caNtIK DiHatI

assalamualaikum..

cantik dihati tu macam ne ek?? persoalan ni boleh dijawab oleh beribu manusia dengan beribu jawapan.
cantik tu bersifat subjektif. lain orang lain pandangan mereka.jadi tetapkan iman,jangan sampai terhanyut dek kecantikan dunia. ada orang terutamanya perempuan (lelaki pon lebey kurang juga), suka bertanya pada teman2 adkah mereka cantik atau hensem?? ada yang sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik. cantik kat luar je kot. waktu kita meninggal,kecantikan kita tu habis di mamah cacing tanah, jadi santapan kala jengking dan ular je.

apa beza nya kecantikan luaran dan dalaman pada seseorang tu? sebenarnya topik ni la yg ana nak sebutkan tu..hehe. sangat berbeza..cantik pada muka, mata, tangan, hidung..cara berjalan macam super modal tu x akan kekal.kerana bila2 masa musibah akan melanda kita. contohnya kalau kita terlibat dengan kemalangan.patah kaki tangan kita..agak2 ada lagi tak orang puji kita masa tu,tangan kita cantik..kita berjalan penuh bergaya.

berbanding dengan cantik dalaman..kalau kita excident patah riuk pon,hati kita tak terpengaruh pon dengan kecacatan yg kita alami tu..kalau selama ni kita seorang yang baik hati,penyabar..sopan santun.semua tu akan kekal pada kita sampai bila2 pon.insyaAllah. tapi apa yang penting iman kita harus dijaga. jangan lah pulak bila dapat musibah kita terus jadi panas baran,pemarah tak tentu hala..sebab tu pentingnya kita ada pegangan agama,beserah diri hanya kepada Allah S.W.T. semata-mata. kt bawah ni ada satu cerita tentang seorang lelaki yang barhati mulia..baca la sekejap buat pedoman ye..di petik dari buku 'Semai Benih-benih Syurga dan Andai Syurga n Neraka Tidak Ada'

pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang pemuda memasuki masjid dalam keadaan yang biasa saja. dia buka lah seorang yang warak atau selalu membuat amalan sunat pada waktu malam.sebelum lelaki itu masuk ke masjid nabi berkata kepada sahabat-sahabat, "sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk kesini,"
lalu seorang sahabat nabi, Abdullah Ibnu 'Amr meminta izin kepada pemuda itu untuk tinggal dirumah nya untuk tiga hari. tujuan Abdullah adalah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pemuda itu sehingga dia dikata kan sebagai penghuni syurga. untuk hari ketiga Abdullah berada dirumah itu, dia masih tidak temukan apa-apa keistimewaan lelaki tersebut.lalu atas permintaan Abdullah sendiri, pemuda itu berkata, "apa yang engkau lihat, itu lah yang saya lakukan..di tambah sedikit lagi iaitu saya tidak pernah berasa iri hati kepada orang yang memperoleh nikmat Tuhan dan saya juga tidak pernah menipu dalam apa saja yang saya lakukan," 


jadi,dapatlah disimpulkan kat sini, syurga dan neraka tu hak milik kekal Allah S.W.T .siapa-siapa pon boley terpilih masuk ke syurga. jadi walau macamana pon diri kita,jaga lah iman..jaga lah hati..yang paling penting,dirikan lah solat tepat pada waktu nya...

sekian saja..terima kasih

No comments: