SURATKU UNTUK MERTUA..

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

nukilan ini adalah hasil perah keringat koi yang tak tahu nak buat apa pada musin raya cina ni.. :)


"Assalamualaikum kepada ayah dan bonda, terlebih dahulu Aina ingin mengucapkan terima kasih kepada ayah dan mak kerana menerima Aina sebagai menantu. Aina bahagia dan bersyukur kerana memiliki mak dan ayah, abang Haikal sebagai teman hidup yang dapat membimbing Aina menjadi wanita solehah. Mak, Ayah... kenapa Aina tulis surat ini? Aina tidak mahu wang dan kesenangan dari keluarga ini tapi Aina mahukan kasih sayang. Alhamdulillah, setelah tiga bulan membina bahtera, Aina bahagia.. Mungkin disaat mak dan ayah membaca surat ini, Aina dah tiada lagi. Mengerjakan haji bersama abang Haikal. Ini adalah impian kami untuk mengerjakan haji bersama, kalau boleh kami ingin sangat membawa mak dan ayah sekali tapi kami pun tidak tahu kenapa? mungkin bukan rezeki kalian.. Disini, Aina dan Abang Haikal akan sentiasa mendoakan kebahagian mak dan ayah. Kami ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat dosa yang dilakukan secara sengja atau tidak kepada mak dan ayah.. sedih rasa nya Aina ingin mengakhiri nukilan ini.. Harap mak dan ayah redha dengan kami dan memberi kesempatan untuk kami berada di Tanah Suci dalam jangka masa yang lebih lama lagi.. InsyaAllah, akan Aina hantarkan khabar berita yang seterusnya. Mak dan Ayah jagalah diri baik-baik dirumah. Salam sayang dari Aina dan Abang Haikal.. "




Surat itu dibaca oleh Mak dan Ayah Haikal selepas beberapa hari anak mereka pergi mengerjakan haji. Nak dijadikan cerita, Khabar berita yang dimaksudkan oleh Aina adalah khabar pemergian mereka menghadap Ilahi setelah diserang asma di Kota Mekah. Haikal pula meninggal secara mengejut selepas beberapa saat Aina menghembukan nafas yang terakhir. Berita itu telah disampaikan oleh ejen Haji Malaysia di Mekah melalui talian telefon. Ibu mana yang tidak hancur hatinya bila mendapat khabar yang memilukan, tentang kematian anak kesayangan pula.. merintih si ibu,

 "pergilah nak, mak izinkan kamu berdua pergi tinggal disana lebih lama. Itu yang Aina dan Haikal mahukan..mak redha nak..mak redha.."

menitis air mata si ibu.. Mak masih ingat lagi, Aina bukan orang yang terlalu mesra tapi kali terakhir mereka berjumpa, Aina begitu ceria. Sebelum ini belum pernah Aina mencium pipi Mak apabila bersalaman. Pada hari mereka ingin pergi menunaikan Haji, Aina bersalaman dengan kedua ibu bapa mertuanya dengan diiringi ciuman mesra seorang anak. Apa yang lagi pelik, Aina bersalam dan mencium pipi suaminya, Haikal.
seolah-olah itu adalah petanda mereka berdua mahu pergi untuk selamanya.

Kedua-dua jenazah telah dikebumikan di Kota Mekah.

"abang, kalau boleh.. Aina mahu tinggal di Mekah. Aina dah tak ada siapa-siapa lagi selain abang, terima kasih untuk semuanya.." Manis senyuman Aina memandang Haikal.

Itulah saat-saat terakhir Aina bersam Haikal sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci dan akhirnya pergi yang tidak kembali..


No comments: