KISAH BANJIR DI KUANTAN 2013

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA


entry lama..yang tak sempat nak update sampai la ke hari ni, 14 Januari 2014..baru menyempat..haha

Alhamdulillah, Kuantan dalam keadaan baik-baik sahaja hari ni pada 12 disember 2013 cuma, hujan masih lagi turun membasahi bumi. Cerita yang akan saya ceritakan kat sini adalah dari pengalaman saya sendiri dan pengalaman kita menghadapi banjir adalah berbeza-beza.. Ini cerita saya..

Pada hari Selasa - 3 Disember, dengar cerita air di  jalan di Tanah Putih,Kuantan semakin tinggi dah hanya sebelah laluan sahaja boleh digunakan. so, hari tu memang saya tak datang kerja. Apa yang saya buat? bukak fb, page Kuantan. memang banyak makluman tentang banjir, dan berita dari page Kuantan lagi cepat dari berita di televisyen !! Memang hujan lebat yang amat hari tu. Petang hari Selasa tu, saya maklumkan pada kakak, jalan dah banyak tutup memandagkan dia masih bekerja hari tu. Jam lebih kurang pukul 5.30pm, kakak call cakap jalan nak masuk ke Sungai Isap 2 (simpang trafiic light baru dekat pencawang) dah naik air. Kakak ada ternampak seorang makcik harung air kat situ masa tu air dah tinggi pinggang makcik tu katanya, So, saya suggest kat kakak, u-turn kat traffic light Paya Besar and masuk simpang ke Sungai Isap Jaya. kaluar balik simpang ke Sungai Isap Dua yang menghadap kedai makan. nak tak nak, kakak masuk ke Sungai Isap Jaya. Air di Perumahan Sungai Isap Jaya pun dah naik air cuma tak setinggi di simpang empat traffic light Sg Isap Dua tadi. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah walau kereta kena redah air. Malam tu, kami sekeluarga memang tak prepare apa-apa, tak kemaskan barang dirumah dan tak terfikir banjir kali ni lagi teruk dari tahun 2001. Masa banjir 2001 dulu, Perumahan sungai Isap Dua tak dinaiki air dengan teruk, dan kawasan rumah saya langsung tak terjejas dengan banjir pada 2001 dulu.

Rabu - 4 Disember 2013 jam 2.00pg. Kebetulan saya tidur diruang tamu dan bunyi kereta dan motor yang agak bising menggangu waktu tidur saya. Disebabkan seperti suasana diluar rumah agak kecoh, saya cuma mengintai dari tingkap. Memang dah banyak kereta orang ramai disimpan disekitar kawasan rumah saya dan jiran2. semakin lama semakin banyak kereta, saya cuma memerhati dan terdengar suara lelaki dan wanita agak kelam kabut, menegur sapa sesama sendiri.

 "air dah tinggi dah kat belakang tu.." (kawasan Sungai Isap Damai dan Sungai Isap Perdana Mungkin) "nak kena selamatkan kereta dulu lah..anak-anak nak kene bawak keluar terus la ni" antara suara-suara mangsa banjir. Rupa-rupanya pukul 2 pagi berlaku dah air pasang. Memang tak dapat tidur dah hari tu tengok orang ramai masing-masing selamatkan kereta mereka di tempat tinggi. Lepas Subuh, masing-masing dah tak ada, senyap sunyi dah kat luar rumah. mungkin mereka pun dah berpindah. Jam lebih kurang pukul 7pg, air banjir dah masuk ke kawasan perumahan saya. Memang tak sangka sebab benda ni tak pernah terjadi kepada kami.

Kawasan disitu adalah yang paling tinggi so memang ramai orang parking kereta di area rumah saya tu tapi, kuasa Tuhan, siapa lah kita nak mengelak Qada dan QadarNya, air semakin lama semakin tinggi. Dalam hati dah terdetik, "kalau rumah aku dikawasan tinggi ni dah naik air, apatah lagi kawasan Sungai Isap di belakang-belakang tu.." yup, memang sah, rumah kawan-kawan di Sungai Isap Damai, Cenderawasih memang tenggelam. Rumah tenggelam !! Ya Allah..memang berat ujianMu kali ni. Bila air semakin naik, saya dan adik-adik yang lain cuba alihkan barang didalam rumah kat bahagian atas. almari yang berat-berat tu, dibiarkan sahaja. tak larat nak angkat kot..  jam lebih kurang dlm pukul 11am, air pasang dah berhenti. Air dalam rumah naik sikit je tapi luar rumah air paras paha. Selama 2 hari terkepung, memang tak da bantuan bot yang datang. dalam rumah ada baby so mak risau kalau-kalau air pasang lagi,memang bantuan bot amat2 la diperlukan masa tu tapi alhamdulillah air dah tak naik-naik da. Masih ramai jiran-jiran saya tak berpindah, ada sebab tak dapat nak naik track,bot, ada jugak memang tak nak keluar dari rumah.

Hari ke-3 terkepung dek banjir, bekalan makan hampir habis. sebelum banjir memang tak sempat nak borong barang keperluan. Pulak tu, kami dan jiran2 yang terkepung duduk dalam rumah ni masih tak dapat apa-apa bantuan. Kenapa jadi begitu??  yup,Sejak hari pertama banjir lagi, Kuantan sudah lumpuh !!
Bayangkan air paip, elektrik diseluruh kawasan terjejas terpaksa ditutup.. coverage telefon memang out terus. Stok bahan makanan pula amat2 terhad. Apa boleh buat? redah je la air banjir yang tinggi takat pinggang keluar dari jalan besar Perumah Sungai Isap untuk mencari bekalan makanan. Saya memang salute dan tahniah diucapkan kepada sesiapa yang sanggup mengharung air yang setinggi leher dorang bermula masa hari pertama banjir semata-mata nak selamatkan keluarga, selamatkan haiwan peliharaan, mencari makanan untuk keluarga. redah air banjir kot. Arus air yang sangat kuat n laju tu memang boleh membahayakan nyawa masing-masing.

Hari ke-4, berkat hari Jumaat, banjir semakin surut dan hujan reda sedikit pada hari tu.. Laluan utama sudah boleh dilalui.

Macamana keadaan di pusat pemindahan? saya memang tak tahu cerita cuma yang pasti bantuan ketika air tgh tinggi tu memang tak sampai ke kawasan kami. Mungkin yang lain pun sama saja situasinya dengan saya.


seperti biasa,saya memang suka tak menghabiskan cerita..haha.to be continued.



No comments: