KENAPA KITA DILARANG TIDUR MENIARAP?

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


Tidur  - rutin harian manusia yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kita rehatkan badan dan mengembalikan tenaga setelah seharian membanting tulang untuk dapatkan rezeki.

Firman Allah , “dan antara tanda kekuasaan-Nya adalah tidurmu di malam hari dan siang hari usahamu mencari sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarnya. (Ar-Rum 30:32)

Pada suatu hari Abu Zar menceritakan, “Nabi pernah berjalan melintasi aku, ketika aku sedang berbaring meniarap. Nabi membangunkan aku dengan kakinya sambil bersabda: “wahai Junaidab (Abu Zar), sesungguhnya berbaring seperti ini adalah cara berbaringnya penghuni neraka.” (Riwayat Ibnu Majah)Pada hari yang lain pula Nabi s.a.w melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lalu Nabi bersabda, “inilah cara berbaring yang dibenci Allah s.w.t.” (Riwayat Tarmizi)

Bukti kajian saintis 

  • Saintis Islam, Dr Zafir al-Attar – tidur secara meniarap akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar menghalang dada dari mengembang dan mengecut. Ia juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas sehingga menggangu jantung dan otak.
  •   Intermountain Spine Institute (1999) pula menyimpulkan  tidur meniarap boleh  menimbulkan tekanan dibahagian belakang dan leher seseorang, juga boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.
  •  

 Jom ikut cara Nabi tidur..

Imam Ibnul Qayyim berkata, “ adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan.” 
  •   Nabi s.a.w suka tidur mengiring ke kanan
  •   Kadang2 Baginda tidur secara menelentang
  •   Tidur beralaskan bantal yang selesa
  •   Meletakkan tangan dibawah pipinya
  •  Sentiasa berzikir sehingga baginda tertidur.
baby ni comey ngat

Dr. Zafir al-Attar berkata tidur yang terbaik adalah kedudukan tidur mengiring ke kanan kerana paru2 kiri lebih kecil dari paru2 kanan. So jantung akan menanggung benda yang lebih ringan. Hati pulak dalam kedudukan stabil dan tidak tergantung.perut akan bertenggek diatasnya dengan baik untuk memudahkan mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. Wallahualam…

No comments: