BEKAS JOHAN QARIAH 1978 ROGAYAH SULONG

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA SAHABAT MEERA

kenapa tetiba nak buat post pasal bekas qariah 1978 ni?? ada la sebab nya.  sebelum ni meera ada keluarkan post berkenaan biodata ustaz uai yang mengatakan isteri pertama ustaz azhar, Puan Rogayah Sulong merupakan bekas  johan qariah 1978. sehingga saya pun sama tersilap maklumat. terima kasih kepada viewer yang membetulkan maklumat tu...kalau tak, memang saya akan sampaikan mklumat yang salah sepanjang hayat..thanks yew.. :)


 YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt. Sulong merupakan bekas qariah dari Terengganu yang telah berjaya menjadi johan qariah sebanyak tujuh kali bermula dari tahun  1961, 1963, 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979. 


semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M, YBhg. Dato’ Hajjah Rogayah bt.Sulong yang merupakan Guru al-Quran dan Bekas Johan Qariah Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa telah menerima Anugerah Maulidur Rasul yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.







Selain itu,pada tahun 2010, Dato Hajjah Rogayah telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010 sempena sambutan Hari Wanita Terengganu yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. 

No comments: