اَلسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Jika ada sesiapa pinta Cintamu, katalah ia untuk ALLAH, Rindumu untuk
RASULULLAH dan Kasihmu untuk IBUBAPAmu..tapi jika dipinta Keikhlasanmu
berilah pada yang tahu Menghargainya."
wahai hati yang rapuh,
jangan bersedih jika kau dilukai..
kerana ia adalah ubat ketabahan.
yang disaluti iman dan taqwa..
dengarlah sahabatku..yang pilu hatinya..
"Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak
sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya
walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita
bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah
seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak
mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya
meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita
kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu
tapi harus dicari."
wahai hati yang rapuh..
apa khabar jodohmu hari ini?
adakah dia bersedia memimpinmu ke jannah
yang panjang perjalanannya..
tak terduga payahnya..
wahai hati yang rapuh..
serahkan segala pada Al-Malik
kerna Dia lebih berhak..
percayalah..insan yang ditakdirkan untukmu,
juga sedang menanti dirimu,serinkandi syurganya..
semoga hatimu luhur mengejar cinta Ilahi..
sahabat meera...
No comments:
Post a Comment