jalan ke syurga,,


firman Allah SWT di dalam surah al-Fatihah -6
  "tunjukilah kami jalan yang lurus."
ayat di atas bererti "tunjukilah kami jalan ke syurga." idaman setiap insan termasuk lah aku..
bukan senang nak menuju ke syurga tetapi bukan susah untuk itu..memang,bila kita ingin lakukan kebaikan pasti ada saja halangan yang datang.tapi, jika ingin melakukan kejahatan atau keburukan tidak semua manusia akan berfikir untuk kali ke-4 atau ke-10..ini kerana jiwa manusia ketika itu telah dimasuki bisikan syaitan yang dilaknat Allah SWT..sedangkan perkara itu lah yang dibangga-bangga kan syaitan..iaitu ketika manusia mulai lalai dan terpedaya dengan godaan nya.

diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu: 
 
a.  Pemimpin yang adil.
b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c.  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d.  Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana  Allah dan berpisah kerana Allah.
e.  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ...   
     saya takut kepada Allah.”
f.  Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh 
    tangan kanannya.
g.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.




No comments: