SEJARAH TEBUAN

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT MEERA SEMUA NYA,,SALAM SEJAHTERA

jom borak pasal tebuan pulak.. sape cakap kena sengat tebuan tak sakit?  ok,kat sini koi ada sedia kan beberapa petua untuk menhilangkan bengkak atau sakit kena sengat dek tebuan ni.. agaknya tebuan ingat korang ni bunga, sebab tu dia gigit, nak ambil madu..hehe.

ini tangan abg koi..selepas kena ngorat ngan tebuan.cepat betul bengkak nye kan..

nak jugak wat tanda tangan dia bengkak..ok, dah, jom baca petua lak


Petua Hilangkan Bengkak dan Sakit  Sengat Tebuan

1. Ambil ubat gigi..tak kisah ape jenama dan campurkna dengan beberapa titis cuka makan. Gaul adunan (macam nak buat kek je) dan sapu pada tempat yang bengkak. InsyaAllah, surut bengkaknya.

2. Perah lobak yang telah diparut dan campurkan dengan beberapa titis cuka makan, sapu pada tempat kena sengat tebuan atau lebah..

3. Ni, bagi kes yang agak serius. Jika duri tebuan masih terlekat, cungkil dengan pengepit kuku dan jangan digosok. Lumur bahagian disengat dengan soda bikarbonat yang dicampur air untuk mengurangkan bengkak dan sakit.Basuh, ikat dan balut kemas bahagian terkena sengatan.Beri mangsa minum air dan masukkan ketul air batu ke dalam mulutnya.Jika bahagian disengat bengkak, terlentangkan mangsa dan dapatkan rawatan doktor - sumber pasbukitbendera



No comments: