bila dimalukan oleh selipar sendiri :p

assalamualaikum...

buat apa kamu semua??pulun final ke...sekejap je singgah taman ni..just nak bercerita satu cerita ngan awak semua..petang kelmarin konon nya nak hilangkan tension,pergilah ke tasik PSP ni..menikmati pemandangan indah la konon nya..tengok ikan,pokok-pokok..tapi,sebelum pergi ke tasik,singgah la kejap kat cafe..member nak beli nasi goreng..nak kongsi dengan ikan-ikan dlam tasik tu..

sepanjang kat cafe tu,aku dah merayap kat banyak tempat dah..p koperasi dulu,cari barang..p tengok notice board JPP..tapi tak ada berita menarik pon kat board tu..masa aku pergi menuju ke arah kawan aku yang nak p ambil sudu plastik kat cafe tu..ada sekumpulan lelaki,duduk kat satu meja ni..ada la dalam 5 ke 6 orang..salah seorang dari group tu tetiba tegur ak..dia tanya "baru bangun tidur ker??" aku tak faham kenapa budak tu tanya aku soalan tu,aku buat tak tahu je lah....

ha,tiba masa nya aku menuju ke tasik...nak hilang kan tension la kan..hurm,aman rasa duk kat tasik. teringat lak tasik kat sekolah aku dulu. SMK Bukit Rangin..sekolah tu natural beauty beb..haha.ada tasik,ada bukit..belakang sekolah tu pulak ada hutan.. teringat jugak la tasik kat kem aku...Kem PLKN Cheneh Cemerlang..aku pun duk la bertenggek kat tepi tasik tu bersama kawan aku, Siti Maslinda. aku tengok ikan-ikan dalam kolam tu,dan aku terpandang pula kat kaki aku..aku tengok seliper... " Ya Allah. ti,selipar aku!!"

nak tahu tak apa dah jadi pada seliper aku? hurm..malu nak beritahu.. aku tersalah pakai selipar..sebelah kanan seliper nya warna biru, sebelah kirinya pulak warna merah...waaa.di saat aku nak hilangkan tension tu,semakin parah pulak jadinya.. sekarang aku dah faham kenapa lelaki kat cafe tadi tanye aku soalan macam tu...MALU NYE SAYA!!

sekarang,aku p mana-mana,aku pandang bawah dulu..hehe.tengok selipar takut tersalah pakai lagi..hehehehe.. skia dulu cerita lawak dari saya.. bukan niat nak memalukan diri sendiri,tapi sebagai pengajaran untuk saya dan orang lain jugak..sekian..assalam.

macam ni la lebih kurang selipar yang aku pakai aritu..hehe. 




writing is my passion

assalamualaikum dan selamat pagi semuaa..

hello friends..how do you do? first of all, I would like to thank you to all of you for walking around my site.. a very cutest smile for you, friends.. :) nothing much to say this morning because I need to prepare for  my test this evening at 2.00pm. Banking in Malaysia Test..
ok..stop cakap mat salleh coz I tak pandai sangat pon.haha. Actually, pagi ni tetiba lak fikirkan sesuatu.. pagi2 macam ni memamng elok sangat la kalau kita muhasabah diri jap an.. kadang-kadang pilihan yang kita ambil tu just memudaratkan diri kita sendiri je..yelah,bukan semua perkara kita akan dapat tahu akibat dan kesan dia immediately, right? macam aku la..mana la nak tahu kalau seseorang tu bila dah berjanji dengan kita, dia akan hold deal tu.. because some people very easier to forgot their promises.. then what happend to me??
hurmm.macamana nak mulakan?? ok,kita sebagai muslims kene percaya dengan takdir..ketentuan yang telah diaturkan pada kita...so, apa-apa pon..kita kena berpatah balik pada Pencipta kita.. Allah S.W.T.. bila kita minta sesuatu, kita kena yakin Tuhan akan tolong kita...tu yang berlaku pada aku sekarang.. persoalan yang dah tertanam dalam kepala ni almost 4 years..then akhir nya. aku dah jumpa kebenaran tu.. Alhamdulillah..

so..sekarang memang dah takda dah persoalan yang banyak tanda ?????? bagai nak pecah kepala ni.. thanks to Allah S.W.T..sangat2 bersyukur.. tapi ada sedikit terkilan sebab aku tak yakin dengan ketentuan qada dan qadar aku..tu dulu3 punye cerita la.. apa-apa pon,walau seteruk mane pon kita..even seburuk mana pon diri kita ni..hubungan kita dengan mak ayah kena jaga..dan yang paling penting hubungan kita dengan Dia. jangan jauhkan diri kita pada Al-khaliq..sesungguhnya kita adalah golongan yang rugi kalau sombong dengan Tuhan..

sekian sahaja...kuliah pagi pada hari ni..
nampak nye kita dah lari dari tajuk post aku kali ni..hehe..
(ok je kot..aku kan minat menulis..)
jumpa lagi..ilalliqa'...









dengar lah wahai hati yang terluka

 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


"Jika ada sesiapa pinta Cintamu, katalah ia untuk ALLAH, Rindumu untuk RASULULLAH dan Kasihmu untuk IBUBAPAmu..tapi jika dipinta Keikhlasanmu berilah pada yang tahu Menghargainya."

wahai hati yang rapuh,
jangan bersedih jika kau dilukai..
kerana ia adalah ubat ketabahan.
yang disaluti iman dan taqwa..

dengarlah sahabatku..yang pilu hatinya..

 "Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari."

wahai hati yang rapuh..
apa khabar jodohmu hari ini?
adakah dia bersedia memimpinmu ke jannah
yang panjang perjalanannya..
tak terduga payahnya..

wahai hati yang rapuh..
serahkan segala pada Al-Malik
kerna Dia lebih berhak..
percayalah..insan yang ditakdirkan untukmu,
juga sedang menanti dirimu,serinkandi syurganya..

semoga hatimu luhur mengejar cinta Ilahi..
sahabat meera...










orang yang cepat give up itu adalah orang yg pemalas.....

assalamualaikum.....

sahabat-sahabat,tengah buat apa tu..makan sambil  melepak kat taman ni?? tengah cari bahan asg pon ad ke... apa-apa pon I harap u all happy la selalu ye. bila kita happy, stress pon tak berani nak kacau kita.. Actually, nak kata aku tengah happy pon tak juga ni..bukan ape,tetiba lak rasa give up!! malas nak buat tu,malas nak buat ni..huh. ha,kan dah terbukti, orang yang give up ni orang yang pemalas.. kalau korang tak percaya, ce korang perhatikan siapa-siapa la..bila mereka ni tak berjaya membuat sesuatu, mesti mereka semua ni akan berhenti buat kerja tu..paling best mereka cakap macam ni.. "huh,malas aku buat dah.." tak pun, "dok rok cetong doh ambe lani...malah wak doh..ikot mung la nok wak bende lok.."haha..saje je tu nak tambah perasa.

so,kawan-kawan semua..aku ada macam-macam jenis member..macam korang tak da lak kan.. :p
kebetulan pula aku ni suka ngat perhatikan orang ramai..mesti kalu aku duk pandang mana-mana mamat tepi jalan dorang perasaan aku syok kat depa..ntah pape la..ok,sambung cerita.. aku tengok member aku yang sorang ni..nama dia... Aina. die budak pandai, even kalau dia ponteng kelas pon serupa mcam dia datang kelas jugak..result grmpak je selalu. aina member aku yang tak pernah merungut kata kerja yang di buat tu susah..so, apa yang dia buat??? dia buat je la keje tu sampai siap..haha.. seorang yang cepat belajar.. dat's y dia tak selalu bising kot.
kalau aku?? aku sorang yang pemalas tapi kerja yang aku dapat tak pernah tak siap..suka buat kerja last minit..then bila tak dapat buat,aku meniru je..tapi itu dulu punya cerita..hehehe..sekarang.nak di jadikan cerita..pukul 2 3 pagi pon aku kacaw memeber aku yang suka tidur lambat..text dorang..tanya apa-apa soalan yang tak paham dalam kelas..tu la jadi nya bila semangat tak bertempat..habis semua member aku kacau pada waktu dan ketika yang kurang sesuai..

ingat ye..orang yang cepat give up itu adalah orang yg pemalas.....so,kalau korang tak nak orang mark kalian sebagai budak pemalas,jangan cepat sangat nak give up tu..korang merungut macam2 bukan orang suka pon..aku pon tak suke orang duk merungut kat aku,benda simple je pon tapi tak da apa-apa  pembaikan pon yang depa buat..serupa macam tin kosong da...

salah satu cara nak menigkatkan motivasi diri..ni dari orang yang bertauliah ni..bukan aku reka semata-mata..
PUJI LAH DIRI SENDIRI SECARA LEMBUT DAH HALUS, "BAGUS SAYA HARI INI" SAMBIL MENEPUK BAHU KITA SENDIRI.. (aku pernah juga buat..bukan buat depan orang.riak nama nye tu..then aku rasa seperi orang lain yang sedang memuji aku,sebab ada nya komunikasi badan..masa kita tepuk bahu kita tu,then kita puji diri sendiri...rasa lebih menghargai diri sendiri ;P )










find out japan: earthquake 2011


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ