APA BAIKNYA BERNIAGA SECARA ONLINE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sahabat Meera semua apa khabar? Dah makan malam belum ni cayunk cayunk?? 
Hari ni tetiba terdetik dalam hati ni, bila saya dah start berniaga online..apa faedah yang dah saya dapat? 

Pengalaman saya berniaga online amat2 seciput je lagi..baru nak menapak walaupun dah start berniaga online ni pada bulan Jun tahun 2013 lepas. Tak sampai setahun lagi.hee..masih muda org cakap. Umur 6 bulan tu maksud dia macam baru nak pandai merangkak kalau kite tengok anak sedara sy yg duk sekali dalam umah ni dulu.. 

Cabaran berniaga online? Pada diri saya sendiri,cabaran berniaga ni sbenarnya nak dapatkan regular customer dan kita terpaksa jugak bersaing dengan peniaga2 online yg sama jenis pulak tu barang niaga dia dengan kita..aih,ha acano tu nak buat?? Jap lagi,kite bincang yek..lagi ape lagi? Ha,bila sebut online,makesure kita punya line internet!! Line wifi kita !! Sentiasa dalam keadaan excellent ok! Ce bayangkan,nak upload gambar,nak balas pm, whatsapp customer tapi line internet dah sama laju dengan siput ha..tak ke susah mcm tu? Customer kne tunggu lama pulak kita nak membalas mesej kan.. 

So,untuk menempuh segala cabaran tu,apa perlu kita buat? Ok saya buat macam  ni..saya sekarang berniaga baju tshirt Muslimah, sebelum saya decide nak memborong baju muslimah tu sy tengok design n pattern baju tu, memang up to date n moden. Apa yg penting memang layak digelar Baju Muslimah Moden. Sopan dan trendy. So,saya tak risau kalau banyak persaing pun sebab baju-baju yg saya jual saya yakin boleh bawa pergi jauh. So,bermula lah episod promot mempromot perniagaan saya.

Macam mana nak promot perniagaan?? Setakat ni saya hanya menggunakan perkhidmatan Blogspot, Twitter, Instagram dan semestinya facebook.. Belum join Iklan Fb berbayar lagi setakat ni. Macam mana saya dapatkan pelanggan dari  laman sosial ni?? Ok, nanti saya bukak post lain.

Setakat ni kebanyakkan pelanggan tshirt muslimah saya datang dari Pahang, Kelantan,Johor,Selangor,Sarawak.. Yup, Alhamdulillah.. Bila saya tanya dari mana mereka dapat contact number saya,memang rata-rata dari blog, facebook page dan Instagram. Ha,nampak tak kuatnya pengaruh laman sosial ni.

Nanti2 kita sambung bercerita lagi ye..saya dah ngantuk,mau tidur.. Zzzz. Esok mahu kerja daaa. Kalau berminat nk window shopping baju muslimah saya,boleh pergi ke beetlebugonlineshop.blogspot.com yeee
Assalamualaikum n good night semua.. 😴😴😴😴

No comments: