu bermanfaat dalam taman  ni..

untuk bertegur2..berpesan-pesan dengan kebaikkan,tidak perlu menunggu diri kita menjadi seorang ustaz,ustazah atau ahli ulama sekali pun..sebab kalau kita nak tunggu diri kita jadi sebaik itu.(.insyaAllah),
sampai bila-bila pun kita tak akan maju,tak ada improvment dalam diri kita..kalau ada sahabat kita yang jenis tak makan saman,tegur banyak kali pun masih buat tak tahu..nak buat macam mana kan..kalau dia dah rasa diri dia betul sangat..dalam agama kita pun,kita disarankan untuk menegur seseorang tu cukup setakat tiga kali.. selepas tu,tanggungjawab kita dah lepas...

akhir kata,sentiasa perbaiki diri kita..biar tak banyak,biar sekadar secebis perubahan..tapi kita sebagai manusia yang bertamadun harus ada sikap ingin berjaya dan ingin menjadi yang terbaik..kan3?? dan yang paling penting, jangan cepat mengalah..sebab umat nabi Muhammad S.A.W bukan umat yang lemah dan mudah berputus asa.. peace! =)







singgah tengok iklan raya jom..

assalamualaikum...

selamat berpuasa pada semua umat islam yang berpuasa..hari ni dah 18 Ramadan..korang semua baju raya,kasut raya,kuih raya dah siap ke belum. Baru je tadi member baik aku, farahanim mai bilik ni nak ambil kad bank dia..nak shoping kasut raya kata nye.. untung la dah dpt shoping macam-macam..aku je duk terperuk lg dalam bilik ni.tak tahu la bila nak p shoping..korang ada sapae2 nak teman tak??hehe. jom  la jumpe kat Kuantan nanti.. tujuan aku pagi ni just nak hiburkan hati korang dengan iklan2 raya..raya pun raya jugak tapi tarawih jangan lupe join skali..bukan nye apa..memang la tak wajib tapi solat tarawih ni special..ibarat bonus tahunan la..bukan selalu ada pon..skali setahun jer. kan3?? hm..korang tengok la video ni  dulu sebelum nak keluar dari taman SAHABAT MEERA NI..ok????

pada korang yang dh lame tak balik kg jenguk mak ayah..ni la masa dia...hayati iklan raya ni..k =)

                                                  hehe..aku suke iklan nih.. ;)



tu je la setakat ni ek..hehe







berilah aku petunjukMu..Ya Rabbi

wahai Tuhan..
sungguh,manusia itu kejam..
kami kejam terhadap diri kami sendiri..
disaat berduka,ketika itu hati sujud kepadaMU..
disaat senyuman terukir dibibir..hm..
aku lupa kepadaMu Ya Allah.

Ya Rahman..
kasih sayangMu sungguh,
tidak dapat dibandingkan dengan satu apa pun..
tetapi kami alpa..tidak sedar akan nikmat itu.
masih ditakuk lama,nafsu menguasai diri..
kami malu Ya Allah..malu meminta keampunan dariMU.

Ya Khaliq..
yang menguasai langit dan bumi,
masihkah ada peluang untuk kami..
kembali kejalanMu seperti mereka yang telah engkau redhai
janganlah Kau palingkan wajah daripada kami,
sedang kami masih dalam kegelapan..

Ya Allah...
jiwa aku sudah terpaut kepada agamaMu..
walau zahirnya ia tidak kelihatan, wahai Tuhan.
berilah aku petunjukMu,Ya Rabbi.
kami memohon kepadaMu..dengan tangisan keinsafan
janganlah Kau jauh diriMu daripada kami,
sedang kami ingin sekali mendekatiMU.......

SALAM RAMADHAN KEPADA SEMUA SAHABAT DAN TEMAN SAHABAT MEERA YANG BERAGAMA ISLAM...TEGUHKAN IMAM..INSYAALLAH..KITA BOLEH.



Bahasa Melayu indah sekali...

assalamualaikum...

mak ai..lame giler dah tak lepak kat sini..nak kata sibuk tu tak juga tapi broadband xdop nk men update sokmo blog ni.. hari ini aku nak jadi cikgu..cikgu apa??? cikgu bahasa melayu.nak kenalkan pada korang semua peribahasa dan sinonim yang jarang mungkin orang mendengarnya..

  • abang kendong > abang angkat yang kemudian menjadi kekasih.
  • aci kerat jari > yakin akan terjadi.
  • bagaimana disepuh emas lancung,kilat tembaga nampak jua > gambaran seseorang yang memiliki tabiat yang tidak baik.walaupun diberi nasihat, perangai nya tetap tidak berubah.
  • bodoh sepat > pura-pura bodoh
  • bongkok baru betul,buta baru celik > sombong kerana baru kaya dan mendapat pangkat.
  • boleh balik kampung > tak nak ambil peduli lagi.
  • tahi kucinglah > tidak percaya.
  • nyiur koman > orang yang tak berguna.
  • hodoh hak kita,molek hak orang > milik sendiri tentu lebih disayang walaupun buruk.
  • pengayuh sayang dibasahkan,sampan takkan sampai ke seberang > takutkan kerugian yg sedikit takkan dapt keuntungan yg besar ; kalau tak berusaha tidak akan daat mencapai kejayaan.
  • suka hati di dada, ringan beban di bahu > pekerjaan yang berat sekali pun, jika minat melakukan nya tidak akan terasa beban nya.

ok..sape2 yang rasa suka buat karangan, selit lah sekali bahasa2 puitis ni...bahasa melayu kan indah..tak gitu?? masuk exam pun boleh dapat markah lebih ni..hehe..salam. 




best tengok kampung zaman dulu2.aman je



kali terakhir mungkin..

assalamualaikaum...

selamat petang sahabat2ku sekalian...dah lunch ke belum kamu semua??
insyaALLAH hujung tahun ni aku akan menamatkan pengajianku di Penang.. mugkin ini kali terakhir aku akan handle semua aktiviti yang ada di politeknik tu.huhu..memang akan rindu banget nanti. dan mungkin jugak kali terakhir aku menjejakkan kakiku ke Penang..sapa taw an..dah keluar dari penang jalan nak ke sana pun dah tak ingat..perjalanan selama 3 tahun yang sangat3 bermakna sebab di sana hidup aku berubah..Alhamdulillah.. walau pun tak sebagus orang lain tapi aku  bersyukur..

guys..aku sayang korang semua..member baik DPM,DJL,DMT...adik2 junior yg aku sayang banget..hehe.. ada rezeki kita jumpa lagi k... perjalanan aku selepas ni?? mungkin  cari kerja.time to sara hidup keluarga lak..asyik family jer yang sara hidup aku..tak cantik macam tu. thanks to abah n ma n my sisters and brothers.
sambung study?? memang aku nak sangat..kalau ada rezeki boleh. k la.nak pergi dulu..jaga diri korang semua baik2..hidup kat dunia ni sekali je..beramal la banyak2 sebelum terlambat. assalam...





aris ariwatan : cinta 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan



first love is always forever... ♥♥♥



                                                  اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

who was your first love..?? I have been  thinking about that for many times but i still not find the answer yet. aku tak rasa pun lelaki yang pertama yang berjaya mencuri hati aku adalah cinta pertama kerana selepas itu aku terjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari yang sebelum tu.. jauh beza nya dan aku rasa dia lelaki yang terbaik pernah aku jumpa.

but that boy still not my first love because he was the second one..hehe. sampai la aku berada di penang..finaally..aku berjaya mencari cinta pertama aku yang sebenarnya. alhamdulillah.
macam mana aku berjaya jumpa dengan cinta pertama tu?? aku selalu berdoa supaya hati aku menemui sesuatu yang benar..dan aku dah jump pun. rasa sangat rindu bila tak bertemu..susah senang aku Dia yang jaga...

apa yang aku buat?? asal ada masa free aku akan berjumpa selama mana yang aku nak.. mengabdikan diri hanya padaNya..yes!! my first love is Allah S.W.T.. and everybody should be   like that too. memang aku tak nampak..semua orang tak akan pernah nampak siapa tuhan mereka..tapi kita diberi akal untuk berfikir dan hati untuk merasa bahawa Allah itu wujud. 

rasa sangat seronok..hati jadi tenang..masalah ada pun macam tak ada.so,hidup mesti ada pedoman.. berpandukan kalam suci, al-Quran dan hadis....... sekarang aku agak tergelincir..terbabas pun ada.but i will try my very best to be a good muslimah.. insyaALLAH... korang-korang yang baca,membaca dan terbaca entry aku  ni tolong lah doakan untuk aku sekali yew...thanks.. may Allah bless us.


jom usha-usha..kereta.

selamat petang semua..jom teman aku usha2 kereta yang ada dalam dunia ni...jom la....

kereta ni dikatakan kereta paling selamat kat dunia..yedop??
sesuai utk si dia yang kecik molek..hehe
kereta polis termewah dah ni kot..
kereta terburuk di Malaysia??
antara tercantik di Amerika..
BMW ??