KISAH ZAMAN DULU

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA



ni la gaya kehidupan aku mase kcik2 dulu..asal melukis je mesti ada rumah kayu, pelangi, bukit, matahari..pokok kelapa..tp jadi pokok pisang lak.telaga tu saje nak tambah kasi penuh ruang.. pokok nya apa yang ada dalam lukisan ni, tulah yang selalu aku lukis dulu.

Masa kecik2 dulu, berangan nak tinggal kat rumah yang ada sawah padi.tak tahu kenapa..pastu, selalu berdoa supaya umur aku cepat jadi umur 18,19..20 tahun.siap buat plan..masa umur 18 tahun apa yang aku nak buat dengan hidup ni..
Masa dulu2 lagi aku dah berangan nak jadi businesswoman yang kaya raya.. boleh buat rumah bawah tanah.sebab senang kalu ade penculik or orang jahat masuk rumah, boleh menyorok kat rumah bawah tanah tu.. benda yang aku fikir2 kan selalu adalah keselamatan diri n keluarga.
Aku pun berangan2 nak jalan2 kat kuala lumpur..pulau pinang..yela, orang kaya n berjaya kan..mesti lah melancong kat mana2. Cuba teka, dapat ke tidak impian masa kecik2 aku tu tercapai??
Kalu nak ikutkan, aku xda rumah sendiri lagi..hehe.so simpan dulu angan2 tu..so, kat mana lagi negeri yang aku belum jejak? Just Sabah and Sarawak..mesti korang pun tak heran sebab mungkin sahabat meera yang lain dah pernah pergi Kota London, Mekah, Korea, Jepun  semata2 nak tengok pokok sakura kan..
Macamana aku dapat p merata2 tu? Tuhan maha kaya.lepas aku SPM, aku terpilih untuk join PLKN kat Cheneh, Terengganu..habis 2bulan 10 hari kat sana, aku sambung study kat cheras KL..kos akauntansi…huhu.sebelum tu aku tak berpeluang nak berjalan sakan kt kl sebab trun sane untuk melawat saudara mara n hantar kakak-kakak aku sambung study kt shah alam. Satu sem aka 6 bulan aku kt KL..aku tak sia2kan peluang pergi merata tempat kat area sana.

Habis satu sem, ayah aku suruh tukar sambung study kat politeknik Penang..s*%#.. aku tak nak mulanya.. tApi nak xnak terpaksa ikut cakap ayah aku..jadilah aku warganegeri Penang salama tiga tahun.kos pengurusan perniagaan pulak..nak dijadikan cerita, memang banyak hikmahnya aku duk kat Penang tu.dari situ la aku dapat pergi ke Kedah,Perak,Perlis,Melaka,N9, Johor..(sebelum ni pernah pergi dah)..ha, Kelantan tak payah nak habaq la..kampung ayah aku kat sana. Cane aku boleh pergi semua tempat tu? Aku aktif dalam persatuan,  MPP  n JPP..( benda yang sama je tu). So, kat sana bnyk program luar yg aku boleh join..best sngt2.. Alhamdulillah.

Habis study ape yang aku buat? Pendek cerita, aku kerja ngan ayah aku..business sekolah memandu.. so, aku masih mengejar impian2 aku yang masih diawangan.. DOAKAN AKU YEP KAWAN2 SEKALIAN..

P/S: BUKANG SENANG NAK JADI SENANG TANPA ADA USAHA YANG MELEBIHI KESANGGUPAN. USAHA TAK AKAN DATANG TANPA ADA USAHA YANG ISTIQAMAH; DOA KEPADA ALLAH S.W.T. DAN SIFAT ISTIQAMAH ITU ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH UNTUK KITA..SEBAB DISAAT KITA MAHU BERISTIQAMAH TU LAH, PELBAGAI DUGAAN HEBAT AKAN ADA PADA KITA KEBIASAANNYA..


No comments: