KAU YANG TERINDAH

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

( cerita yang mungkin terbit dari pengalaman atau sekadar rekaan. biar sahaja menjadi rahsia )

Dalam menjalani kehidupan normal, aku bukan lah terlalau bersosial dan tak jugak sombong. Ramai teman rapat akan cakap pada aku macam ni, "mula2 kenal shamirah muka macam sombong tapi bila dah kenal peramah je, suka melawak.."ok..sebenarnya aku tak kisah pun orang nak cakap aku sombong, sebab yang betul-betul kenal aku je tahu aku ni macam mana sebenarnya.

selama 23 tahun hidup ni..aku dh jumpa macam-macam orang. itu lah salah satu kebaikan kalau hidup merantau ni. luas pengalaman dan pengajaran.. aku ada ramai kawan baik perempuan dan ramai kawan baik lelaki even aku bukan la terlalu bersosial, teman baik tetap ada.

ok..sekarang aku nak bercerita tentang kawan baik lelaki aku..seramai....sebenarnya ramai tapi yang paling rapat ngan aku ada 6 orang. 2 orang dah lost kontek tinggal 4 sahaja. tapi tak apa, aku tetap anggap depa yang dua orang lagi tu kawan aku untuk selama- lama-lama nya..

ada beza kawan baik lelaki dan perempuan. depa yang lelaki ni sanggup buat ape saje untuk kawan-kawan dia.. bukan nak cakap yang perempuan ni payah mintak tolong. kadang2 member perempuan ni terikat dengan mak ayah.. kalau mak ayah tak bagi keluar rumah kita kene hormat la kehendak mak ayah dorang tu kan..  nak di jadikan cerita satu hari aku main ape tah name nye.. yang baling tiga biji bola sekali gus tu.. aku tak pandai. so, aku suruh member aku ni ajar aku cara baling n sambut bola tu. memandangkan dia sangat hebat bermain, aku nak jugak suruh dia ajar aku.. tapi masa tu, bola tak cukup tiga biji. apa yang dia buat? kawan aku ni cari bola sampai dapat. dia mintak dengan orang tu tak bagi, mintak dengan orang ni pun tak bagi.aku yang menyaksikan gelagat dia masa tu, sangat terharu dan kesian pun ada sebab dia mintak dengan semua orang, tak ada yang nak bagi sebab masing2 tengah syok main lambung2 bola tu.. Akhirnya, berjaya la dia mendapatkan 3 biji bola tu.. sangat respect sama dia.. dia akan cari bola tu sampai cukup semata-mata nak mengajar aku baling n sambut bola tu.. dia pun ok..selalu bagi aku semangat n nasihat. ayat yang tak akan aku lupa dia pesan, "walau apa-apa pun terjadi dengan hidup aku, jangan menangis..rajin2 belajar, kalau boleh lawan dia atau sama2 dapat PHD.. maklumla dia ni budak pandai. yang aku tahu, sekarang dia belajar di UIA Gombak.. thanks to Amir.

haha..ni la game tu.. juggel ek?

kawan aku yang kedua. masa aku study kat kolej di cheras, memang aku baik dengan dia. pergi mana-mana mesti bersama. bukan kami berdua tapi berempat. kami empat orang ni, memang aku rapat sikit dengan Lokman. selalu makan sama-sama. study sama-sama. jalan sama-sama..apa lagi? nak p tandas pun, dia akan tunggu aku, dan aku pun akan tunggu dia. nak cakap lagi sekali, bukan hanya aku dan dia ye tapi kami berempat cuma ngn lokman ni aku lebih rapat berbanding yg  2 orang lg. kalau aku balik Kuantan, cuti sem..mesti lokman teman aku.. dia tak bagi aku jalan sorang2.. beg baju aku pun dia pegangkan. setiap kali aku nak balik kuantan mesti die teman aku ke Stesen  Bus Pudu. kite orang banyak share problem.. habis kelas kiteorang tak balik terus tapi melepak dulu borak2 bagai. pernah aku seperti di mark sampai ada yg jeling2 kat aku,buat2 terlanggar bahu pun ada oleh sesetengah perempuan kat kolej tu sbb dorang ingt aku n lokman berkapel.. oh no ! we just best friend..sebab si lokman ni ramai jugak peminat, tapi sekarang tak tahu la cane dengan dia? ok ke tak? sihat ke? buat ape sekarang? aku memang tak dengar khabar dia da.. facebook dia jarang sekali die on.mesti dah lupa password kot. no phone? hurm.. no phone die hilang la...

then..aku kat kolej tu sekejap je..belajar untuk satu sem pastu pindah study kt Penang lak. dalam Poli mase tu, aku ada 2 orang kawan baik lelaki. Masing2 selalu bersusah payah untuk aku. Thanks bro. aku menghargainya... Sampai sekarang masih lagi contact. Shah dan Lan. lagi sekali nak bagitahu, aku bukan perempuan yang suka bersosial ok tapi bila dah mula rapat, aku akan rapat sangat dengan sape2 je lah yang sudi. Terlalu banyak kebaikan yang mereka buat sampai aku tak boleh nak cerita dan kira? bergaduh? mesti lah pernah.. bukan bergaduh bertumbuk tu..tapi seakan-akan macam putuskan persahabatan, tapi yeah..kalau dh best fren tetap jadi best fren.. lagipun aku tak suka nak berpecah belah.. kalau masing2 ada buat silap, kita maafkan kan je la...tak rugi memaafkan. Dengan mereka berdua ni, aku xde rahsia..lagipun benda2 yang aku cerita tu bukan hal besar pun..sebenarnya hidup aku tak ada rahsia la..hahaha..tak ada apa  nak disembunyikan..sebab..tak pernah buat hal? yela tu..


siapa lagi? ok. yang ni namenye Sedi. Dia selalu confius dengan hidup dia.. yang tu la aku dapat perhatikan. Seorang yang sangat2 baik dan caring. bukan dengan aku je tapi dengan semua orang. kalau aku ada emegency memang Sedi selalu ada. Sekarang dia plan nak berkahwin, tapi hati dia terlalu berdebar2 nak meluahkan hasrat tu kat mak ayah dia..haha..sedi..sedi..all the best man !!  tetibe die cakap perempuan yg die kenal tu macam tak sesuai dengan dia plak??? ish3.kalau dah kahwin nanti tak dapat la aku nak ngusik dia lagi..biasa nya aku dan Atikah (kawan sekolah sedi dan kawan sekerja aku..kebetulan sama-sama kenal) akan usik die, buli dia cukup2... :)

#persamaan kelima-lima kawan aku kat atas ni adalah..mereka suka bergaul dengan orang-orang tua dan masih2 ada masalah dengan cinta..masalah macamana?? nak cari bini tapi terlalu muda nak cari awex plak  tapi tak jumpa2 yang setia.. semoga korang jumpa perempuan yang comey macam aku..hahaha.. terperasan sikit tak pe kan..lalalala.


lastly..siapa? kenapa aku tak masukkan yg ke-6 ni dalam kelompok2 diatas?? sebab yang terakhir ni lain dari mereka kat atas2. namanya Aiman. kawan baik aku dan merangkap orang yang nak aku jadikan ketua keluarga aku nanti.. hehe.. boleh ke Aiman tu? Aiman...bila aku ada masalah, masalah aku settle bila ada Aiman.. even dia tak ada dekat dengan aku, sebab dia rajin keje luar tapi dia tetap akan tolong aku walau macamana sekali pun. Yeah..boleh dikatakan aku hari-hari gaduh dengan dia. kenapa gaduh hari2? sebab bila bergaduh..esoknye aku dah buat macam hari semalam tak ada apa-apa berlaku..then timbul plak masalah baru hari ni..then gaduh lagi...macam tu la hari2 yang seterusnya.. Bukan gaduh besar pun. Kadang2 sampai aku terfikir..dah lama tak gaduh ngan Aiman..haha. nonsense !! Cuma aku harap siapa-siapa yang baca post ni, doakan la supaya perancangan aku n aiman berjalan lancar.. :) Dia tak suke bergaul dengan oran tua tapi pandai bergaul dengan orang tua, yang kelakarnya, aku ase perangai Aiman dah jatuh ke aku dan perangai aku dh jatuh ke Aiman..paham tak? rasa macam bertukar perangai lak kite orang ni..

cukup 6 orang teman baik aku. hope aiman tak jeles bila terbace entry ni..lagipun awk kenal dengan siapa saya berkawan sekarang kan?? hee.. pls, percaya kan saya.. :) oh ye..kawan perempuan terlalu ramai..always ingat mereka dalam doa walau jauh dimata. Semoga kalian bahagia dengan hidup kalian.. peace !!


No comments: