Bahasa Melayu indah sekali...

assalamualaikum...

mak ai..lame giler dah tak lepak kat sini..nak kata sibuk tu tak juga tapi broadband xdop nk men update sokmo blog ni.. hari ini aku nak jadi cikgu..cikgu apa??? cikgu bahasa melayu.nak kenalkan pada korang semua peribahasa dan sinonim yang jarang mungkin orang mendengarnya..

  • abang kendong > abang angkat yang kemudian menjadi kekasih.
  • aci kerat jari > yakin akan terjadi.
  • bagaimana disepuh emas lancung,kilat tembaga nampak jua > gambaran seseorang yang memiliki tabiat yang tidak baik.walaupun diberi nasihat, perangai nya tetap tidak berubah.
  • bodoh sepat > pura-pura bodoh
  • bongkok baru betul,buta baru celik > sombong kerana baru kaya dan mendapat pangkat.
  • boleh balik kampung > tak nak ambil peduli lagi.
  • tahi kucinglah > tidak percaya.
  • nyiur koman > orang yang tak berguna.
  • hodoh hak kita,molek hak orang > milik sendiri tentu lebih disayang walaupun buruk.
  • pengayuh sayang dibasahkan,sampan takkan sampai ke seberang > takutkan kerugian yg sedikit takkan dapt keuntungan yg besar ; kalau tak berusaha tidak akan daat mencapai kejayaan.
  • suka hati di dada, ringan beban di bahu > pekerjaan yang berat sekali pun, jika minat melakukan nya tidak akan terasa beban nya.

ok..sape2 yang rasa suka buat karangan, selit lah sekali bahasa2 puitis ni...bahasa melayu kan indah..tak gitu?? masuk exam pun boleh dapat markah lebih ni..hehe..salam. 




best tengok kampung zaman dulu2.aman je



No comments: