bahasa jiwa bangsa

assalamualaikum.. dan salam sejahtera. sihat ke sahabat mirasemua??

dikala petang yang hambar,hujan membasahi lantai bumi kuantan..sayup,dingin lagi sejuk tubuhku seperti hatiku yang sedang sayu dilanda ombak derita..cewah,ayat aku..macam puitis sangat je..

disaat aku duk diam je kat rumah, tak pergi kerja pun hari ni,ada masalah peribadi ket.. (sob3), aku terfikir sampai bila ja hayat bahasa melayu kat Malaysia ni. Kalau betul bahasa Melayu bahasa ibunda kat negara aku yang tercinta ni,kenapa tak buat macam negara Jepun?? siapa2 yg nak berurusan dengan negara jepun, lebih baik  kena kuasai bahasa jepun.. tak macam kat tempat kita.. mungkin sebab faktor negara kita masih negara membangun, belum semaju negara macam Jepun sendiri, US.. sebab tu kat negara kita, penduduk tempatan pun kena mahir dalam bahasa English or Mandarin sekarang ni kalau nak minta kerja..

bayangkan lah..kawan aku nak minta kerja kat satu syarikat ni, belum apa2 lagi, orang tu tanya boleh bercakap dalam bahasa english tak? kawan aku jawab la tak, then stuff tu cakap kalu nak minta kerja kat sini kena pandai bercakap dalam english..kawan aku pergi macam tu je.kesian kan..tak diberi peluang langsung.

pengalaman aku sendiri, aku pernah hadiri satu bengkel ni, terjumpa la dengan seorang artis, dia jd fc kot kt bengkel tu..ntah,aku pun tak tahu.. dia cakap die lagi selesa dan senang bertutur dalam bahasa inggeris.. dia terangkan pada kami, lagi senang nak  ucapkan 'i love you' dari 'saya cinta awak..' bagi aku, memang la lagi selesa sebab benda tu dah jadi tabiat dan kita sebut tiap2 hari..so, xda rasa janggal dah.

pape pun.. rakyat Malaysia, martabatkan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu...yes!! bukan kuasai satu bahasa je semata2, bila dah mahir dalam bahasa lain, tu dah kira kredit untuk kita kan.. (sekadar pandangan peribadi dan luahan kerisauan je..)

sekian..terima kasih :) assalamualaikum..



No comments: