hari ni koi nak bercerita pasal kisah semalam.. oh ! kenapa perlu nak ungkit cerita semalam? ok, sebenarnya bukan mengungkit tak de sebab ye..bagus jugak kita bercerita pasal benda dah lepas ni supaya boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.. SEMALAM ADALAH SEJARAH DAN ESOK ADALAH MASA HADAPAN ! cewah..awat veteren je..
apa jadi dengan hari semalam? Pagi semalam, koi dah bersiap sedia dengan barang-barang untuk berjogging, dengan kasut sukan nya, baju dan sluar track nak tukar petang balik kerja nanti.. so, aku bawak beg macam nak g travel la sebab nak angkut laptop dlm beg tu lagi kan..banyak benda jugak nak kena letak dalam beg galas tu...so, pergi kerja naik Rapid Kuantan dalam pukul 8.30am sampai la tempat kerja.. (tapi, sekarang ni aku agak angin dengan Rapid Kuatan sebab dah banyak kali kena tunggu hampir satu jam actually memang satu jam pun menuggu bus sampai ke bustop kadang-kadang tu)..
stop pasal Rapid. ok, pagi semalam macam bese aku bekerja like a boss..haha. then aku msej Sedi untuk kali kedua, jadi ke tak nak berjogging? then dia kata jadi..aku pun ok je la.. after lunch dalam pukul 3 lebih macam tu, aku nampak driver pos laju datang dengan bawak barang besar je..aku pun melulu ke dia dan terus tak semena-mena aku tanya, "nak hantar barang ke?" then bro pos laju tanya, "sini ada nama Shamirah?" ehem2..aku la tu..huhu. ok, sebenarnya bungkusan dari kak Laili, owner kepada baju Muslimah Keesya Couture hantar baju yang aku order. Berita baik nye..semalam aku dah jadi pemborong t-shirt muslimah..hoye ! sebab aku suka berniaga, nak try berniaga baju t-shirt muslimah pulak ! korang boleh window2 shoping kat sini dan nak beli pun boleh..order ngn saya ye..hee.
PROMOT JAP. Baju Muslimah.. |
PROMOT JAP.. sabun kolagen |
selepas beberapa minit tu, Lan beransur meninggalkan aku dan Aiman..then kami berborak pasal baju yang baru sampai tu... mula berbincang untuk masa depan punya business.. lpeas tu Aiman pun beransur tinggalkan aku jugak. ok,untuk kali yang terakhirnya aku mesej Sedi lagi, jadi ke tak nak jogging sebab aku rasa aku perlu bawak balik baju muslimah tu kerumah..malas nak susahkan member suh Sedi hantr baju tu kerumah ke kan..then, jawapan sedi untuk mesej terakhir tu..dia cakap da still kat Sungai lembing?? mase tu nak dekat pukul 5 da..ok, malas panjang cerita aku cancel je p jogging petang semalam.
PROMOT JAP.. stokin baby |
Hari ni, Lan datang Stadium-tempat aku bekerja lagi, dia dari Chenor singgah jumpa aku jap..aku pun bagi tahu dia tak jadi p jogging pun semalam..then dia just senyum dan dia kata aku sombong sangat. aku terkejut, sombong??! kenapa cakap aku sombong? then dia kata lagi, awak cakap awak nak jogging semalam, tapi awak lupa sebut InsyaAllah..macam confirm je dapat p jogging semalam kan? ok, aku baru tersedar. Semalam gaya aku bagitahu semua orang nak p jogging macam terlalu over excited pulak..dia tambah lagi..macam awak cakap ke sesape pun, 5 minit lagi aku sampai. dengan konfident je,,tup2..excident tak sampai2 pah ceroh..kesimpulannya, apa-apa perancangan pun sebutla sekali Insya Allah (dengan izi dari Allah) sebab kita cuma merancang Allah yang menentukan.. ok :) nice moment and nice lecture..thanks frenz.. tu je..salam...
p/s boleh baca jgak entry ni, supaya korang lebih memahami kenapa banyak sangat nama lelaki dalam entry aku kali ni..heheh.
No comments:
Post a Comment