PEMERGIAN YANG AMAT DIRASAI

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

siang di Kuantan seakan mengerti kehibaan hati..muram cuaca tak seriang mentari pagi sebelum itu. aku yang kehilangan akar umbi jasad keturunan merintih dalam sepi. oh Tuhan, Engkau ambil la segala kebaikan yang ada padanya..Engkau tinggal lah segala keburukannya..semoga Tok aman disana. Maznah binti Abdul Kadir, perginya menuju Yang Esa sekitar 1.50 pagi 27 November 2012, (13 Muharram 1434H)  sempat menjengah usia ke-73 tahun. tiada sakit disaat tubuhmu berdaya namun tiada lagi penawar setelah kau tiada.wajah tenang menyenangkan hatiku merelakan pemergianmu. peninggalan berharga hanya ada pada kenangan kita bersama..

Arwah Tok yang berasal dari Singapura, berketurunan China-Singapura mempunyai 4 orang adik beradik..semuanya perempuan. adik-beradik arwah pun semua dah tak ada..dan semuanya meninggal dengan cara yang sama. Sepupu ma dari Johor ada bagitahu, memang adik beradik tok meninggal sebab sakit tua.. memang tak pernah ada penyakit.sakit sekejap then terus meninggal.

Tok dimasukkan ke hospital sebab demam.tapi doktor cakap Tok xda sakit apa-apa.cuma penat je.ok la, hari ke-3 tu bawa la  Tok balik rumah kat Kampung Penadah, Pekan. tapi, malam tu, tetiba tok semput.  Cik Huda (mak saudara) bawak semula Tok balik ke hospital..Ya Allah,jantung tok dah tak berdenyut. Doktor mintak kebenaran untuk guna pump elektrik. Alhamdulillah, Tok sedar semula. masa tu semua adik beradik ma dah ada kat Hospital Pekan. Doktor ada pesan, jangan tinggal kan Tok sebab Tok memng kritikal dah..TOk dimasukkan ke ICU.memang suasana masa tu penuh suram dan dengan air mata..masing2 bacakan Yassin untuk Tok..

petang hari isnin 26hb.Tok semakin ok, bila aku dan adik (ayen) datang jenguk Tok, Tok sedar je, siap nak bercakap sakan lagi..tp bercakap guna isyarat tangan la sebab tok tak boleh nak bercakap..pakai topeng oksigen tu.sebab tok dah lama tak jumpa ayen.gayanya seperti Tok gagah kembali. lepas Maghrib, Efa (kakak) ajak balik rumah, sebab die kene keje esok harinya..aku pun ikut balik la..ma abah saudara-mara stay kt hospital.malam tu, memang aku tak boleh nak tidur..memang tak sedap hati.

jam 11 malam, ma call efa, amirul (sepupu) call aku, cakap tok tak sedarkan diri dah..pada mula nya ma suh epa datang hspital, tapi  disebabkan dh lewat, ma cakap duk rumah dulu...pape nanti ma call balik. efa dan aku memang nak gerak ke hspital..tapi dh lewat, memag tak berani la nak turun Pekan kalu mcam tu,,dahla balik magrib tadi pun ada kereta sape ntah, ikut belakang kereta kiteorang..nasib kat simpang Sg Soi kereta tu menghilang.

hm...pukul 1 .50 pagi macam tu (27hb Novemebr), dapat call dari amirul.."yah, tok dah meniggal da..baru meninggal.." tersentap jugak la hati ni..aduh! macam mane ni..memang tak berani la turun pekan pagi2 macam tu. aku mesej Aiman, cakap Tok dah meninggal..nasib baik Aiman tak tidur lagi..dia offer tolong hantr kiteorng p hospital pekan.. Alhamdulillah, nasib baik aiman tolong..tapi dah sampai kat hospital dalam pukul 2.45pg, jenazah Tok dah dihantar ke rumah..bergegas la kiteorang p rumah tok.. pesanan terakhir tok sebelum meninggal kpd isteri pak atan (mak saudara), tolong sarungkan kain telekung yang dibawa balik dari umrah  kalau dia meninggal nanti..

segala kerja pengebumian selesai dalam jam 11 pagi hari Selasa dengan diiringi titisan hujan..




 AL-FATIHAH..

No comments: