apa yang penting.........?? ISTIQAMAH..

istiqamah tu adalah satu sifat dimana kita tekun dan tetap berterusan dengan amalan kita..tentang apa yang kita lakukan..kalau mengikut istilah dalam islam, istiqamah tu pendirian seseorang yang tetap hati dan tekun untuk mencapai apa yang dihajati.. bila kita buat sesuatu yang baik,elok lah diteruskan walaupun kebaikan yang sebesar zarah sekali pon. contoh nya,hmmm.. senyum pada orang apabila bertemu..senyum tu pon satu ibadah sebab dah dikira sebagai sedekah kan??

sesuailah dengan sabda Rasulullah S.A.W "sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."

tapi istiqamah yang kita buat tu kalau boleh biar lahir dari hati,ikhlas kerana Allah S.W.T. kita paksa diri kita insyaallah lama-lama rasa lah kemanisan tu..jangan jadi macam paku n penukul..sekali ketuk sekali masuk..nak kena mak ayah tanya, bf n gf ingatkan..kawan-kawan tegur baru kita nak buat balik kebaikan yang dh kita buat sebelum ni.memang elok kalu ada orang yang ingatkan kita tapi bila mulut mereka tak berbunyi,kita pon senyap je..jadi pasif balik.tak boleh la macam tu kan..jangan sampai ada rasa jemu nak buat perkara baik ni..contoh yang paling senang la..solat.solat tu tiang agama.semua orang dah tahu hal ini. tak payah nak diulang banyak kali kan..tapi kita kena tahu jugak, kat akhirat nanti benda pertama yang di hisab tu adalah solat kita. kalu solat kita tu tak sempurna, Allah S.W.T suruh malaikat tengok pulak solat sunat yang pernah kita buat..untuk backup solat kita yang tak sempurna tu tadi.tapi kalau solat sunat 2 rakaat tu pon berat badan nak buat,alahai...sia-sia la hidup kat dunia ni.. istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu..jangan ada rasa jemu,malas nak solat..ad jugak orang style yang suka lambat-lambatkan solat..tapi kalau lambat pergi kerja ke,lambt hadir kuliah ke,,tahu pulak nak berkejar-kejaran..mesej member suruh punch kad kan kad.takut kad tukar warna merah pulak.

Allah S.W.T ada berfirman "hai hamba-hambaKu,kenapa jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu."

hm..rasa nya cukup setakat ni dulu nasihat untuk kalian dan untuk diriku juga..ingat, apa yang penting......???KERJASAMA..haha,silap da..ingat ni wonderpets ke.. APA YANG PENTING..ISTIQAMAH..SEMOGA KITA DIBERKATI ALLAH TAALA DAN MENERUSKAN AMALAN-AMALAN MURNI KITA KE JALAN KEBENARAN DENGAN BERSUNGUH-SUNGUH KERANA ALLAH TAALA SEMATA-MATA..  nak bersiap-siap balik kampung pulak ni..cuti pertengahan sem..wee..seronok dapat jumpe mak ayah..and famili yang lain..ASSALAMUALAIKUM.



No comments: