FENOMENA BAJET 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

Pagi ni bukak je facebook tengok satu gambar yang dikongsi oleh seorang kawan..ow, bajet belanjawan oleh PKR vs bajet 2013 yg telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 28 September lepas.. oleh itu, terus tergerak hati nak research benda ni.

ok..mula2, saya cari dulu apa tema ucapan pada hari pembentangan antara kedua2 pemimpin ni? tema pun penting jugak bg pendapat saya.

  • Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji ditepati” 
  • Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat"
sekarang, kita tengok pula bajet 2013 highlight yang dibentangkan Dato' Sri Najib Razak  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.. (korang baca sendiri la ye..klik kt link tu..peace)

tapi macam biasa la tak semua keputusan tu dapat memuaskan hati semua rakyat.sampai ke hari ni pun  masih ada yang duk bising pasal bajet belanjawan ni kan..termasuk la saya sendiri. biasa la, hak untuk bersuara sentiasa ada, tapi yang mendengarnya..tak berapa nak ada sangat. bajet 2013 ni tak silap nye Perdana Menteri kita turut mengambil kira pendapat rakyat yang diusulkan di facebook PM kita sendiri. 

apa-apa pun kita patut bersyukur dengan apa yang kita dapat ni.akhirnya kita dapat juga merasa hasil penat lelah kita berbakti pada negara walaupun mungkin masih belum cukup... 'DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT' BUKAN DARI PM UNTUK RAKYAT..yg tu dah pasti. Berbalik kepada tajuk fenomena bajet 2013, saya nampak kegigihan seorang lagi pemimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersemangat untuk memimpin negara dengan cara beliau  sendiri. kadang-kadang memang ada terfikir apakah rakyat Malaysia akan memberi ruang kepada pemimpin yang gigih ini untuk mengambil alih pentadbiran negara?

Seingat saya, sepanjang Datuk Seri Anuar menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dulu,beliau tidak pernah menaikkan harga petrol dalam kadar yang tinggi dan kekal dengan RM1.30 seliter. Malaysia ketika itu masih lagi dapat  mengaut keuntungan yang besar dari hasil jualan minyak. pagi pendapat saya, memang patut la jika harga minyak di Malaysia lebih murah berbanding minyak Malaysia yang dijual ke negara luar  kerana Malaysia merupakan negara pengeluar minyak. Selain itu Datuk Seri juga pernah dinobatkan anugerah Menteri Kewangan Terbaik Dunia sebanyak dua kali melalui proses pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mendadak ketika dibawah pentadbiran beliau dulu.. 

wallahualam..

*tetibe masuk bab politik ni..aduhai, otak pun dah bercelaru dengan kepimpinan negara skrg ni




 




No comments: